CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tahukah Anda! Dekat Jepun Pun Ada Bandar Miskin

17-3-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5796| Komen: 24|Original author: WIFEY_KETIAK

 

Korang percaya tak negara yang sangat moden, dan sangat terkenal dengan kemajuan teknologi, Jepun pun ada sebuah bandar yang dilabelkan sebagai 'terlalu' miskin, sampai nama kawasan itu pon tidak muncul secara rasmi di dalam peta dunia.

Mungkin korang beranggapan yang bandar ini terletak jauh dari bandaraya pesar Jepun, tapi sebenarnya bandar yang bernama Kamagasaki ini hanya terletak di salah satu kawasan kecil dalam Osaka. Tempat tersebut sangat miskin sehinggakan satu filem diarahkan untuk memadamkan satu babak yang memaparkan kawasan tersebut.





Arahan tersebut dikeluarkan untuk menjaga air muka mereka yang tinggal di Kamagasaki. Menurut pegawai autoriti di Osaka, orang Jepun sentiasa menjaga satu sama lain, dan filem tersebut seperti tiada timbang rasa terhadap penduduk disitu. Apabila wujud perkara negatif dalam sebuah kelompok di Jepun, sedaya upaya mereka akan menyembunyikannya.


Kalau korang sampai ke sini, korang akan perasan garisan halus yang memisahkan Kamagasaki yang orang Jepun pun takut nak datang, dengan dunia 'luar' Osaka yang diisi pencakar langit. Kebanyakan yang tinggal di sini adalah lelaki dan 40% adalah orang yang berumur 65 tahun ke atas.





Untuk ke sini, korang boleh naik tren dan berhenti di stesen Shin-Imamiya, dah dekat dah. Pelancong luar sebenarnya suka datang sini sebab semuanya murah dekat sini termasuklah hostel, dan mesin air gedegang. Mereka yang pernah datang sini kadang-kadang susah nak percaya dengan keadaan di Kamagasaki kerana apabila menjejakkan kaki ke Jepun, mereka hanya membayangkan kemajuan, bukan kemiskinan tegar.

Pemandangan dekat sini memang jauh berbeza dengan Tokyo, korang akan banyak nampak orang-orang yang melepak dekat tepi jalan, sampah-sampah yang dibiar, tilam yang terhampar di atas jalanan. Langsung tidak sama dengan apa yang korang akan nampak dekat lokasi lain di Jepun, dan langsung tak sama dengan apa yang orang bayangkan bila kita sebut nama Jepun.



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 16-3-2021 07:13 PM
Ore jepun pemalas vs pandang ke timur.......
Quote Timunlaut 17-3-2021 08:17 AM
Tak sangka
Quote MadameOnion 17-3-2021 11:20 AM
memang nampak miskin betul..kerajaan jepun takda initiative nak bantu ke?
Quote WIFEY_KETIAK 17-3-2021 12:44 PM
MadameOnion replied at 17-3-2021 11:20 AM
memang nampak miskin betul..kerajaan jepun takda initiative nak bantu ke?

klau DAP ada kt jepun DAP akan bantu punya
Quote WIFEY_KETIAK 17-3-2021 12:46 PM

[youtube]LwPaAhcwuBc[/youtube]
Quote helicornia 17-3-2021 01:06 PM
mesin air gedegang tu apa
Quote Lemonademint6 17-3-2021 01:06 PM
Owh, ada rupanya
Quote helicornia 17-3-2021 01:07 PM
klu pi jepun ada je homeless. kt tokyo pun ada.kt london oxford st pun ada.pendek kata kt mana2 pun ada homeless
Quote WIFEY_KETIAK 17-3-2021 01:13 PM
helicornia replied at 17-3-2021 01:07 PM
klu pi jepun ada je homeless. kt tokyo pun ada.kt london oxford st pun ada.pendek kata kt mana2 pun  ...

semua negara ada
Quote SayaSayangMama 17-3-2021 02:17 PM
MadameOnion: memang nampak miskin betul..kerajaan jepun takda initiative nak bantu ke?


Ahh sikit sikit nk bantu. Klu dah malas xleh nk buat apa. Baca je pos kt natipah abu kt fb. Golongan miskin ni yg sama je minta bantuan sampai kena tukar rumah sbb rumah yg pernah bantu sblum ni jd kotor sgt dan byk rosak. Org pulak kena carikan rumah baru utk kau ank beranak. Sampai mati la kena bantu.
Quote cantik88 17-3-2021 02:45 PM
Kehidupan ini memang ada org misikin dan kaya...kalo semua orang kaya bermakna orang kaya tuu yang berjaya mengkayakan orang misikin...tapi skrg org mengamalkan kehidupan kapitalis kaya untuk diri sendiri bukan kaya untuk sama menyumbang kesejahteran masyarakat...
Quote Plain-tif 17-3-2021 11:21 PM
Jadi gelendangan dari muda ke mcm mana
Quote qistina91 17-3-2021 11:25 PM
Xpernah tau ada tempat mcm hi di Jepun
Quote qistina91 17-3-2021 11:27 PM
SayaSayangMama replied at 17-3-2021 02:17 PM
Ahh sikit sikit nk bantu. Klu dah malas xleh nk buat apa. Baca je pos kt natipah abu kt fb. Golo ...

Kat Malaysia banyak jd mcm ni   
Quote qistina91 17-3-2021 11:28 PM
Plain-tif replied at 17-3-2021 11:21 PM
Jadi gelendangan dari muda ke mcm mana

Mungkin xde family dari awal xde anak ke or forever alone
Quote qistina91 17-3-2021 11:29 PM
Plain-tif replied at 17-3-2021 11:21 PM
Jadi gelendangan dari muda ke mcm mana

Mungkin keluarga semua dah xde.
Quote Zazama 17-3-2021 11:41 PM
Baru ku tahu!
Quote Plain-tif 17-3-2021 11:44 PM
qistina91 replied at 17-3-2021 11:25 PM
Xpernah tau ada tempat mcm hi di Jepun

Samalah... baru tahu juga
Quote Duriancreep 18-3-2021 12:06 AM
Advanced country banyak je homeless.. Malaysia bagus lgi bila fikir, still ada tempat khas built for them. Ni yang homeless kat temperate country ni kena survived winter kat underground,  subway station dalam kotak

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.074940 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top