CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Isu Gaduh Di Pusat Futsal, Isa Isarb Tampil Buka Mulut

10-3-2021 08:24 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 3856| Komen: 12|Original author: Oleh: Rikuren

Description: Isu Gaduh Di Pusat Futsal, Isa Isarb Tampil Buka Mulut


Baru-baru ini terdapat dakwaan kumpulan daripada YouTuber terkenal membelasah seorang individu di pusat futsal berdekatan Pusat Perindustrian Subang atas faktor tidak puas hati. 

Isu tersebut turut mendapat perhatian netizen selepas didakwa kumpulan YouTuber berkenaan membawa 25 ahli beserta kerambit bagi membalas dendam sehingga menjadi kes polis.


Rahimie selaku mangsa telah dipukul hingga cedera parah di bahagian muka oleh rakan-rakan Isa Isarb kerana telah memukul Isarb Hafiz.

Akibat pelbagai spekulasi timbul, Isa Isarb selaku ketua mewakili Isarb Clan serta rakan kepada Isarb Hafiz tampil dengan sebuah video menjelaskan perkara yang berlaku.


Menurut Isa Isarb, sebaik sahaja mendapat panggilan telefon memaklumkan Isarb Hafiz telah dipukul beramai-ramai di pusat futsal, Isa bergegas ke pusat futsal bersama kumpulannya dan telah berlaku pergaduhan sekali lagi.

Isu menjadi lebih besar apabila dimaklumkan mereka telah memukul orang lain yang tidak terlibat langsung dengan kes pukul Isarb Hafiz. Rupa-rupanya Rahimie bukanlah individu yang menyerang Hafiz. 

Malah, dakwaan kumpulan beliau membawa kerambit sewaktu bergaduh hanyalah fitnah semata-mata sebaliknya kecederaan Rahimie adalah disebabkan oleh walkie talkie seperti yang dimaklumkan oleh Isa kepada Caprice.


Walaubagaimanapun, isu itu diselesaikan dengan kedua-dua pihak telah menarik laporan yang dibuat di balai polis berikutan perselisihan faham yang berlaku. 

Bagi menebus kesilapan kumpulannya, Isa dengan rela hati menyumbangkan RM10 000 kepada Rahimie sebagai kos ganti rugi dan rawatan perubatan.

Semoga dengan penjelasan ini, telah menjawab persoalan dan spekulasi yang hangat diperkatakan sebelum ini. -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 10-3-2021 08:28 AM
Pening baca sorg isa isarb sorg isarb hafizz yg penting cancle yeahh mamat isa ke isarb ni.. fisrt bibe tfok dia kt utube lg dh tk minat
Quote miszclassique 10-3-2021 08:51 AM
Jap kepris tiber jadi orang tengah?
Quote umbut 10-3-2021 09:00 AM
Ni mamak mana ni... acah2 gangster.. ayoyoooo
Quote salimrock 10-3-2021 09:06 AM
Bagi menebus kesilapan kumpulannya, Isa dengan rela hati menyumbangkan RM10 000 kepada Rahimie sebagai kos ganti rugi dan rawatan perubatan.

wow.. isa isarb ni mmg family loaeded ni
Quote buragazz 10-3-2021 09:08 AM
dapat 10k tarik balik report... semudah ABC...
Quote nuril86 10-3-2021 09:22 AM
silap besar klw dah jadi org dikenali.. ape ko buat semua org tgk.... isarb ni mcm name team... isa tu leader laa kirenye... sepatutnye klw ade otak.. dah kne bantai pergi report polis, bukan pergi repeat... banyak duit pon x guna klw x bijak...
Quote Adrif 10-3-2021 09:40 AM
what the f**k?? RM10k nak tutup cerita?
serius la? kau dah bawak geng, balun salah orang, mangsa keadaan, sampai berdarah bagai, nak tutup kes, "Nah RM10k, tutup mulut. Settle."

backfired la. hinanya kau buat orang macam tu. orang tengok kau bertambah hina sehina-hina manusia.

report polis. dakwa mahkamah. ini bukan kes kecik.
saman, denda, sebat, penjara,
plus, bukti video ada, langgar SOP pandemik lagi tu.
semua kat situ kena denda pulak.

this serve as a lesson untuk orang berduit
juga memelihara mangsa keadaan untuk kes macam ni

what else? kluster baru?
kluster futsal isarb?
Quote Normabaru 10-3-2021 01:44 PM
Nampak sgt ko bodoh.. Samseng kg punya perangai... Now damage control sbb risau YT followers lari kah???
Quote helicornia 10-3-2021 02:39 PM
husie91: Pening baca sorg isa isarb sorg isarb hafizz yg penting cancle yeahh mamat isa ke isarb ni.. fisrt bibe tfok dia kt utube lg dh tk minat

sama la. ada pulak lagi isarb clan. puak2 depa mmg nama ada isarb ke.bangsa apa ni. tk pernah dengar nama isarb. sampai sudah aku tk faham kisah ni
Quote ally9970 10-3-2021 02:44 PM
Ini sepatutnya dikira kes jenayah, bukan kes sivil...Polis sepatutnya menyiasat dan menahan suspek dlm kes jenayah ni...kertas siasatan perlu dihantar kepada pendakwaraya  segera...
Quote prettyuglybabe 10-3-2021 04:45 PM
ban je malaun-malaun ni..
tabur 10k nak tutup kes?
bodoh jua mangsa yang tarik report..
Quote giyomi 10-3-2021 06:52 PM
as easy as that, rm10k tuk tarik repot. you are so cheap to accept this offer.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060761 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top