Berbeza dengan Sajat yang tidak tahan dengan tekanan hingga mahu 'keluar agama', Safiey Ilias berjanji tidak akan bertindak demikian walau seteruk mana ujian dihadapinya. Walaupun berdepan kecaman hebat serta mengalami bipolar dan depresi, usahawan kosmetik itu berpegang pada akidahnya sebagai seorang muslim. "Ratu depresi ke, bipolar ke, bedah ke, gila ke, kene kecam ke, kene macam-macam ujian, insyaallah tak akan Ratu keluar agama. "Iman naik dan turun. Mgkin hari ini aku yang paling jahat, tapi esok lusa kita tak tahu, Allah nak bolak balik hati seseorang sekejap je," tulisnya di Instagram. Safiey turut mengambil iktibar dari kisah penghijrahan golongan selebriti yang sebelum ini dicerca, kini berhijrah. Lantaran itu, Safiey menggesa orang ramai agar menghormati individu yang sedang diuji. - CARI
|
Belibis replied at 7-3-2021 02:27 PM
Lantak ko la pudin.
ADVERTISEMENT