CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dr Say Kantoi Dengan LHDN

25-3-2021 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19220| Komen: 54

Siapa sahaja yang tak terkejut apabila diarahkan untuk membuat pembayaran cukai mencecah puluhan ribu ringgit.



Apatah lagi ketika pandemik COVID-19, ramai yang mengalami masalah kewangan dan pendapatan terjejas. Nampaknya hal ini berlaku kepada personaliti TV ini.

“Berdegup kencang dada saya ibarat pertama kali bertentang mata dengan isteri sampai terduduk saya dibuatnya," tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CMt-UaVMLd4

Demikian luahan Dr. Say Shazril yang buntu memikirkan cara membayar cukai pendapatan hasil kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Melalui akaun Instagramnya @say_shazril, dia dimaklumkan dari unit audit LHDN  mengenai cukai tertunggak  dari tahun 2016.

Tambahnya lagi, gara-gara tidak membuat e-filing sejak tahun 2016, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin diarahkan membuat pembayaran sehingga RM 43,156.


Kredit foto: IG Dr Say

Menurut Dr Say, untuk mendapatkan pelepasan cukai, dia diminta untuk mengemukan dokumen atau resit dari tahun 2016 sampai 2019, tapi malangnya dia tak terfikir untuk menyimpannya.

“Ahh sudah, sijil kahwin pun saya tak tahu kat mana inikan lagi resit. Katanya kalau tiada dokumen, sakit nak kena bayar nanti," ujarnya.

Dr Say berkata, jumlah bayaran cukai yang tinggi yang mencecah puluhan ribu ringgit itu bermula dari tahun 2018 sampailah sekarang setelah dia bergelar ‘freelancer’. Walaupun dia tidak menerima gaji bulanan seperti orang lain yang bekerja tetap, namun tidak bermakna potongan cukai pendapatan dikecualikan.




Mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ke atas dirinya, Dr Say menasihat semua pengikutnya yang bekerja sebagai ‘freelancer’ supaya lebih peka dengan cukai pendapatan. Jalankan tanggungjawab anda sebagai pembayar cukai sekarang. Segala hasil daripada kutipan cukai ini akan kembali kepada anda juga nanti.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 25-3-2021 11:16 AM
rasanya ni pun mcm dibayar..
sbb meols ada ig yg follow influencer2 ini..
pastu tetiba ramai yg update pasal LHDN, e-filing bagai..
tp nmpk smooth la, maybe LHDN bg kebebasan utk buat content sendiri..
Quote orkidorkido 25-3-2021 11:25 AM
Nasib baik la laki aku bukan kaki socmed macam dia ni
Quote nia_salina 25-3-2021 11:30 AM
orkidorkido replied at 25-3-2021 11:25 AM
Nasib baik la laki aku bukan kaki socmed macam dia ni

hahahahah i so agree. dia ni very vain gitu. adoi smua jenis nk post. iols tkle laki cmni. bini dia elok lak biasa biasa je. dia ni mcm cringe btl la
Quote missyL 25-3-2021 11:34 AM
orkidorkido replied at 25-3-2021 11:25 AM
Nasib baik la laki aku bukan kaki socmed macam dia ni

Kan..
Cm turn off sket klo lelaki taksub ngn socmed die..
Quote flipolivio 25-3-2021 11:36 AM
awanysss replied at 25-3-2021 11:16 AM
rasanya ni pun mcm dibayar..
sbb meols ada ig yg follow influencer2 ini..
pastu tetiba ramai yg up ...

rasa mcm betul je kena..lhdn mmg tgh giat cari mangsa sekarang.. hutang negara byk kekdahnya
Quote Themilo 25-3-2021 11:37 AM
kalau tak bayar, mohon LHDN kenakan hukuman cuci toilet LHDN selama 10 tahun guna Harpic. Baru la gigih @Kurex dengan @dudaberhias keluar masuk toilet LHDN.
Quote mrsbale 25-3-2021 11:43 AM
missyL replied at 25-3-2021 11:34 AM
Kan..
Cm turn off sket klo lelaki taksub ngn socmed die..

Iols mcm turn off byk.
Nmpk sgt
Quote ezacbee 25-3-2021 11:44 AM
missyL replied at 25-3-2021 11:34 AM
Kan..
Cm turn off sket klo lelaki taksub ngn socmed die..

dan juga lelaki yg suka selfie manjang
Quote dudaberhias 25-3-2021 11:45 AM
Themilo replied at 25-3-2021 11:37 AM
kalau tak bayar, mohon LHDN kenakan hukuman cuci toilet LHDN selama 10 tahun guna Harpic. Baru la gi ...

ehh jangan... iols sudi mendermakan sedikit reta yang ada ini untuk beliau menjadi doktor peribadi iols sorang... @Kurex dan @Themilo boleh pergi jauh2 k....
Quote helicornia 25-3-2021 11:47 AM
flipolivio replied at 25-3-2021 11:36 AM
rasa mcm betul je kena..lhdn mmg tgh giat cari mangsa sekarang.. hutang negara byk kekdahnya

merepek je sis
kalau hutang negara 0 sekalipun iols setuju LHDN kejar org macam ni
kita penat2 keje bayar tax dia bole buat rilek je
free lance tu bukan kerja ke? silap2 dapat lagi banyak dr kita makan gaji bulan2
kita pulak nak tanggung bayaran pengurusan negara mcm sekolah tu sume, dorang sedap2 tayang lifestyle mewah
Quote Kurex 25-3-2021 11:48 AM
dudaberhias replied at 25-3-2021 11:45 AM
ehh jangan... iols sudi mendermakan sedikit reta yang ada ini untuk beliau menjadi doktor peribadi ...

Takpe.. iols dah ada Pietro Boselli yg jadi private tutor math iols.. tapi tiap kali nak bertutor, lain pulak jadinya
Quote awanysss 25-3-2021 11:53 AM
flipolivio replied at 25-3-2021 11:36 AM
rasa mcm betul je kena..lhdn mmg tgh giat cari mangsa sekarang.. hutang negara byk kekdahnya

memang kena rasanya..
tp still dia maybe diendorse utk create awareness..
ntah ntah takyah bayar, atau dikurangkan, tolak harga nak endorse dia ni..
kalau tak, takkanlah rajin buat karangan berepisod..
influencer ni takkan buat something for free..
kalau for free pun, takkan sedetails ni, buat karangan smpai berepisod-episod..
Quote Belibis 25-3-2021 12:14 PM
Themilo: kalau tak bayar, mohon LHDN kenakan hukuman cuci toilet LHDN selama 10 tahun guna Harpic. Baru la gigih  @Kurex  dengan  @dudaberhias  keluar masuk to ...

Taste kurex ala2 isma usop tu..bukan jenis jambu.{:run
Quote prettyuglybabe 25-3-2021 12:44 PM
cam bodoh je tak tau resit-resit pelepasan cukai kena simpan and e-filling tetap kena hantar kalau tak kerja sekali pun..
Quote cikatilia 25-3-2021 12:53 PM
tanda2 kebengapan dungu ada disitu
Quote 234126 25-3-2021 02:11 PM
iol pun ada kwn lelaki kat insta rajinnya la haih post style perempuan ni, semua benda nak share. hahahaha tak paham iol. Nak kata tak jantan, anak dah 2. iol yang perempuan ni pun tak overshare mcm dia.
Quote missyL 25-3-2021 02:26 PM
ezacbee replied at 25-3-2021 11:44 AM
dan juga lelaki yg suka selfie manjang

I klo laki suke selfie manjang n post kt socmed i rase cm something wrong je.
Lol
Quote missyL 25-3-2021 02:27 PM
mrsbale replied at 25-3-2021 11:43 AM
Iols mcm turn off byk.
Nmpk sgt

Hahaha
Kan.
Cm x normal je..
But he nie dr..
Pelik btol dr mcm ni
Quote gigahertz 25-3-2021 04:30 PM
awanysss replied at 25-3-2021 03:16 AM
rasanya ni pun mcm dibayar..
sbb meols ada ig yg follow influencer2 ini..
pastu tetiba ramai yg up ...

i rasa iklan je ni.
tak mungkin la belajar tinggi badan mcm tu
tak tahu pasal incometax
dia sendiri pun kata slip gaji 2017-2018

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.085597 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top