CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sebab tu Allah uji hambanya di usia 35-40 tahun.Inilah maksud umur 40 tahun.

19-3-2021 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6271| Komen: 18|Original author: piao

Description: Ralit menempuh liku-liku hidup, tanpa sedar umur semakin berganjak dan masuk dunia 35-40 tahun. Yang mana waktu in ...
 




Ralit menempuh liku-liku hidup, tanpa sedar umur semakin berganjak dan masuk dunia 35-40 tahun. Yang mana waktu inilah ada sesetengah kejadian berlaku tanpa disangka-sangka.Namun siapa kita untuk menghalang ujian yang tiba, jalan terbaik reda dan bersedia menerima apa saja kemungkinan yang berlaku. Seperti yang dikongsikan Puan Ainul Mardhiah di laman facebook miliknya, umur 35 tahun – 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji.

Masuk Saja Umur 35-40 Tahun
Ujian boleh datang dari ibu bapa (jatuh sakit, kmtian), atau dari pasangan hidup (pencraian, jatuh sakit, pergduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.Memang bermula 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.

Usia 35 – 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaaf ayat 15” ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh mencraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu-cucunya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumah tangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa…muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal…”Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 35 – 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkanny.?!Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Kredit: mingguanwanita

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuchibambam 19-3-2021 04:25 AM
Allah uji 2 cara..dia beri musibah atau dia beri kelazatan dunia..nak tgk kita ingat dia atau tidak
Quote piao 19-3-2021 08:38 AM
kuchibambam replied at 19-3-2021 04:25 AM
Allah uji 2 cara..dia beri musibah atau dia beri kelazatan dunia..nak tgk kita ingat dia atau tidak

setuju
Quote Cieejiee 19-3-2021 02:23 PM
Quote kuchibambam 19-3-2021 04:56 PM
Semoga ujian kita sekadar kemampuan kita..and kita redha
Quote Boboyottt 19-3-2021 06:51 PM
Semoga kami selalu di bawah lindungan-Nya
Quote Label77 20-3-2021 12:42 AM
setuju sangat2
Quote intanblur 20-3-2021 12:44 AM
Insafff {:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote Aurora446 20-3-2021 01:23 AM
Quote purpleghozt 20-3-2021 06:37 AM
Semoga kami diberi taufik dan hidayahNya dlm melalui ujian yg diberi
Quote KakOkey 21-3-2021 11:33 AM
Nak belajar menulis daripada barisan penulis ternama Malaysia seperti Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Sasterawan Negara Dr Siti Zainon Ismail, Puan Nisah Haron, Tuan Hilal Asyraf dan barisan penulis mapan lain.

Panggilan terakhir untuk harga earlybird Sekolah Penulisan Ramadan 2021!

KLIK: https://yosh.my/order/form/vsspr2021/446

Harga RM99 ini akan tamat 21hb Mac 2021.
Kemudian harga akan meningkat.

Daftar sekarang jika anda berminat untuk mendalami ilmu penulisan. Serius cakap memang berbaloi sebab boleh belajar dengan ramai penulis ternama. Jangan ragu-ragu lagi, nanti rugi!
Quote piao 23-3-2021 09:21 AM
aku dah nk msuk 40an ni....
Quote She-Ra 23-3-2021 09:24 AM
14 April 2017, arwah ibu meninggal dunia
rindu yg tiada penghujungya...

Al-Fatihah mama....
Quote smartcute 23-3-2021 03:35 PM
sekarang aku diuji dengan rumah tangga aku. tiada sapa menduga tiba tiba wife aku bleh ubah 360 darjah smapai aku pun tak kenal dia lagi. aku tak tahu kenapa tahap kebencian dia ngan aku sampai dia tak nak aku lagi, nak tuntut cerai, nak tuntut fasakh. Maha hebat dugaan yang Allah bagi kat aku, smapai aku tertanya tanya sendiri..monolog dlm diri sendiri. sampai aku buntu tak tahu puncanya. Aku mohon ALLAH terus berikan aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Aku sayang keluarga aku, anak anak aku dan isteri aku, jika inilah ujiannya aku mohon kekuatan yang luar biasa dari ALLAH untuk menghadapainya. Aku tahu ALLAH rindukan aku untuk bermunajatnya padaNYa. Alhamdulilah musibah untuk sekarang aku perbaiki diri. Mohon kawan kawan doakan cepat berakhir dugaan ini.
Quote makadek 26-3-2021 09:52 PM
smartcute replied at 23-3-2021 03:35 PM
sekarang aku diuji dengan rumah tangga aku. tiada sapa menduga tiba tiba wife aku bleh ubah 360 darj ...

Dia tk puas kat ranjang,ko tk pandai bg masa ,ko selfish mgknlah
Quote smartcute 29-3-2021 05:01 PM
makadek replied at 26-3-2021 09:52 PM
Dia tk puas kat ranjang,ko tk pandai bg masa ,ko selfish mgknlah

kahwin ni bukan sex semata mata, kenapa tak berbincang,,,
Quote makadek 29-3-2021 05:46 PM
smartcute replied at 29-3-2021 05:01 PM
kahwin ni bukan sex semata mata, kenapa tak berbincang,,,

Sapa kataaaaa tgk case kan
Quote 3chanceno 6-4-2021 04:25 PM
kuchibambam replied at 19-3-2021 04:25 AM
Allah uji 2 cara..dia beri musibah atau dia beri kelazatan dunia..nak tgk kita ingat dia atau tidak

Setuju dan benar
Quote 3chanceno 6-4-2021 04:31 PM
She-Ra replied at 23-3-2021 09:24 AM
14 April 2017, arwah ibu meninggal dunia
rindu yg tiada penghujungya...


Salam takziah
..sangat memahami kerinduan yg tiada penghujung kerna ayah saya pergi buat selama lamanya pada nov 2019..menitis airmata menulis ini.. walaupun redha dgn pemergiannya,tapi masih terasa pedih dan sunyi setelah dia pergi kerna he is my superhero!

Alfatihah untuk semua yg telah pergi buat selama lamanya

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.323314 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top