CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dalam Proses Cerai, Aliff Ali Khan Jumpa Patung Sihir Di Rumah

19-3-2021 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14032| Komen: 44

Abang kepada Isa Khan, Aliff Ali Khan kini dalam proses perceraian dengan isterinya, Aska Ongi. 

Ketika dalam proses perceraian, pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia itu mengalami kejadian aneh yang membuatnya dia terkejut. 



Kredit foto: IG Aliff

Menurut laman Hot Detik, peguam Aliff, Asgar H Sjarfi berkata kepada media bahawa dia menemui sesuatu yang aneh iaitu sebuah anak patung sihir di gim rumahnya.

Aliff terkejut kerana tidak ada seorang pun di rumahnya yang mengaku memiliki objek tersebut yang dipercayai  bukan objek biasa. 

Namun, Aliff enggan menuduh mana-mana pihak mengenai keanehan dialaminya itu.

"Kami tiada bukti tetapi boneka sihir itu ada di rumah Aliff yang hanya didiami tiga individu," kata Asgar.

Syukurlah, Aliff tidak mengalami kejadian buruk setelah menemui anak patung sihir itu. Walaupun dia masih menganggap ada sesuatu yang ganjil mengenai kejadian ini, dia cuba untuk berfikir positif dan melupakan perkara pelik itu.



Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dee123rose 19-3-2021 01:19 PM
Takziah {:question tapi baru saya tahu. Mereka ni semua kelahiran indonesia kah
Quote awenda507 19-3-2021 01:22 PM
Bila dah tak suka..mcm2 hal
Quote alieyrina 19-3-2021 01:47 PM
Hensemm la adik beradik depa ni
Quote beatgirlX 19-3-2021 01:52 PM
alieyrina replied at 19-3-2021 01:47 PM
Hensemm la adik beradik depa ni

Kannn..Rupa tu ada....tapi nape adiknya x ikut jejak langkah abg2 nya menempaa nama Kat sana?
Quote manusia_hairan 19-3-2021 02:03 PM
Serious aku tak pernah kenal family isa khan ni. Kenal si isa khan ni pun sbb news bercinta dgn risteena
Quote bruberry88 19-3-2021 02:56 PM
manusia_hairan replied at 19-3-2021 02:03 PM
Serious aku tak pernah kenal family isa khan ni. Kenal si isa khan ni pun sbb news bercinta dgn rist ...

omg same! mereka hanya dikenali kerana gossip bukan kerana bakat. kriteria artisan kelas F-
Quote tokchik 19-3-2021 05:52 PM
Pulak yusup selam ni

Yusup selam Tu ok menakannya
Quote Boboyottt 19-3-2021 06:47 PM
Artis semua adik beradik nya
Quote dua_chzy 19-3-2021 06:58 PM
Selayaknya ko disihir dah ko pun jahat pukul perempuan.
Quote Nenasketum 19-3-2021 07:02 PM
Bukan dia ke yang buat sumting? Depa & arwah Asyraff Sinclair dok sana tak balik2, tapi Keith Foo elok2 balik Mesia. Apa sebab musabab tinggal sana dan balik sini agaknya
Quote ciksaenara 19-3-2021 08:07 PM
memang adik bradik khan ni smua tinggal di ngara sblah ye? bkn diorang ni asal mlaysia? cmne blh brhijrah kat sane?
Quote lembumanis 19-3-2021 11:31 PM
Ok maaf tak kenal. Cuma takut lah skrg dunia dah maju pun sihir2 tetap on
Quote ReginaGeorge 19-3-2021 11:52 PM
Ada tak gambar boneka tu, nak tengok.
Quote mabeles 19-3-2021 11:53 PM
Dee123rose replied at 19-3-2021 01:19 PM
Takziah {:question tapi baru saya tahu. Mereka ni semua kelahiran indonesia kah

Indon apo. Rumah dulu kat Cheras Perdana haaaa
Quote luluaurora 19-3-2021 11:56 PM
done google bininya si aliff ni, segakk..lawo..
tp tu la...islam kah?
Quote MsBritney 20-3-2021 06:51 PM
Ramainye adik beradik khan nii..
Quote newyork 20-3-2021 06:57 PM
Adik beradik muka helok.
Quote sophiehana 20-3-2021 06:57 PM
Tu jeh ke ko jumpa. Dah xsuka jumpa mcm2 lak
Quote Suchi 20-3-2021 07:01 PM
Berapa ramai sebenarnya keluarga Khan asal Malaysia ni mencari rejeki sebagai pelakon di seberang sana ni?

Adakah mereka2 ni pelakon papan atas atau sekadar kayu pallet terpakai belakang kilang jaaa

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.059748 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top