CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amyza Aznan Dan Anak Trending Di YouTube

11-3-2021 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6988| Komen: 35

Persembahan pelakon, Amyza Aznan, 45, bersama anaknya, Adrian Adam, 13, menerusi lagu Ku Bersuara pada program Famili Duo, Ahad lalu 'trending' di kedudukan keempat di YouTube.


Malah, video persembahan itu turut mendapat perhatian beberapa sensasi YouTube dalam dan luar negara yang membuat video reaksi.

Pada episod keempat untuk kategori ibu bapa dan anak itu, Amyza dan Adrian berjaya menjadi pemenang mingguan dan memenangi RM10,000.

Foto : IG

Amyza berkata, dia menganggap kejayaan dan pujian diberikan terhadap anaknya yang mampu menggunakan teknik vokal 'whistling' dengan baik sebagai rezeki.

"Sejujurnya saya dengan rendah hati malu untuk muat naik, tetapi apabila saya fikir semula, apa salahnya meraikan Ian (Adrian). Saya hargai pengorbanan dia. Atas sokongan dan doa semua, video Ian 'trending'. "Apa ujian yang kami sekeluarga lalui sebelum ini dan dengan apa yang Allah berikan pada saat ini atas setiap kesabaran dan reda membuatkan saya sangat bersyukur. Ya, saya menangis untuk Ian dan anak lain. Ingat, ikut resmi padi dan ingat tak hidup dek puji dan tak mati dek keji," katanya.


Amyza turut berkongsi khabar gembira apabila anaknya mendapat tawaran merakamkan lagu daripada beberapa pihak.



"Sekali lagi saya tidak menjangka akan datang tawaran sebegini buat Ian. Saya anggap ini adalah rezeki untuk dia. Walaupun sebelum ini dia seperti hilang semangat, tawaran sebegini daripada pihak yang memang diakui kredibiliti mereka sedikit sebanyak mengembalikan semangat itu.

"Sebagai ibu, tentu saja saya gembira. Saya berharap ini menjadi langkah awal untuknya mengembangkan lagi bakat yang ada. Saya dan suami sentiasa menyokong apa yang dia minat," katanya.



Selain Amyza dan Adrian, peserta lain yang bertanding adalah Amelina dan Puteri; Liza Abdullah dan Naffiz Zolkefli; Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi; dan Shajiry dan Hafiz. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 11-3-2021 10:19 AM
best suara anak dia
Quote MissyMolly 11-3-2021 10:20 AM
Ok plak mak dia mmg sekadar gitu2 jah bg anak yg menonjol.. err, dik bila ko mimpi nanti adakah suara mu high pitch giney{:smile
Quote dua_chzy 11-3-2021 10:21 AM
Hadek2 ka anak sheol?
Quote Orix 11-3-2021 10:22 AM

perlu ke minta lampu suluh sedangkan cahaya mentari memancar2 gituhhh
Quote dua_chzy 11-3-2021 10:23 AM
Orix replied at 11-3-2021 10:22 AM
perlu ke minta lampu suluh sedangkan cahaya mentari memancar2 gituhhh

Aw. Hokeh.
Quote bluecrystal 11-3-2021 10:24 AM
Best lagi fareez ngan fauzi..tapi takpala kasi chance anak amyza..suma pun masuk suka2 je
Quote Redmyvi 11-3-2021 10:37 AM
Sedap suara anak dia.. tapi budak lg.. boleh train lg..
Quote supermum 11-3-2021 11:00 AM
Edited by supermum at 11-3-2021 11:02 AM

Muka anak dia memang kopipes bapaknya. Dah sihat ke suami Amyza ni? Sedap suara anaknya. Bukan suara typical penyanyi Malaysia.
Quote nolya 11-3-2021 11:09 AM
Sekilas dengar suara anak Amyza nyanyi dlm prog Melodi, sedap  suara anak dia.  Bleh pergi jauh ni dn  penggubah2 lagu   boleh train dia sbg penyanyi masa depan.  Selamat maju jaya dlm pelajaran dn nyanyian ye dik.
Quote Nurul_007 11-3-2021 11:10 AM
Boleh tahan sedap suara anaknya
Quote VespaSilbe 11-3-2021 11:25 AM
Malam tu meols suka dgr suara Liza Abdullah ngan anak dia
Suara lemak2
Anak shajiry tak kopipes muka shajiry
Tu ja nak komen
Quote cicicumel 11-3-2021 11:26 AM
Ujung2 Salma Sendu menang pulak... hahahahah
Quote rayna_raynes 11-3-2021 11:26 AM
sekilas ikan di air sudah kutahu kelempuk ke tidak
Quote rayna_raynes 11-3-2021 11:27 AM
supermum replied at 11-3-2021 11:00 AM
Muka anak dia memang kopipes bapaknya. Dah sihat ke suami Amyza ni? Sedap suara anaknya. Bukan suara ...

budak lagi, sbb tu halus lg suaranya.
nanti besar sikit hari lg akan jd mcm suara hazami. garau tp berlenggok sedap


Quote helicornia 11-3-2021 11:31 AM
Orix replied at 11-3-2021 10:22 AM
perlu ke minta lampu suluh sedangkan cahaya mentari memancar2 gituhhh

adoi tergelak aku
Quote idril 11-3-2021 12:10 PM
wow, boleh whistling la, leh lawan idayu
Quote Nenasketum 11-3-2021 12:35 PM
Laaaa dia ni memang dok promot anak kat channel dia. Dok lah nyanyi budak tu ke hulu ke hilir. Dibelinya mikrofon bling2, hadek2 sangat.
Semoga dah besor sora boleh gantikan Jamal Abdillah, Mariah Kari yang ko ikut dek. Smh
Quote babyorange 11-3-2021 01:40 PM
bluecrystal replied at 11-3-2021 10:24 AM
Best lagi fareez ngan fauzi..tapi takpala kasi chance anak amyza..suma pun masuk suka2 je

Suka2 pon hadiah mng rm10k kot...spe xnk. Sian lak yg lain lebih bersungguh n lebih sdp. Nape tah iols xde la amaze sgt ngn ank die ni. Mcm over plak dpt limelight gitu skali. Suara xpecah lg dek....bole la ko nk whistle bagai. Tak impressed pon huuu
Quote izzah_mia 11-3-2021 03:04 PM
sedap suara anak dia. ada potensi pegi jauh kalau digilap

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.036676 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top