CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk Liwat Dan Rogol Cucu Di Kedai Makan

18-3-2021 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13245| Komen: 101

Kuala Terengganu: Peniaga kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan merogol dan meliwat cucu saudaranya berusia tujuh tahun.


Tertuduh berusia 56 tahun membuat pengakuan itu sebelum mohon dibicarakan selepas dua pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia tujuh tahun di dalam sebuah kedai makan di Kuala Nerus, jam 7 malam pada 23 Februari lalu.

Kredit foto: Harian Metro


Bagi kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan (KK) itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 377C KK berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan serta tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
9

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 18-3-2021 03:26 PM
Kesalahan bertingkat2

Rape
Pedo
Incest
Liwat


Quote Aliaskotonggo 18-3-2021 03:31 PM
Edited by Aliaskotonggo at 19-3-2021 04:38 PM

biarlah, bukannya org lain
Quote Amandaminaj96 18-3-2021 03:35 PM
Pedophile ni bagi hukuman mati takleh ke? {:freak
Quote tootii 18-3-2021 03:40 PM
semakin gila manusia2 skrg !
Quote saviour_09 18-3-2021 03:43 PM
sumpahang ikang

natang mung ni org tue baser dok sedor diri ork natang!!!
Quote TravellingBear 18-3-2021 03:44 PM
magreb2 tak dengar azan ke
Quote yebit157 18-3-2021 03:44 PM
untuk kes rogol ni tak boleh buat hukuman mati ke macam dekat iran tu
Quote ayra.e 18-3-2021 03:46 PM
Jadah betol la..biarla mereput dlm penjare tu.
Quote ayra.e 18-3-2021 03:46 PM
Jadah betol la..biarla mereput dlm penjare tu.
Quote fifie_olin 18-3-2021 03:46 PM
jntn sialan
Quote sarahmirza 18-3-2021 03:57 PM
Biasa la....lelaki mana boleh kawal cik nek depa... Nafsu satu je kan..


#pembaris
Quote ahlisihircute 18-3-2021 04:12 PM
Dah makin teruk manusia sekrg nie...
Quote Artemesiaa 18-3-2021 04:16 PM
Boleh dikatakan setiap hari ada je kes macam ni dilapurkan macam tak ada kesudahannya
Quote lavendernovella 18-3-2021 04:17 PM
Sula jer lah.
Quote lailies 18-3-2021 04:21 PM
gila..x tau ke kubur tu dah panggil.....
Quote rosasen 18-3-2021 04:22 PM

belum azan...masjid/surau tgh mengaji masa ni.. tu pn dah x insaf jgk
Quote rajamoney 18-3-2021 04:22 PM
bangsa etis la ni

liwat2 ni ajaran etis

msti gay pedo ni sbb mliwat
Quote renko 18-3-2021 04:23 PM
itu pun ada bahlol dekat fb bekap
kata mungkin mangsa fitnah dia ni
hotak la dia
budak 7tahun nk fitnah kejadian rogol
makin sakit jiwa org sekarang
Quote Miss_LoveLeen 18-3-2021 04:26 PM
Jahat sungguh la natang ni..

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.055435 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top