|
Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV) baru-baru ini membuat ‘kecoh’ di sebuah butik mewah yang terletak di Pavillion Kuala Lumpur ternyata menarik perhatian warganet. Manakan tidak, DSV dilaporkan membuat sebuah kejutan untuk meraikan hari jadi anak lelakinya iaitu Kacak. Dalam hantaran video di Instagram, kelihatan DSV memilih butik berjenama mewah, Christian Dior untuk mengadakan majlis kejutan itu. Menerusi kapsyen, dia memberitahu bahawa sambutan yang diadakan itu sekadar ‘geli-geli’ ataupun suka-suka sebelum mengadakan majlis rasmi anak kesayangannya itu di kemudian hari. Meskipun begitu, reaksi DSV ketika disuruh memakai pelitup muka sebelum memasuki pusat membeli-mewah itu menjadi pertikaian netizen.
|



sharlenetexas replied at 18-3-2021 01:12 PM
Bila designer boutique dipasar malamkan oleh pokok krismas bergerak
geli geli je gittewww. Terpaksa hadap je lah kacak dengan mak dia
sharlenetexas replied at 18-3-2021 01:12 PM
Bila designer boutique dipasar malamkan oleh pokok krismas bergerak




ADVERTISEMENT