CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengantin Ramadan, Fida Ibrahim Nak Nikah Bulan Puasa Nanti

24-3-2021 08:33 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6055| Komen: 32|Original author: Oleh: Saiful

Fida Ibrahim maklumkan yang dia bakal bernikah pada awal Mei nanti.

Kata Fida yang bakal berkahwin dengan ahli perniagaan itu, mereka akan bernikah pada bulan Ramadan dan berharap agar segala perancangan berjalan dengan lancar.


Foto: IG

"Perancangan awal kami untuk majlis pernikahan, memang nak dibuat sebelum Ramadan tapi tak sangka tarikh diputuskan itu jatuh dalam bulan puasa. Jadi, kami akur dengan keputusan keluarga.

"Syukur alhamdulillah, apa yang diharapkan semoga perancangan kami melangkah ke fasa berumah tangga, insha-Allah akan termakbul tidak lama lagi. Malah, majlisnya pun kami buat sederhana.

"Sekarang pun masih lagi pandemik, jadi segala aspek penganjuran majlis termasuk perkahwinan kena mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan kami ikut mana yang terbaik," katanya kepada Harian Metro.




Kata pelakon itu, dia dan bakal suami pada mulanya mahu mengadakan majlis nikah sahaja namun keluarga ingin majlis resepsi memandangkan dia anak bongsu.

"Apapun, masih banyak urusan yang perlu kami berdua selesaikan dahulu dan bila difikir-fikir, pemilihan Mei itu adalah tepat. Biarlah semuanya lancar.

"Persediaan dan persiapan pun saya buat biasa-biasa saja, tapi jika ada ahli keluarga dan sahabat yang mahu menambah apa-apa dirasa perlu, terpulang pada mereka," tambahnya.



Fida yang masih merahsiakan identiti bakal suaminya itu berkata lelaki berkenaan adalah seorang yang baik, sangat memahami dan banyak membantu.

Didoakan agar semuanya lancar. Tak sabar kan nak tengok suami Fida, mesti kacak sungguh, sebab tu sampai sekarang sorok. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 24-3-2021 08:37 AM
Laa\ xsetel lg? Sendurina btol
Quote yylkasy 24-3-2021 08:38 AM
Tak nikah2 lg?
Quote haryatie 24-3-2021 08:45 AM
owwhhhh blum kawin lgi ke dia ni
Quote laksmanabentan 24-3-2021 08:46 AM
sendurina.....
Quote misuke 24-3-2021 09:30 AM
Maap la pida. Netizen bz hal nikoh lopa ja
Quote ihtisyam1 24-3-2021 09:36 AM
Ada lagi dia ni... ingat dah tak mo jadi retis
Quote sweet)june 24-3-2021 11:13 AM
org tua tua tak bagi nikoh bulan posa...bahayaaa
Quote tagas 24-3-2021 12:07 PM
Pung pang sembang

Kawen nye tak jgk
Quote me12345 24-3-2021 12:10 PM
Tahniah ler...mcm lama dh dgr nk nikah ni...
Quote deebiz14 24-3-2021 12:16 PM
Laaa.... Ingat ni post lama. Lom kawen2 lagi eh...

Pepun, tahniah dan semoga kesampaian bernikoh at last.
Quote Geeayden 24-3-2021 12:19 PM
Tahniah semoga urusan pernikahan nanti berjln dgn lancar dan dipermudahkan oleh Allah
Quote little_sis 24-3-2021 12:22 PM
Semoga dipermudahkan urusan utk fida bernikah.. mesti dia tgh nak sgt kahwin tu.. moga tercapai hasrat hati tu...
Quote Adeakukesah11 24-3-2021 12:23 PM
Kessssaaaahhhhhhhhh
Quote selipar_hijau 24-3-2021 12:45 PM
Laaaa tak menikah menikah lagi ke selama ni???
Quote nellyberry 24-3-2021 12:46 PM
Biasanya org dulu-dulu tak bagi nikah dekat-dekat puasa, ni dalam puasa nak nikah.
Bahaya, sbb takut tak boleh nak control nafsu.
Quote 3chanceno 24-3-2021 01:08 PM
Pelik kenapa masa pilih tarikh nikah tu tak check kalandar Islam jugak?? Selalunya kan kita chek dua2 kalendar sebelum konfirm nikahnya..

Tak pe la jgn si Fida nikah duluan dan sempat kirim salam pada jah2x
Quote 3chanceno 24-3-2021 01:09 PM
nellyberry replied at 24-3-2021 12:46 PM
Biasanya org dulu-dulu tak bagi nikah dekat-dekat puasa, ni dalam puasa nak nikah.
Bahaya, sbb taku ...

Betul kerna pernah dengar jugak..tapi kan mungkin mereka  kebal bole tahan kot
Quote ciknaktau 24-3-2021 01:16 PM
dah hampir hilang dr ingatan iols nama dia ni...
Quote duricinta 24-3-2021 02:01 PM
Jgn terbabas time bulan puasa tu dah la...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057175 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top