CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sakit Hidung Buat Swab Test, Zed Zaidi Gesa Kerajaan Bagi Vaksin Awal Kepada Artis

18-3-2021 08:52 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8996| Komen: 91|Original author: Oleh: Saiful

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mencadangkan agar kerajaan memberi suntikan vaksin kepada golongan selebriti selepas menerima banyak aduan daripada penggiat seni tentang kekerapan melakukan swab test untuk setiap projek kerja.


Presidennya, Zed Zaidi kata kerajaan sepatutnya gunakan pengaruh besar golongan artis dan anak seni unutk menyebarkan pengetahun dan kebaikan vaksin Covid-19.

"Kalau kita perhatikan banyak negara luar memanfaatkan dan menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk membantu dalam memberitahu kebaikan pengambilan vaksin kepada rakyat mereka.

"Kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama di sini. Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi Covid-19 melalui media sosial para selebriti tersebut. Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah.


Foto: IG


"Kita ambil contoh paling dekat, seperti di Indonesia, mereka melantik selebriti sebagai ikon dan individu yang terawal untuk terima vaksin. Ia dilakukan agar dapat meyakinkan rakyat mereka bahawa vaksin itu selamat selain dapat menolak gerakan anti vaksin yang turut dilaungkan beberapa selebriti sebelum ini," katanya kepada mStar.

Bukan itu sahaja, Zed uga memohon kerjaan agar mempertimbangkan  kekerapan ujian calitan yang terpaksa dilakukan artis setiap kali mahu memulakan projek baharu.

Katanya SOP itu dilonggarkan bagi meringkan beban mereka untuk berkarya.

"Seniman banyak dapat aduan daripada artis lebih-lebih daripada pelakon yang mana mereka perlu melakukan banyak kali swab test. Bila dia ada banyak job, kena buat swab test banyak kali.

"Kami harap kerajaan dapat kurangkan SOP bagi meringankan beban mereka untuk berkarya. Ada yang sampai kata dah fed up nak buat swab test banyak kali, dahlah sekarang susah untuk mereka dapat job.

"Kalau dah dapat vaksin, tak perlulah mereka banyak kali buat swab test setiap kali dapat offer kerja. Dari situ dah dapat jimat kos... ingat tak sakit hidung kena cucuk banyak kali?" -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 17-3-2021 09:23 PM
aku setuju!

bila BPN masuk bagi la kat retis first bukan kat ibu tunggal yang hilang kerja

bila vaccine masuk jgn bg nurse dan doctors, bg retis dulu

bila PKP bg je retis keluar nak berlakon, dorg frontliners

apa je yang aku tak setuju dgn jekjedi

bangsa retis ni bukan bangsa bishe2, bangsa johor pun kalah
Quote skymania 17-3-2021 09:31 PM
register je la my sejahtera..ikot turn..bodoh jedjedi..
Quote tikusmontok 17-3-2021 09:32 PM
Ehhh vavinya kau..mcmlah bsr sgt sumbangan retis pd negara
Quote Scheherazade 17-3-2021 09:32 PM
Fefeeling entitled sgt! Get in line la dey!
Quote likecandy 17-3-2021 09:38 PM
Golongan selebriti tu pon ada yg antivax
Apa kata ZZ amek tindakan kat dorang, nasihat dorang ke apa
Quote rajamoney 17-3-2021 09:41 PM
nk ke bike preacher tu?

Quote debab_78 17-3-2021 09:44 PM
Blah la.... dan2 justify n claim nak jd frontliner...
Quote lyshafull 17-3-2021 09:45 PM
ape sumbangan retis2 ko nie jed ... setakat jadik bhn kat forum ... pelakon below par .. penyanyi pun sumbg tu pun x leh terima teguran ..
Quote mrsbale 17-3-2021 09:48 PM
Lebih baiklah ko try tny kot2 ade vaksin blh kurangkan virus benak amongst retis2 msia ni jed oi
Quote delia3003 17-3-2021 09:48 PM
Edited by delia3003 at 17-3-2021 09:50 PM

Ikut je ler schedule gov tu, kenape nak kena ada special phase utk golongan seni plak. Apa special nye diorang ni. Mengade2 nye. Tak payah berangan ler. Register je kat MySejahtera dan web, ikut turn ler. Tak kuasa
Quote Normabaru 17-3-2021 09:52 PM
Haa yg ni kaka setuju.. Mati pon cepat since korg kan jenis benda2 pelik pon suka cucuk. Sila2 potong queue.. Sinovac la tapinya yg dicucuk. Jgn memilih plak
Quote Normabaru 17-3-2021 09:54 PM
Haa yg ni kaka setuju.. Mati pon cepat since korg kan jenis benda2 pelik pon suka cucuk. Sila2 potong queue.. Sinovac la tapinya yg dicucuk. Jgn memilih plak
Quote Nenasketum 17-3-2021 09:54 PM
Aku berkali2 cakap kat korang, retis ni rasa we owe everything to them. Sila lah mereput. Nanti ada pulak pi jumpa Agong kot nak potong q, meluat sungguh
Quote icemochalatte 17-3-2021 09:54 PM
Ikut turn laa.bukan frontliner pun retis ni
Quote Normabaru 17-3-2021 09:55 PM
debab_78 replied at 17-3-2021 09:44 PM
Blah la.... dan2 justify n claim nak jd frontliner...

Masa suruh tlg govt edu pemenat follow SOP xde plak nk guna 'pengaruh'... Masa sekarang nk guna pengaruh konon. Ckp jela ko takod dpt sinovac. Kohkoh
Quote bakingsoda 17-3-2021 09:55 PM
whoareyusss retis sangkak nak fasa khas vaksin? hari tu mintak bantuan khas? ingat korang je ke yg kena kerja? beratur la bodo
Quote ~boolean 17-3-2021 10:03 PM
dia ni beruntung netizen malaya tak sejahanam netizen korea...

kalau buat kenyataan bodoh ni di korea, maunya kena kecam sampai hilang dari radar...tengok2 dah bunuh diri..
Quote aechae 17-3-2021 10:06 PM
Sian jed jaidi...asal muncul mintak mcm2 utk artis je kena kecam
Quote LadyCarefree 17-3-2021 10:10 PM
iols jarang maki tp pundek la retis semua. Xperlu pon korang semua. Xwujud semua retis msia ni lg bagus. Xgitu.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.254373 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top