CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Army Mengamuk BTS Gagal Menang Trofi Grammy, Tuduh Penganjur Rasis

15-3-2021 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11855| Komen: 64

Sedikit lesu daripada kebiasaan, acara muzik terulung dunia Grammy Awards ke-63 menyaksikan beberapa perkara menakjubkan walaupun ‘ditekan’ penularan pandemik Covid-19.

Antaranya, Beyonce melakar sejarah apabila menambah tiga kilauan Grammy, sekali gus mencatatkan rekod sebagai wanita paling banyak menang Grammy di dunia.



Kredit foto: Billboard

Pendatang baharu, Megan Thee Stallion pula mencuri tumpuan apabila pulang dengan tiga trofi menerusi single hitnya, Savage (featuring Beyonce). Megan menang Artis Baharu Terbaik, Persembahan Rap Terbaik dan Lagu Rap Terbaik.

Dalam pada itu, Taylor Swift yang menerima antara pencalonan terbanyak edisi kali ini iaitu enam pencalonan tidak pulang dengan tangan kosong apabila menang kategori utama, Album Terbaik menerusi diskografi yang diluncurkan secara mengejut tahun lalu, Folklore.

Kemenangan tersebut sekali gus menjadikan pelantun lagu Cardigan itu sebagai satu-satunya pemuzik wanita dunia yang pernah menang kategori Album Terbaik sebanyak tiga kali sepanjang penganjuran.


Beyonce memadam rekod yang sebelum ini dipegang Alison Krauss dan sehingga kini sudah mempunyai 28 buah trofi Grammy.

“Saya berkerja keras sejak usia sembilan tahun. Saya tak percaya perkara ini berlaku,” katanya ketika memberi ucapan kemenangan dalam salah satu kategori yang dimenangi.

Taylor dalam ucapannya ketika menerima trofi Album Terbaik berkata: “Anda semua sudah jumpa kami dalam dunia rekaan yang telah kami cipta.”

Megan pula dalam ucapannya memaklumkan, dia memang sudah lama memasang impian untuk menjadi ‘Beyonce’ namun dalam cabang muzik rap.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada Beyonce. Kalau anda kenal saya cukup baik, kamu tahu sejak kecil saya nak jadi ‘Beyonce’ tapi versi rap. Itu matlamat saya,” kata Megan.

Turut mencuri tumpuan apabila kumpulan K-pop BTS gagal menang trofi Persembahan Duo Pop/Berkumpulan Terbaik apabila tewas di tangan Lady Gaga dan Ariana Grande.


Kredit foto: Billboard

Ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan penganjur bersifat rasis kerana tidak membenarkan kumpulan yang berjaya menduduki tangga pertama carta lagu Amerika Syarikat menerusi lagu Dynamite itu merangkul anugerah dalam kategori yang berpotensi menang.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 15-3-2021 03:43 PM
Edited by eyansss at 15-3-2021 03:44 PM

army ni hengat semua menda revolve around bts/kpop je ke...  kalau racist, takde la beyonce ariana segala maknenek black people boleh menang...
Quote dua_chzy 15-3-2021 04:45 PM
BTS tercalon Grammys? Motif?
Quote dua_chzy 15-3-2021 04:46 PM
Tunggu AMA la. Barangkali boleh menang. Ke dah pernah menang?
Quote user.name 15-3-2021 05:00 PM
Quote user.name 15-3-2021 05:01 PM
Quote user.name 15-3-2021 05:01 PM
Quote user.name 15-3-2021 05:02 PM
Quote user.name 15-3-2021 05:02 PM
Quote user.name 15-3-2021 05:03 PM
Quote user.name 15-3-2021 05:14 PM
Quote user.name 15-3-2021 05:16 PM
Quote Beribear 15-3-2021 05:17 PM
Yeayyyy congrats my taytay. You deserve it lovelovelove
Quote borrow 15-3-2021 05:22 PM
dua_chzy replied at 15-3-2021 04:46 PM
Tunggu AMA la. Barangkali boleh menang. Ke dah pernah menang?

Dh. Tinggal Grammy ja tak dpt lagi.

Quote dua_chzy 15-3-2021 05:30 PM
user.name replied at 15-3-2021 05:02 PM

1. Uish, dah anak dara Blue Ivy.

2. Kemain poyonya twit tu alahaaaaiiii.
Quote dua_chzy 15-3-2021 05:31 PM
Akak dah kata, ARMY ni gila, annoying, membencikan, psiko, bodoh dan segala2 kata cerca negatif ke atas mereka.
Quote dua_chzy 15-3-2021 05:31 PM
borrow replied at 15-3-2021 05:22 PM
Dh. Tinggal Grammy ja tak dpt lagi.

Owh, tq infonya.
Quote borrow 15-3-2021 05:45 PM

welkem
Quote Artemesiaa 15-3-2021 05:52 PM
Dah jangka hanya fan je yang masih menaruh harapan kpop pun dah makin slow sejak dua menjak ni.  Dah boleh nampak peminat musik dah pulang semula ke US musik.
Quote renko 15-3-2021 05:53 PM
amende army2 ni
bajet lak

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.053252 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top