CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Belum Selesai Lagi Dengan Redza" - Konflik Baling Biskut Zara Zya Belum Tamat

25-3-2021 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11479| Komen: 46

Pelakon Zara Zya,36, yang baru-baru ini dihimpit kemelut dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Redza Farhan nampaknya masih belum mempunyai titik noktah.

Ujar Zara kepada Gempak, dia tidak mahu membalas segala provokasi yang diberikan oleh pihak Redza dan memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu.



Kredit foto: IG

Tambahnya, dia memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan memperbesar-besarkan cerita remeh seperti itu.

“Saya belum selesai lagi dengan Redza. Saya tak suka nak balas balik sebab dia tengah push. Jadi memang saya biarkan saja sebab tak suka. Kalau ada apa-apa pun, saya tak pernah nak bersuara. Kalau sikit-sikit boleh la tapi untuk jawab dia punya DM atau provokasi memang saya rasa tak perlu.”

Menurut pelakon drama Monalisa ini, perancangan awalnya memang mereka ada berniat untuk mengadakan babak membaling biskut namun keputusan itu diubah pada hari penggambaran.


Kata Zara, Redza sudahpun diberitahu mengenai perubahan rancangan tersebut namun selaku jurufilem untuk iklan promosi biskut tersebut, dia masih melakukan babak berkenaan sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam diri Zara Zya.

Merasakan perbuatan itu sebagai satu pembaziran, Zara dalam pada itu turut berkata bahawa dia kini sudah tidak ambil pusing mengenai dakwaan netizen yang mengatakan segala apa yang berlaku itu hanyalah sekadar gimik dan ‘marketing’ semata-mata.

“Biar la apa orang nak cakap, yang penting dia tak ada kat situ. Hanya kami berempat sahaja. Jadi kami tau apa yang terjadi.” ujar Zara.

Terdahulu, Zara menerusi sebuah hantaran video di Instagramnya telah mencuri perhatian netizen apabila dia kelihatan berang dengan Redza selepas dibaling dengan cebisan biskut ketika melakukan sesi penggambaran iklan promosi produk terbarunya.




Zara yang marah dengan tindakan tersebut bertindak bangun daripada tempat penggambaran sebelum bertindak memarahi lelaki berkenaan akibat perbuatan yang dirasakan membazir itu.


Sumber: BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 25-3-2021 10:47 AM
Eh xder org komen..nmpk sgt di who r yuskan jer oleh forrumees...belum cpi level jah lagi nihhhh...kena usaha lagi eh
Quote penhitammm 25-3-2021 10:48 AM
kan....bila org x peduli. cakap pulak x puas hati. haha
Quote 234126 25-3-2021 11:02 AM
Redza tetap salah sebab tak sedar perbuatan baling makanan tu sangat biadap. Boleh pulak dia defensive nak backing diri.

Kat sekolah masa cikgu ajar tatatertib, dia tido agaknya.
Quote Joysparta 25-3-2021 11:14 AM
Marketing rubbish!nampak nau sedang acah2 belakon kan..kan..
Quote Pauhnaga 25-3-2021 11:16 AM
Tak elok la baling makanan....
Quote Themilo 25-3-2021 11:38 AM
redza whoa are yousss... kalau redza minhat tu meols kenal la
Quote Lolalala 25-3-2021 11:49 AM
Tak suka laaa buat makanan mcm tu. Biadap
Quote Aneem 25-3-2021 11:58 AM
Marketing sangat
Mampu flip hair sajokkk..
Quote anony-mous 25-3-2021 12:27 PM
234126 replied at 25-3-2021 11:02 AM
Redza tetap salah sebab tak sedar perbuatan baling makanan tu sangat biadap. Boleh pulak dia defensi ...

Mcm mana uols boleh percaya marketing sampah cenggini ? dah la zarazya siap post dkt ig tv dkt caption mcm tu, lepas tu bekas cookies si redza pegang tu petak, lain dri yg dia nk promot dlm balang. Nmpk sgt dah ready nk baling. Then camera dtg dkt je trus si redza tu ambik bekas yg olok2 baling cookies. Muka zara pon nmpk nau lakonan

Scene 1 xmenjadi, create pulak 2nd scene konon2 redza plak marah
Quote 234126 25-3-2021 12:43 PM
Sebab iol jenis husnuzon agaknya kohkohkoh

sesuai la baling je ke muka zarazya tu terus kalau betul marketing sampah. Main2 dgn rezeki.
Quote user.name 25-3-2021 01:15 PM
belum selesai sebab masih sendu jua cookies kau khens? selayaknyalah buat gimik marketing murahan pon tetap sendu jah? kak nab tu at least buat gimik pon boleh trending kalah juara ajl semua tapi kau? sendu di dapur oven jahh
Quote cikperiukkera 25-3-2021 02:03 PM
Gittewww marketing sis jek jek gg mentos ni. Baling la sampai satu carton biskut tu tp marketing ttp npk kpg dot com chuolzahhhh.
Quote NazRysha 25-3-2021 02:04 PM
bodoh jugak zara zya ni
marketing sampah
Quote Joyah_ 25-3-2021 02:06 PM
Marketing xmenjadi
Quote hotmak 25-3-2021 02:11 PM
asal nampak mcm berlakon je, lepas tu marah tapi tak tgk muka pun zara tu. takut ke apa

lepas tu ccokies tu nampak keras ye kena campak pun tak berderai
Quote untoldname 25-3-2021 02:14 PM
Kalau nak marah pon perlu ke sound kat socmed..dah memang ngko ada kat tempat kejadian kan...alang2 dah marah..biar sampai bergaduh naik kaki tangan bagai..baru puas hati... stakat nak sound kt socmed siap tag brand sendiri...acah sangat...
Quote nanies 25-3-2021 02:22 PM
rengsa aku tgk dia ni. ngan gigi fake dia tu. adehh
Quote che-cikL 25-3-2021 02:39 PM
Article tulis dihimpit kemelut macam besar naaa benda ni, hapo???
Quote buapakperut 25-3-2021 03:09 PM
iols tetap percaya ini wayang saja

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.161169 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top