CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sanggup Tengok, Berjurai Air Mata Syatilla Melvin Mulut Anak Berjahit

4-3-2021 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5161| Komen: 19

Anak sulung pasangan pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin iaitu Syeriv Samheizy, 4, cedera di bibir akibat terjatuh dan terpaksa menerima tujuh jahitan, semalam.


Kredit foto: IG Syatilla


Sam berkata, dalam kejadian itu, anaknya itu terjatuh ketika berada di garaj depan rumah menyebabkan bibirnya terkoyak.

Menurut Sam, Syeriv kemudian dibawa ke hospital dan selepas melakukan prosedur pembedahan kecil, dia dibenarkan pulang semalam.

"Biasalah insiden tidak dijangka. Anak lelaki pula kan," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Syatilla berkata, dia tidak akan melupakan insiden yang menimpa anaknya sehingga perlu menjalani pembedahan kecil.

"Sampai bila-bila saya takkan lupa. Sedihnya tengok anak kita macam tu. Dia terpaksa ditidurkan untuk jahitan di bibir itu. Jika tidak, dia akan meronta-ronta.

"Macam air terjun air mata ini mengalir. Ini baru sikit. Secara tiba-tiba terdetik, bagaimana perasaan ibu yang kena hadap anak kecil sakit kronik, kanser dan sebagainya. Moga Allah kuatkan semangat ibu semua. Macam ini pun rasa tak sanggup tengok," katanya.


Tilla berkata, dalam keadaan sama dia terpaksa kembali semula ke lokasi penggambaran kempen untuk Aidilfitri.



"Bayangkan hati tak tenang fikir mengenai anak, tiba-tiba kena sambung semula penggambaran. Terpaksa akur untuk menghormati masa orang lain yang terbabit sama. Mereka pun ada keluarga tunggu di rumah.

"Susah hati jangan cakaplah. Namun, saya sedih Allah lancarkan semua. Dari sedih kena bertukar buat lawak dalam kempen Rindu Asmara Raya. Kalau anda agaknya mampu tak? Inilah yang dikatakan korban perasaan untuk kerja. Saya memang tabik orang yang berjaya lalui apa yang saya hadapi semalam. Mungkin orang luar nampak biasa, tapi bagi saya sangat luar biasa. Doakan Syeriv cepat sembuh dan boleh minum susu semula," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 4-3-2021 04:42 PM
Aku ingat porem dept gosip retis ni boleh transform jadik soc med retis lar. Cerita hari2 pun buley jadik gosip. Porem cari suda jatuh standard.
Quote dua_chzy 4-3-2021 04:44 PM
Nenasketum replied at 4-3-2021 04:42 PM
Aku ingat porem dept gosip retis ni boleh transform jadik soc med retis lar. Cerita hari2 pun buley  ...


Sejak lantikan wartawan tada tauliah la jadi gitu.
Quote nowhite 4-3-2021 06:11 PM
Get well soon
Quote minguk 4-3-2021 06:22 PM
semoga cepat sembuh serif
Quote Kurex 4-3-2021 06:44 PM
Ni bukan gosip la ngokkkk
Quote Aneem 4-3-2021 08:00 PM
Anak dia ni mmg jenis lasak
Jatuh tertumoih dgn tgn terketuk kat meja pun, leh rilex je
Aku yg tgk lak rasa kebas dan ngilu
Pak dia buat lek buat pis
Quote slyfynx 4-3-2021 08:29 PM
Ade pun thread pompuan bersawang ni
Tahniah
Quote kiah_mai_pulak 4-3-2021 08:33 PM
si mak yang buat taik hari2 kena maki, anak yg dpt bala..
Quote AshkieLa 4-3-2021 09:11 PM
Nenasketum replied at 4-3-2021 04:42 PM
Aku ingat porem dept gosip retis ni boleh transform jadik soc med retis lar. Cerita hari2 pun buley  ...

tula xde yg special dah.kalo dulu yg hidden dan rare semua... siap kena pagar benang.
lately susah nk jumpa dah yg kena pasang pagar...
Quote BarbiePink 4-3-2021 09:22 PM
Ya ampun psl ni pun nak ada thread
Jap lgi dpt point tinggi

Untuk tak out
Buruknya prangai tilarempit ni
Emak apo ler chouls ni
Semua benda record n share
Lepas tu tak boleh hadam
Buat muka senyum2 lgi
Kalau emak yg prihatin
Dier tolak tepi hp video bagai ni
Kalau ada pun share group pamily ja
Ye ler dlm hati dier misti ckp
Bgus juga untuk marketing
Merepot ler chouls tilla oiii
Quote dudaberhias 4-3-2021 09:33 PM
alaaa kesiannya cheriv....

btw syatillah dah pasang pendinding haritu macam mana?
macam tak power je... kena topap level 2 pulak pakai bomoh or ustaz lain...
kalau boleh sampai 5 level....
dia macam cerita harry potter tu... kalau satu shield je tak cukup nanti voldermort boleh pecahkan shield tu....

sape tag tila rempit dapat 500kusd... tc applies... boleh redeem as cryptonite
Quote LadyCarefree 4-3-2021 09:36 PM
Dia ni agaknya xlayak jd mak kot
Quote boojaat 4-3-2021 09:45 PM
Sempat juga ambil video ya
Quote chekacheku 5-3-2021 09:02 AM
Ngilunya..mak sebuk nk captured every moment utk ms depan
Quote shaiy 5-3-2021 02:40 PM
dia gurau laki bini pun kasar mana la anak tk ngikut.. mak bapak pun nunjuk bukan2 depan anak2.. bodoh memasing..
Quote makadek 5-3-2021 03:24 PM
Manakalah yatt sejadah makin improve jaga anak2 tk kedengaran dh anak tertumus tertonggeng kn
Quote anakmak 5-3-2021 03:34 PM
Sedih air Mata mencurah tp buat video
Kompius akk
Quote hazzy0304 5-3-2021 03:54 PM
alahaiii... patut mak yg kasi berjahit mulut tu ..   kesian kat anak ..
gws serif ..
Quote imanjannah 5-3-2021 04:03 PM
gws sherif

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.043234 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top