CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Mampu Bayar Harta Sepencarian, Rumah Diroboh Bekas Isteri

17-3-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2321| Komen: 15

Description: Perceraian antara sepasang suami isteri di Indonesia gagal menjadi jalan penyele-saian tetapi menyebabkan sengketa antara mereka semakin buruk apabila kedua-duanya berbalah tentang harta sepencarian.
Perceraian antara sepasang suami isteri di Indonesia gagal menjadi jalan penyele-saian tetapi menyebabkan sengketa antara mereka semakin buruk apabila kedua-duanya berbalah tentang harta sepencarian.


Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Kusnan, 50, dikatakan tidak mampu membayar harta sepencarian berjumlah 30 juta rupiah (RM8,569) seperti dituntut bekas isterinya.

Akibat berang, wanita itu mengupah beberapa lelaki untuk merobohkan rumah bekas suaminya yang terletak di mukim Trowulan dalam wilayah Jawa Timur baru-baru ini, lapor portal beritaSuara.com.



Rumah yang dirobohkan pada Ahad lalu itu didiami oleh Kusnan bersama isteri baharu dan dua anaknya.

Kusnan berkata, rumahnya dirobohkan atas persetujuan bersama dengan bekas isterinya sebagai syarat jika dia gagal melunaskan bayaran harta sepencarian tersebut.

Kusnan terpaksa bersetuju rumah itu dirobohkan kerana tidak mampu membayar jumlah yang diminta bekas isterinya.


“Saya dipanggil ke dewan perbincangan kampung bagi membincangkan tuntutan bekas isteri.

“Bagaimanapun, saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dan bekas isteri kemudian meminta rumah itu dirobohkan sahaja,” katanya.

Tambah Kusnan, rumah tersebut sudah diwariskan kepada anak sulung hasil perkahwinan dengan bekas isterinya dan dia kesal kerana kediaman tersebut telah dirobohkan.

Lebih menyedihkan, dia dan isteri baharunya terpaksa membina pondok kecil di sebelah tapak rumahnya yang roboh sebagai tempat tinggal.

“Saya tidur di pondok itu bersama isteri dan ia sangat sempit,” kata Kusnan.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 17-3-2021 10:39 AM
Tp nape nk runtuhkan?.. nape x amek alih je umah tu?..
Quote rajamoney 17-3-2021 10:48 AM
rumah papan plywood

boleh la ko roboh
Quote haryatie 17-3-2021 10:58 AM
ganas nya
nsib la sama2 merempat pasni
Quote AwanCikDania 17-3-2021 10:59 AM
Buat perkara yang sia-sia je.
Quote jazaa100 17-3-2021 11:03 AM
nurul_akmar replied at 17-3-2021 10:39 AM
Tp nape nk runtuhkan?.. nape x amek alih je umah tu?..

tanah tu milik lelaki kot
Quote CiliPadiSedap 17-3-2021 11:07 AM
harap friska tak main roboh2 di malaysia ye. walaupun bermadu kamu tiada hak harta sepencarian
Quote prettyuglybabe 17-3-2021 11:29 AM
keyword nya sebab bekas laki duduk rumah tu dengan bini baru..
macam tak faham pulak orang pompuan..
laki biawak taik dadah kaki pukul tak apa..
asal jangan simpan pompuan lain or kawin baru/lagi satu..
Quote carly_lah 17-3-2021 11:37 AM
Lebih menyedihkan, dia dan isteri baharunya terpaksa membina pondok kecil di sebelah tapak rumahnya yang roboh sebagai tempat tinggal.


kawin lain ada pulak duit... mau x menyirap bekas bini.. mengelat la tu... padan muka...
Quote Friska 17-3-2021 11:41 AM
CiliPadiSedap replied at 17-3-2021 11:07 AM
harap friska tak main roboh2 di malaysia ye. walaupun bermadu kamu tiada hak harta sepencarian

Maaf ya Kakak, sebelum nikahi saya, suami sudah tandatangan prenuptial agreement buat melindungi hak saya karena saya sadar akan risiko bermadu. I'am an educated person, and I know my rights. Biaya buat prenuptial agreement di kantor lawyer  RM10,000.
Quote asamfish 17-3-2021 12:14 PM
Good move!  Dah jenis tak mampu (sekadar mampu bagi air mani), laaagi berangan nak berbini baru.
Bina la rumah lain...kata susah senang bersama.
Quote CiliPadiSedap 17-3-2021 12:17 PM
Friska replied at 17-3-2021 11:41 AM
Maaf ya Kakak, sebelum nikahi saya, suami sudah tandatangan prenuptial agreement buat melindungi h ...

firaun pun tak sejahat friska bermadu siap nak bolot harta jusa C siap buat aggrement lawyer lagi.  ini lah dia kacang lupakan kulit dah rampas rumah tangga orang. harta rumah tangga orang dia buat harta sendiri. indon brengset.

moga kamu di balas di dunia dan akhirat. tuhan itu tidak tidur. kamu pasti dihukum. karma is there.

kepada wanita2 malaysia sindiket indon madu macam friska ni ada, mereka target orang2 pencen kakitangan awam dan orang yang nak keluarkan epf ( termasuk isinar dan i friska). hati2 lah ye. mereka ni memang wujud


Quote Artemesiaa 17-3-2021 12:25 PM
Walau nampak macam rugi tapi bagi bekas isteri nak rugi biar semua rugi baru puas hatinya.  
Quote Friska 17-3-2021 02:59 PM
CiliPadiSedap replied at 17-3-2021 12:17 PM
firaun pun tak sejahat friska bermadu siap nak bolot harta jusa C siap buat aggrement lawyer lagi. ...

Bicara Kakak tidak bagus, bisa menjurus ke hate speech
Quote Littlerara 20-3-2021 12:02 AM
Garang betul isteri dia
Quote intanblur 20-3-2021 01:29 AM
Astagarrr{:yameteh{:yameteh{:yameteh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.131824 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top