CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meerqeen Dituduh Suka Berparti Dan Bertukar Teman Wanita

9-3-2021 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12626| Komen: 38

Description: Pesona bintang jejaka ini mula dikesan ketika masih berada dalam pertandingan pencarian bakat, Hero Remaja 2020. Walaupun sekadar mendapat tempat ketiga, namun tuah menyebelah pelakon, Meerqeen, 20, a ...
Pesona bintang jejaka ini mula dikesan ketika masih berada dalam pertandingan pencarian bakat, Hero Remaja 2020. Walaupun sekadar mendapat tempat ketiga, namun tuah menyebelah pelakon, Meerqeen, 20, apabila namanya tersenarai antara bakat baharu yang cukup laris, ketika ini.


Bukan sahaja kencang dari segi tawaran lakonan, malah wajah komersial anak saudara kepada penyanyi popular era 1990-an, Safura Yaacob itu berjaya memikat jenama antarabangsa untuk bekerjasama dengannya.

Mula meledak menerusi drama Angkara Cinta, apa yang dikecapi Meerqeen boleh dianggap pencapaian terbaik bagi bakat baharu sepertinya.

Namun, ketika namanya meniti puncak populariti, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam terpalit dengan isu sensasi apabila didakwa suka berfoya-foya, gemar dengan kehidupan malam dan kaki perempuan.


Foto: IG



"Saya akui, ada yang menuduh saya suka berparti dan bertukar teman wanita. Saya sendiri tidak tahu atas dasar apa mereka melemparkan tuduhan terhadap saya. Tidak dinafikan, saya suka melepak, tetapi kebiasaannya keluar minum kopi dan bertemu rakan-rakan.

"Saya bukannya berpeleseran di pusat hiburan dengan dikelilingi ramai wanita. Jujurnya, saya seorang yang sangat mementingkan keluarga. Jika tiada urusan luar, saya lebih suka duduk di rumah. Saya tidak suka tempat bising, jadi macam mana boleh timbul cerita saya kaki parti?

"Pesan saya, jangan nilai seseorang daripada sudut luaran sahaja. Jangan mudah melabel saya sebagai budak liar. Kenali saya dahulu, barulah nilai sikap saya. Namun, saya juga bukanlah anti-sosial, cuma, kurang gemar bersosial tidak tentu hala," katanya kepada BH Online.

Pun begitu, Meerqeen tidak menafikan sering mendapat mesej peribadi dalam laman sosial daripada peminat wanita yang tanpa segan silu menawarkan diri menjadi kekasih, namun permintaan ditolak dengan cara baik.

"Cukup sekadar melayan mereka seperti peminat. Kalau layan berlebihan, bimbang dituduh memberi harapan. Saya tiada masalah berkawan, tetapi saya belum bersedia jika nak ajak bercinta.

"Masih banyak impian yang belum dicapai, terutama dari segi kerjaya. Saya mahu memiliki aset sendiri. Jadi, saya perlu kerja keras daripada sekarang," katanya.



Pelakon kelahiran Ampang, Selangor itu berkata, dia bersyukur mempunyai keluarga dan pengurusan yang sentiasa menjadi 'mata' dan 'telinga' untuk mengawasi tindak-tanduknya.

"Keluarga sentiasa berpesan supaya jaga diri dan ingat tujuan asal saya menceburi bidang seni. Begitu juga syarikat pengurusan sentiasa mengingatkan saya menjaga batasan agar tidak tersasar, sekali gus memusnahkan reputasi yang dibina selama ini," katanya yang juga berbakat dalam bidang nyanyian.

Dengan populariti mendadak yang diraih jejaka tinggi lampai itu, nama Meerqeen turut disebut-sebut antara yang layak untuk menggenggam trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), tahun ini.

Ketika diajukan pertanyaan, Meerqeen tidak menolak trofi ABPBH adalah antara yang menjadi idamannya ketika menceburi bidang lakonan.

"Tipulah jika sebagai pelakon tidak mengidamkan trofi anugerah. Saya tanamkan dalam diri saya kena ada sesuatu yang boleh dijadikan penanda aras kerjaya apabila menceburi bidang lakonan.

"Jika diberi peluang, kenapa saya mahu menolak. Saya pun bertungkus lumus dan banyak berkorban dari segi masa dan tenaga untuk berada dalam kedudukan sekarang," luahnya.

Ketika temubual dibuat, Meerqeen berada di Ipoh, Perak bagi menjalani penggambaran drama Angkara Cinta yang disambung sebanyak 45 episod dan menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 115 episod.



Menyifatkannya sebagai pengalaman menyeronokkan, bagaimanapun Meerqeen mengakui, perasaan rindu terbit apabila berjauhan dengan keluarga.

"Saya memang teruja apabila dimaklumkan drama Angkara Cinta akan disambung sebanyak 45 episod lagi, apatah lagi, hubungan kami sudah seperti satu keluarga. Jika nak sambung lagipun, saya tiada masalah, langsung tidak tertekan.

"Cuma, saya akui rindu pada keluarga apabila tiga bulan berada di Ipoh. Maklumlah, saya tak pernah berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang lama. Bila rindu, kami bersembang menerusi panggilan video," katanya yang terpaksa menangguhkan seketika pengajiannya dalam jurusan Diploma Insurans di Kolej Vokasional Gombak.



Disebabkan terikat dengan produksi drama Angkara Cinta hingga April depan, Meerqeen berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran lain.

"Nak buat macam mana, saya perlu memberi komitmen untuk drama Angkara Cinta. Mujurlah, syarikat produksi lain memahami situasi saya. Walaupun fokus utama drama ini, tetapi saya sempat juga berlakon dalam drama lain yang turut diarahkan Michael Ang.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Penggambaran drama Angkara Cinta akan tamat pada April depan. Saya mahu berehat seketika sebelum kembali ke lokasi penggambaran drama lain. Buat kali pertama, saya akan bekerja dalam bulan puasa. Ia satu pengalaman baru buat saya," katanya yang pernah membintangi filem Kelaster dan Frontliners. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bruberry88 9-3-2021 09:35 AM
tidak dinafikan dia memang comey comey bushyuk
Quote kakakgarang 9-3-2021 09:37 AM
siapakahhh? whoryus?
Quote Geeayden 9-3-2021 09:38 AM
Belum lgi tengok lakonannya
Quote bakingsoda 9-3-2021 09:57 AM
tepek la dulu gosip pitenah tu. tak penah dgr pon tuduhan sebegittew? ko hati2 dekk cite pentingkan family bagai jgn pulak nnt burung berkicauan di alam maya haa family ko jugak yg malu
Quote cikkuntum 9-3-2021 11:45 AM
who's meerqeen...???
Quote dekmieDandy 9-3-2021 11:48 AM
bad boy look gittew
Quote Rainrein 9-3-2021 01:59 PM
Muka poyo. Next.!!
Quote lolipopbiru 9-3-2021 02:11 PM
dlm ig hensem tgk kt tv biasa biasa je
Quote veYron 9-3-2021 02:16 PM
Muka ko muka playboy dik. Ke ko saja nk ada imej cm tu?
Quote miu84 9-3-2021 02:18 PM
Mujur akak tak sebut nama ko miskin , dek. Jenuh moncong mulut ha
Quote cruz2 9-3-2021 02:19 PM
Gambo dlm kete tu ada iras sol sol sol pulak tp versi cerah
Quote Ritacomels 9-3-2021 02:36 PM
Dia ni hensem ala2 sol sol sol, x lebih x kurang.. Tu je
Quote caca_eric 9-3-2021 02:36 PM
nampak sangat gosip tu menipu..

jgn la sbb nak naik nama.. buat gosip2 palsu.. takda benda sgt ke nak cerita..
Quote nanasno 9-3-2021 02:39 PM
nak party macam mana disko sume tutup sebab covid.
Quote Jaja_iMaN 9-3-2021 06:18 PM
nanasno replied at 9-3-2021 02:39 PM
nak party macam mana disko sume tutup sebab covid.


Quote Adrif 9-3-2021 07:58 PM
Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam = Meerqeen?

jauh benor bunyik nye
macam mana nak nyebut Meerqeen ni
habih la ko dek, kalau acik bawang tak reti sebut nama
nanti merudum, confirm.

Mana satu nama dia, mana satu nama bapak dia
ke empat-empat nama tu nama dia?

Shameer? Shauqeen? Shaiful? bin Izam? ke bin Shaiful Izam?
payah nor nak nyebut Meerqeen.
rope Meerkat je bunyi
Quote Batrisyia42 9-3-2021 09:57 PM
Dah handsome nak buat apo lagikkk{:love
Quote dudaberhias 9-3-2021 10:02 PM
Edited by dudaberhias at 9-3-2021 10:04 PM

maafkan la dia sebab tu zaman muda mudi dan rebel life gitu...
lagipun herlok jugak dia ni dik.. kita kena la maafkan sebab lelaki ni boleh berubah macam aliff aziz tu...

cuba kalau yang berparti dan tukar2 teman wanita tu shuk dan tauke jambu... yang ni kita kena pakat2 boikot dan protes supaya mereka di cancel dari karier bidang seni...

yang video viral shuk niaga tepi jalan tu pun korang jangan percaya shuk yang jadi mangsa tu... entah2 shuk yang buli dan provok owner keta tu dulu...
cuba kalau yang meniaga tepi jalan tu aliff aziz... yang tu iols cepat2 start kereta pergi bagi semangat... kesian orang kita baru nak meniaga dik...
Quote de_ikea 9-3-2021 10:25 PM
Iols rasa dia ni berbakat. Semoga pandai jaga diri

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.053530 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top