CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Anak Tak Dapat Dihubungi, Ibu Tua Duduk Di Rumah Usang Tanpa Tandas

23-3-2021 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5272| Komen: 27

Seorang warga emas hidup serba kekurangan di bawah sebuah rumah pusaka serba usang di Kampung Ulu Bendul dekat sini.

Sapiah Keweh, 76, berkata, dia terpaksa tinggal di bahagian bawah rumah pusaka itu kerana tidak berani untuk mendiami bahagian atas rumah itu yang sudah uzur.


Lebih menyedihkan, dia tinggal di rumah itu sejak 20 tahun lalu bersama seorang anak lelakinya berusia 50 tahun tanpa mempunyai kemudahan tandas yang selesa.

Tambah menyedihkan, Sapiah kini hanya mampu mengengsot untuk bergerak ke mana-mana kerana mengalami kesakitan pada bahagian lutut.


Foto: Kosmo

“Lagipun bahagian bawah rumah ini rendah dan sempit, nak berjalan pun memang susah. Saya menumpang di rumah ini bersama anak yang hanya bekerja kampung, saya ada dua orang lagi anak tetapi tidak dapat dihubungi, hanya seorang ini sahajalah yang membantu.


“Rumah pusaka ini kepunyaan arwah kakak dan ia diwariskan kepada anaknya yang tinggal di Pahang. Saya mempunyai tanah di kawasan berdekatan namun tidak mempunyai wang yang cukup untuk membina rumah,” ujarnya yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Dia ditemui Kosmo! selepas menerima bantuan bakul makanan yang diserahkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Kampung Ulu Bendul, dekat sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi MPPK Kampung Ulu Bendul, Shahrin Mat Basir berkata, dia dan ahli jawatankuasa sentiasa mengambil berat keadaan Sapiah namun mengakui tiada sebarang bantuan yang diterima untuk membina sebuah rumah untuk keluarga itu

“Dia sudah lama memaklumkan kepada saya tentang rumah berkenaan namun kami tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk membina rumah yang lebih selesa. Memang menyedihkan, rumah yang didiaminya kini agak usang dan tiada bilik air dan tandas.

“Sapiah terpaksa mengengsot ke tali air di belakang rumahnya untuk mengambil air dan mandi. Apa yang kami lihat, anaknya ada membuat satu ruangan kecil untuknya di dalam rumah bagi membuang air namun keadaannya agak kotor,” katanya.

Menurutnya, pihak MPKK menyambut baik sekiranya ada mana-mana pihak berhasrat mahu menghulurkan bantuan untuk mendapatkan sebuah rumah untuk Sapiah atau setidak-tidaknya membina tandas untuk kemudahan warga emas itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 23-3-2021 12:57 PM
Ada anak yang tak dapat dihubungi? Kesiannya makcik ni.. Semoga ada pihak yang boleh bantu bina rumah yang lebih baik..
Quote SweetRehan 23-3-2021 01:24 PM
Kesiannya....harap ada yang sudi bagi bantuan untuk bina rumah...kecik pun takpe lagipun makcik ni ada tanah sendiri...
Quote kelip2_07 23-3-2021 01:27 PM
kesiannyee..hrp2 ade org tlg buatkan umah..kecik2 pn jd lah
Quote kiah78 23-3-2021 01:27 PM
Kesiannya makcik nie.anak tak dapat dihubungi. Ke anak tak nak berhubung dengan Makcik nie sebab maknya miskin. Semoga Allah melindungi makcik.
Quote rajamoney 23-3-2021 01:51 PM
anak dia jadi expat kat finland kot
Quote BeskotCekelat 23-3-2021 01:59 PM
Bersih rumah makcik ni
Quote syaz_lina 23-3-2021 02:05 PM
Calling2 for ADUN, pejabat zakat, ebit lew. Kesian nenek ni toilet pun xde
Quote kakikuDibibirmu 23-3-2021 02:08 PM
Tak apa, harta boleh faraid
Quote tagas 23-3-2021 02:10 PM
Dun worry

superebit will come 2 save da world
Quote monreyes 23-3-2021 02:17 PM
EL dah p aprika....
Quote Nenasketum 23-3-2021 02:23 PM
sila viral kan rupa & alamat rumah anak2 makcik ni, aku teringin nak baling batu kat muka & rumah dia. Kalau boleh nak bagi depa dibuang keje skali, geram pulak aku
Quote zehra2 23-3-2021 03:01 PM
kurang ajar punya anak.. mak mati nanti, berebut tanah plak
Quote jazaa100 23-3-2021 03:14 PM
ank lelaki umor 50thn tu buat apa?...


dah 20thn dok mcm tu, dari umor 30thn, dia buat apa.....ada tanah tu, jual, pastu beli rumah taman.  cukup kelengkapan....
Quote little_sis 23-3-2021 03:14 PM
sekurang2nya dia ada sorang lg anak yg temankan dia.. moga nasib mereka anak beranak terbela.. yg untungnya sbb ada tanah, aku yakin dpt buat rumah elok sikit dan selamat.. insyaAllah ada yg akan tolong tu..
Quote shernazz 23-3-2021 03:27 PM
Entah2 anak2 dia dah mati sebenarnya
Tinggal sorang ni je..
Quote Mulotkoyak 23-3-2021 04:39 PM
Ak xmampuuu tlg. Tp hanya nk doakan yang baik-baik untuk makcik ni ngn anak nye. Moga ade insan dpt tlg dia.
Quote Plain-tif 23-3-2021 07:11 PM
Mujurlah boleh tumpang rumah dengan anak, boleh jugak tolong tengok2 kan kalau sakit pening
Quote Yunbin 23-3-2021 08:22 PM
I think baitulmal ada bantuan utk buat rumah asnaf, ketua kampung xkan lah xboleh tolong mohonkan..
Quote chandrahusin 23-3-2021 08:35 PM
1/2 jam dr Seremban je Ulu Bendul ni
Moga dipermudahkan urusan Makcik

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.085034 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top