CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Sangat Perlukan Vaksin" - Janna Nick Dah Tak Tahan Sakit Swab Test

9-3-2021 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9733| Komen: 58

Gara-gara terlalu kerap melakukan ujian calitan itu, pelakon Janna Nick berkata dia sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan dan berharap mendapat vaksin secepat mungkin.


Kredit foto: IG Janna


"Saya sangat perlukan vaksin. Tak boleh terus macam ini. Seminggu sekali kena swab test, setiap kali masuk new set kena swab test, setiap kali masuk program televisyen baru kena swab test, setiap kali kena masuk bangunan baru kena swab test.

"Saya faham dalam keadaan sekarang hanya ini pilihan yang kita ada untuk memastikan semuanya selamat.

"Saya cuma berharap vaksin itu berkesan dan keadaan kembali seperti normal. Penat dah! Dah mula sakit sangat sebab banyak kali dah (swab test)," katanya menerusi laman Instagram pada Isnin.

Bersama kapsyen itu, dia turut memuat naik rakaman video dia menjalani ujian calitan itu.

Dalam video tersebut, pelakon drama Marry Me Senorita ini dilihat menahan kesakitan selepas sample pada bahagian hidungnya diambil oleh pegawai perubatan yang lengkap mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).


Pada Februari lalu, kerajaan membenarkan kerja pra-produksi penggambaran dan rakaman di studio merangkumi drama, telefilem, iklan, dokumentari, sitkom, 'livestreaming', rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton.

Syarat lain perlu dilaksanakan adalah mewajibkan pelakon dan petugas balik tabir melakukan ujian calitan sebelum produksi diberikan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) khas seperti yang dikehendaki Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menerusi perkongsian yang sama, Janna sempat menulis ucapan istimewa sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada Isnin.


Kredit foto: IG Janna

"Apa-apa pun, Selamat Hari Wanita! Marilah kita bersikap baik antara satu sama lain... hentikan rasa cemburu dan hentikan kebencian.

"Tak perlu rasa insecure. Kita semua cantik, pintar, berjaya dengan cara kita sendiri," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 9-3-2021 12:29 AM
Suruh misi tu korek hidung kau dalam2 lagi. Biar ter adjust otak kau yg tepu tu. Baru bijak lepas ni berkata2
Quote dudaberhias 9-3-2021 12:30 AM
calling2 kpop fans n cancel culture...
Quote Tudungpink 9-3-2021 12:32 AM
Mengada
Koserr...
Quote dudaberhias 9-3-2021 12:37 AM
sape tag sipundal yenna dapat 1 juta... tc applies... boleh redeem cash dekat venus...

Quote missmeornot 9-3-2021 12:38 AM
Noooo wayyyy. Sila ikut giliran mcm org lain. Xde yg special untuk artis
Quote Perawankota 9-3-2021 01:13 AM
Tunggu jer lah giliran mcm kami. K.
Quote talia 9-3-2021 01:28 AM
Hek eleh feeling kayangan ke?? Tunggu jer la turn
Quote LadyCarefree 9-3-2021 01:44 AM
Apa yg sakitnya. Ngada. My cousin tiap minggu swab tekak atas tuntutan kerja. lek je.
Quote salmon-suki 9-3-2021 02:04 AM
Knp masuk new building kena swab test?overnye? Dia ni kalau xde benda cerdik nak post,tlg senyap boleh tak? menyampah sgt..nak vaksin tp tunggu turn yee..jgn nak guna tiket sbg retis utk dptkn vaksin awal2..awok tu bukannya sapa2,setakat rakyat marhaen jah tp keje je sbg retis,sama mcm org lain,rakyat marhaen tp keje lain..jgn duk fefeeling entitled.. menyampah sgt2 wehhhh!
Quote outcast 9-3-2021 05:40 AM
salmon-suki replied at 9-3-2021 02:04 AM
Knp masuk new building kena swab test?overnye? Dia ni kalau xde benda cerdik nak post,tlg senyap bol ...

Sheolls tgh shoot kat andorra. Husband iols asik.terserempak ngan sheols. Iols tgh meneran baby time tu
Quote outcast 9-3-2021 05:41 AM
LadyCarefree replied at 9-3-2021 01:44 AM
Apa yg sakitnya. Ngada. My cousin tiap minggu swab tekak atas tuntutan kerja. lek je.

Huhuh mmg terasa sting laa waktu amik swab tp idok ler sakit trruk sgt pun
Quote Rainrein 9-3-2021 08:17 AM
Tak pernah nampak cerdik si janna nih. Kalu kurang ilmu banyak banyak la membaca, tambah sikit apa yang kurang. Takdela kena kecam kita tu bodo. Buat malu je la.
Quote slyfynx 9-3-2021 08:25 AM
Mmg trend kan skrg.
Buat swab test, amik video, buat karangan.
Quote Nnasda53 9-3-2021 08:51 AM
Tak nak kena swab tak payah la kerja kan mudah.
Nak vaksin tunggu la turn.
Tak sakit mana pun kena swab test ni..pedih2 sikit mata kanan berair sikit je..ngada2 je lebih minah ni.
Quote tepisket.. 9-3-2021 08:55 AM
Da register kat mysejahtera ke belum tu cik kak?? Nak vaksin cepat pi bayar kat swasta.
Quote Redmyvi 9-3-2021 09:06 AM
tak pyh la merungut... bayangkn kesusahan frontliner cukup la utk buat kita bersyukur..
Quote kakakgarang 9-3-2021 09:21 AM
Dek jenna kau sumpah tak nampak classy skrg.. mcm budak rempitzzz. harap kau sedar la!


aku dulu minat kau. since kau punya lantang menegur netizen. maka aku terpaksa disqualified kau as classy.. lol
Quote MadameOnion 9-3-2021 09:52 AM
hopefully adalah vvip politician kayangan dengar keluhan janna...boleh la potong barisan...aku dah menyampah pasal vaksin ni...tunggu la next election
Quote cikatilia 9-3-2021 10:03 AM
celaka sgt
mcm la kena rodok idung pakai pisau besar

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049524 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top