CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Sangat Dengki, Syura Sindir Rakan Artis?

17-3-2021 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8012| Komen: 33

Description: Siapa makan cili, dia rasa pedas!," kata penyanyi Syura Badron, 35, tidak menafikan perkongsian video dibuatnya di Tik Tok yang berbaur sindiran ditujukan kepada golongan insan 'berhati hitam' yang ...
Siapa makan cili, dia rasa pedas!," kata penyanyi Syura Badron, 35, tidak menafikan perkongsian video dibuatnya di Tik Tok yang berbaur sindiran ditujukan kepada golongan insan 'berhati hitam' yang tidak menyenangi kejayaan orang lain.


Menurut Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, perasaan iri hati dan tidak selesa dengan kejayaan orang lain memang wujud dalam diri segelintir manusia, tidak kisahlah mereka itu saudara-mara, kenalan mahupun sahabat.


"Kalau ada yang terasa disindir dengan video saya, memang betul saya menyindir. Ditambah, bentuk sindiran yang saya kongsi dalam video itu memang benda yang berlaku sekarang.

"Tak kisahlah apa kerjaya 'individu yang terasa itu' sama ada ahli perniagaan ke, pekerja biasa ke dan sebagainya, baguslah sebab manusia iri hati atau berhati hitam ini memang harus diberi teguran.


Foto: IG

"Saya berkongsi cerita-cerita dalam video dibuat berdasarkan pengalaman dilalui. Bukan saja dari pengalaman sekarang, tapi sejak dari dulu ketika saya masih sekolah, bekerja, berumah tangga dan sekarang dah bergelar janda pun.

"Masih lagi tetap juga berhadapan dengan golongan manusia iri hati serta berhati hitam ini. Paling menyedihkan, depan kita baik tapi di belakang sentiasa memburuk-burukkan dan ada saja yang tak kena di mata mereka," katanya.




Menurut Syura, bagaimanapun dia tidak menyangka perkongsian video dibuatnya di Tik Tok itu tular dan menjadi perhatian kerana ramai orang yang menyaksikannya memiliki sejarah pengalaman sama tetapi tidak disuarakan.

Ditanya apakah dia sebenarnya menyindir 'rakan artis', Syura berkata videonya tiada kaitan dengan individu atau pihak tertentu, namun lebih kepada umum. Ujarnya, terpulang pada penerimaan, pandangan dan penilaian masing-masing.

"Apapun, tujuan saya untuk memberi teguran dan peringatan kepada golongan berkenaan yang suka iri hati. Tapi, kalau dah terasa maksudnya, memang pernah buatlah. Namun, yang pasti saya juga tak bermaksud membuka aib sesiapa.




"Cuba ambil iktibar, apatah lagi kita semua adalah orang dewasa yang patutnya bertindak matang dan jika melihat seseorang itu berjaya, terus doakan dia dan jadikan motivasi diri. Bukannya iri hati atau ada perasaan mahu menjatuhkan," katanya lagi.

Syura yang semakin ligat berniaga produk kosmetik ketika ini berkata pembabitan dalam bisnes sebagai alternatif mencari cabang pendapatan lain. Katanya, dia sedar peluang dirinya untuk kembali bersinar dalam kerjaya seni seakan malap dan pudar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 17-3-2021 11:39 AM
Sian dia ni, banyak artikel keluar sejak2 ni ujung2 forumer pun konfius nak gosip ke nak jual produk baru. Mujur dah tahu siap2 nama produk di sebabkan artikel2 ni, so kita boleh blacklist another product OEM retis.
Quote rajamoney 17-3-2021 11:42 AM
sape la nk dengki ngn bibir ko syura

ko ni pandai masak

nape tk go on bisnes memasak

bkn dia ke mastercep sillybrity dulu?

juara kn?
Quote cikperiukkera 17-3-2021 11:53 AM
Patut la x naik2...kerja asyik nk menyindir..tp org nk dengki apa je dgn minah ni?
Quote tootii 17-3-2021 11:57 AM
cer la fikir positif Syura ..
pastu, ada kepandaian memasak, g la cuba bidang biz tu ..
dari menyindir org je , buat tik tok jer kan ..
Quote SayaSayangMama 17-3-2021 12:27 PM
Confius dia dgn sorg pelakon pakai tdung tu. yg berlakon jd perampas tu
Quote albedah 17-3-2021 12:28 PM
Dia ni ada iras2 ina naim kalu ina naim pasang badan.
Quote KIM.K 17-3-2021 12:45 PM
Astaga muda dari aku ke Syura
Quote wookiehoney 17-3-2021 02:33 PM
sapelah syura utk di dengki kan
Quote ezacbee 17-3-2021 02:36 PM
wookiehoney replied at 17-3-2021 02:33 PM
sapelah syura utk di dengki kan

Halusinasi tu
Quote red_velvet 17-3-2021 03:06 PM
Dah tua dah dik.. anak2 pun dah besar2.  Tapi gigih juga joget2 kat  tiktok
Quote skinsandstars 17-3-2021 04:57 PM
Dia ni rasa diri hot dan hebat sangat ke dok main tiktok di samping sindir-sindir orang?
Quote kivio 17-3-2021 06:40 PM
Dia ni makin kurus makin huduh pulak gaya.
Dulu macam berisi2 sikit nampak ok.
Quote no_el 17-3-2021 06:57 PM
Kalo ikut kan. Nana tu lg ramai yg patut dengkii. Tapi ade dia merempan
Ko kena blajo dgn nana to be humble n relax
Quote babycc 17-3-2021 07:38 PM
Menyampah dgn dia ni.. masuk muzikal.lawak x kelakar.. tergedik je lebih..
Quote MyLadyMarmalade 17-3-2021 07:51 PM
SayaSayangMama replied at 17-3-2021 12:27 PM
Confius dia dgn sorg pelakon pakai tdung tu. yg berlakon jd perampas tu

Jering ke? Haha i have the dame thought too..mayb sebab gigi putih fake tu kot
Quote September14 17-3-2021 08:06 PM
Haritu kata ada org nk spedo

Harini org dengki lak

Aduii syok sdri la kakak ni dah la gigi mcm besar je
Quote Raman 17-3-2021 08:47 PM
Makin pelik pula dia ni. Dulu2 muda2 macam normal, sekarang hermmmm
Quote evataso 17-3-2021 08:50 PM
Raman replied at 17-3-2021 08:47 PM
Makin pelik pula dia ni. Dulu2 muda2 macam normal, sekarang hermmmm

Iols igt iols jer perasan beliau senggini
Quote SayaSayangMama 17-3-2021 10:05 PM
MyLadyMarmalade replied at 17-3-2021 07:51 PM
Jering ke? Haha i have the dame thought too..mayb sebab gigi putih fake tu kot

Eh bukan jering. Nina baharun kot nama dia

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.246100 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top