CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyelam Setiap Minggu Selama 7 Tahun, Suami Setia Cari Isteri Hilang Ketika Tsunami 2011

10-3-2021 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4679| Komen: 43

Description: ONAGAWA: Sepuluh tahun lalu, Yasuo Takamatsu kehilangan isterinya apabila tsunami membadai bandar Onagawa di Miyagi, Jepun.
ONAGAWA: Sepuluh tahun lalu, Yasuo Takamatsu kehilangan isterinya apabila tsunami membadai bandar Onagawa di Miyagi, Jepun.

Dua tahun kemudian, Takamatsu yang berusia 64 tahun itu, berjaya memperoleh lesen menyelam yang diperolehi khas untuk mencari isterinya yang hilang.


Sehingga hari ini, Takamatsu telah menyelam sebanyak 470 kali yang mana aktiviti berkenaan dilakukan setiap minggu sejak tujuh tahun lalu.


Foto: imdb.com
"Saya menyelam untuk isteri saya... jika saya dapat temuinya di suatu tempat. Saya selalu berfikir yang dia mungkin berada di kawasan yang berdekatan.

"Baru-baru ini terdapat laporan yang menyatakan ada mayat yang ditemui, jadi saya rasa amat penting untuk saya teruskan pencarian tanpa putus asa," katanya.


"Dalam mesejnya yang terakhir dihantar kepada saya, dia mengatakan 'Adakah awak okay? Saya mahu pulang'. Jadi saya pasti dia masih mahu pulang ke rumah. Saya mahu bawa dia pulang," katanya lagi.

Selain menyelam secara solo, setiap sebulan sekali, Takamatsu juga menyertai pihak berkuasa tempatan melakukan operasi pencarian untuk mencari sekitar 2,500 orang yang mayatnya masih belum dijumpai.

Sehingga kini, dia telah menemui album, pakaian dan artifak namun bukan bukan milik isterinya.

Tegasnya, selagi tubuhnya masih bergerak, dia akan terus menyelam untuk mencari isterinya. -CARI

Sumber: Awani

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 9-3-2021 11:58 PM
Semoga ketemu
Quote supernaturalee 10-3-2021 12:01 AM
Ade ke yg sanggup cari kita mcm ni Klu hilang


Anyway umur 64 tp nmpk mcm awl 50an

Quote sharlenetexas 10-3-2021 12:11 AM
Ni patut jadi #goal kapel bbnu
Quote primarikey 10-3-2021 12:21 AM
Sedihnya..aku plak yg rasa terharu... ada jgk suami yg baik dan setia mcm ni zmn skrg..
Quote babynina30 10-3-2021 12:32 AM
Sedih. Semoga dipermudahkan pakcik
Quote Aikiko 10-3-2021 01:03 AM
Mana suami2 muslim??
Sila ambil contoh macam pakcik jepun aka suami mithali
Ini tidak....xsampai setahun bini meninggal dah kahwin lain (menyampah betul!!!)
Quote dudaberhias 10-3-2021 01:06 AM
Sedihnya, kesian dia mungkin dia berharap dapat jumpa isterinya dan bersatu mengikut kepercayaan sana... Moga dia bahagia.
Quote nowhite 10-3-2021 01:06 AM
Sayangnya dia kat wife
Quote any42 10-3-2021 01:54 AM
mngkin dia rsa xde closure yg smpurna slagi xdpt jumpa wlau secebis bnda dr pnnggalan isterinya di lautan nan luas tu. semoga ketemu apa yg diinginkn
Quote Perawankota 10-3-2021 02:09 AM
Kasih sayang yg tulus..
Quote jerukkedondong 10-3-2021 02:39 AM
Setia hingga ke hujung nyawa..
Yg dah mati gigih dicari keberadaan mrk..
Yg aku baca baru ni bini tgh tidur laki sewel tu tembak buta2 mcm tu je..
Quote farhani87 10-3-2021 05:47 AM
Setia hingga hujung nyawa.
Quote chandrahusin 10-3-2021 06:20 AM
Luarbiasa
Yg biasa mencari bini baru
Quote sukacactus 10-3-2021 06:24 AM
Dalam tgh2 kehangatan news laki tembak bini tgh tido, laki tetak tengkuk bini tgh mengandung, baca news yg satu ini satu kelegaan....
Quote missbigrockstar 10-3-2021 06:46 AM
Boleh buat movie kisah ni. Kasih setia seorang. Sedih dan terharu.
Quote R2D2 10-3-2021 07:00 AM
aku percaya dia seorang yg selalu bersama isteri dia
sebab tu bila tak ada
memang terasa kehilangan
Quote Lengkong 10-3-2021 07:17 AM
Sedihnya, semoga dia jumpalah apa2 di laut sebagai tanda kenangan dengan isterinya.


Quote darkness 10-3-2021 07:30 AM
Sebaliknya dimalaysia, ada  bini sakit ditinggalkan. Cannot brain
Quote Redmyvi 10-3-2021 07:51 AM
lama tu dah 7 thn berlalu tapi still tak putus asa.. untung isteri dia..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.069592 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top