Seorang lelaki dari Jepun yang juga peminat cosplay menjadi tular di laman media sosial selepas memuat naik gambar wajahnya yang menyerupai watak wanita anime atau kartun animasi.
Lapor Oddity Central, Minato, 30, gemar memainkan cosplay gadis anime, malah bijak dalam memperagakan kostum, aksesori moden dan penggunaan solekan yang sesuai dengan watak itu sehingga sukar untuk meneka jantinanya. Minat Minato terhadap cosplay wanita bermula sejak empat tahun lalu. Dia sentiasa memikirkan idea untuk mengubah dirinya menjadi watak wanita anime yang diminatinya. Malah, Minato mula mempelajari teknik-teknik solek watak berkenaan selepas menyukai hasil solekan yang dilakukan terhadap dirinya di sebuah salon kecantikan. Minato memberitahu Maidona News bahawa dia kerap berlatih menyolek dengan menggunakan pelbagai teknik dan produk solekan terhadap dirinya agar dapat membawa personaliti watak anime berkenaan.
“Meskipun, hasilnya tidak sentiasa positif, teknik mekap saya semakin baik sejak beberapa tahun lalu. “Selain solekan, saya juga menggunakan teknik untuk mengubah ciri tertentu pada wajah seperti pipi, memakai rambut palsu, stokin wanita dan lain-lain lagi untuk memaparkan imej tersebut,” katanya. Baru-baru ini, Minato menjadi perhatian media tempatan Jepun selepas memuat naik sekeping kolaj memaparkan dirinya dalam pakaian pejabat, bersebelaha gambar berpakaian menyerupai karaktor wanita anime itu. Gambar yang dimuat naik itu dikongsi beribu-ribu kali dan mendapat lebih 100,000 tanda suka di Twitter. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT