CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pak Guard Kacak Tular, Muka Dah Macam Pelakon

10-3-2021 08:26 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13469| Komen: 51|Original author: Oleh: Cari-Azza





"Tak perlu malu kerja sebagai pengawal keselamatan."

Seorang pemuda yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Terengganu tular apabila video-videonya di platform Tik Tok mendapat sambutan ramai netizen.

Dengan melangkah penuh bergaya ketika melakukan kerjanya, Nur Haadi Abdul Rani, 20 membuktikan kerja yang selama ini dipandang remeh mula dirisik oleh anak muda sebayanya.

Pada mulanya Hadi hanya berkongsi mengenai tempat kerjanya sahaja tanpa menyangka yang ianya akan tular sepertimana diceritakan kepada portal mStar.

Foto :Tik Tok


Bagi Haadi, dia berasa bangga apabila video tersebut memberi persepsi baru terhadap pekerjaan pengawal keselamatan. Malahan, bukan lelaki sahaja yang berminat dengan pekerjaan tersebut tetapi ada juga gadis-gadis yang turut bertanyakan hal sama.

"Alhamdulillah, semua komen positif. Masa awal dulu, ada yang mesej, dia kata, ala security ja pun."

Foto : Tik Tok

Bagaimanapun, anak keempat daripada tujuh beradik ini tidak melatah apabila menerima komen negatif kerana memahami media sosial memang begitu.

"Saya tak ambil hati. Alhamdulillah, gaji security pun okey. Boleh tampung kehidupan saya dengan mencukupi."

Memandangkan popularitinya mencanak naik, Haadi turut mengakui yang menerima tawaran dari kedai makan untuk membuat review dan juga mesej untuk berkenalan.

Foto : Tik Tok


Namun, buat masa ini dia masih belum bersedia menerimanya kerana tidak mempunyai keyakinan untuk bercakap di depan kamera. Dalam masa sama dia tidak menolak rezeki yang ada apabila benar-benar bersedia.

Wah! Kerja pak guard pun laku ya. Jadi, adakah makin ramai anak muda berduyun-duyun menggantikan warga asing selepas ini? Atau sebenarnya rupa yang menentukan popular atau tidak? - CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 10-3-2021 08:58 AM
Aduhaiiiii... jgn disia siakan muka kacak ko dik... baik ko jadi pelakon model ke... x semua org dianugerahi muka kacak... ko hensemmmm ni dik.. takpa.. x lama lagi viral.. leh masuk tv... akak tunggu
Quote buragazz 10-3-2021 09:06 AM
Jap lagi masuk drama la ni.. kompom...
Quote Rainrein 10-3-2021 09:10 AM
Muka jambu pastu kidal. Ala comey ko dikk.
Quote tumpanglalu74 10-3-2021 09:14 AM
David Teo masok sini cepat..
Quote Themilo 10-3-2021 09:18 AM
nah @kurex

tak dapat abang polis, abang bomba, abang jpam, sekali dapat abang jaga pun ok...
Quote natrahn 10-3-2021 09:41 AM
Themilo replied at 10-3-2021 09:18 AM
nah @kurex

tak dapat abang polis, abang bomba, abang jpam, sekali dapat abang jaga pun ok...

taste @Kurex kan ni
Quote hmylieenz 10-3-2021 09:44 AM
ko ada peluang bole jadik model dikkkk
Quote Adrif 10-3-2021 10:09 AM
kat tempat aku, majoriti pak guard pun orang muda jugak, sume 20-an

tapi muka pecah, jadi tak tular



dapat pakguard foreigner, asyik lari je keje
Quote Andyscenes 10-3-2021 10:16 AM
aku masa study, kerja partime jd jaga. murah rezeki. kakak sana selalu belanja makan hahaha
Quote Noraniza_Iblis 10-3-2021 11:02 AM
hensem nye,,
dek jadi jaga ruma kaka dek...
Quote kurga 10-3-2021 11:22 AM
gambo dia pakai baju itam tu sekali imbas macam iko uwais pun ada...
Quote tagas 10-3-2021 11:44 AM
ramai la acik2 datin2 kepam offer utk di jadik kan hanak hekan
Quote Kurex 10-3-2021 12:15 PM
natrahn replied at 10-3-2021 09:41 AM
taste @Kurex kan ni

Tak minat...
Quote naina 10-3-2021 12:20 PM
Ada pangkat la kat bahu dia..
Pakgad pon ada rank ek
Quote gideoncross 10-3-2021 01:25 PM
Muka biasa2 je wlaupn not bad.
Quote Artemesiaa 10-3-2021 05:57 PM
Ramai je orang tempatan yang jadi pak guard sekarang ni sejak majikan dah malas nak ambil pekerja asing jadi guard sebab banyak nak kena bayar untuk permit
Quote Cyempaka 10-3-2021 08:36 PM
Nape adik xtry mintak polis ke askar ke.. nescaya saham adik naik 200kali ganda. badan mcm elok dah tu
Quote CiliPadiSedap 10-3-2021 09:21 PM
Noraniza_Iblis: hensem nye,,dek jadi jaga ruma kaka dek...

Xpayah nanti kurex tiap2 malam bertenggek depan rumah kaka
Quote farhani87 10-3-2021 11:24 PM
Okeylahhh. Mng comey pun.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.232290 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top