CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Yamaha Y16ZR (2021) vs Y15ZR (2020) – Perbandingan dua motosikal Y-Series

25-3-2021 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6170| Komen: 1|Original author: berun



Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru sahaja melancarkan kapcai 155cc yang dinanti ramai semalam, iaitu Y16ZR. Mula diperkenalkan di Vietnam sebagai Yamaha Exciter 155 VVA, Y16ZR juga menerima teknologi Variable Valve Actuation ini.





Pastinya tidak dapat dielakkan perbandingan Y16ZR ini dengan abangnya, Y15ZR. Kedua-dua model ini juga pasti akan menjadi buah mulut di kalangan pemilik dan peminat.




Jadi, kami bandingkan terus antara Yamaha Y16ZR VVA dengan Y15ZR terkini yang dilancarkan hujung tahun lepas.



Dari segi harga, Yamaha Y16ZR dijual pada harga bermula RM10,888. Sementara itu Y15ZR dengan warna baharu pada November 2020 dijual pada harga RM8,168.

Seterusnya, kita pergi ke bahagian enjin dan transmisi, iaitu perbezaan terpenting antara Y16ZR dan Y15ZR.



Kedua-dua kapcai menggunakan sistem enjin 4-lejang, SOHC dan sejukan cecair. Walaubagaimanapun, Y16ZR berkapasiti 155cc manakala Y15ZR 150cc.

Perbezaan sesaran ini disumbang oleh ukuran gerek dan lejang, iaitu 58.0 x 58.7 mm untuk Y16ZR, dan 57.0 x 58.7 mm untuk Y15ZR.

Nisbah mampatan Y16ZR juga lebih tinggi, iaitu 10.5:1 berbanding 10.4:1 untuk Y15ZR. Ini secara langsung memberi kuasa lebih kepada Y16ZR, iaitu 17.7hp berbanding 15.1hp untuk Y15ZR.

Seterusnya, penggunaan transmisi 6-kelajuan pada Y16ZR pastinya melonjakkan prestasi dan kecekapannya berbanding 5-kelajuan pada Y15ZR.



Seterusnya, dari segi dimensi dan ukuran juga terdapat beberapa perbezaan. Satu-satunya persamaan Y16ZR dengan Y15ZR hanyalah jarak rodanya, iaitu 1,290mm.

Selebihnya, Y16ZR lebih panjang, lebih tirus, dan lebih rendah dari Y15ZR. Walaubagaimanapun, Y16ZR mempunyai jarak kelegaan tanah dan pelana yang lebih tinggi. Kapasiti tangki minyak Y16ZR juga lebih besar, iaitu 5.4 liter.




Untuk kelengkapan lain, tidak banyak berbeza. Y16ZR dan Y15ZR mendapat lampu LED, panel paparan LCD, kill switch dan lampu memotong.



Y16ZR ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Raging Yellow, Arrow Blue dan Phantom Grey. Y15ZR pula pada hujung 2020 dikemaskini dengan empat warna baharu, iaitu Matte Titan, Cyan, Red, dan Blue.

Mana satu pilihan anda? Adakah anda sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan model dengan teknologi enjin baharu yang lebih berkuasa?


Sumber : https://www.motoqar.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HuoJingJue 25-3-2021 10:01 PM
top speed boleh pergi 156km/j

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.160203 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top