CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Insan Paling Bodoh Lagi Hina Bila Buang Islam Sebab Manusia Lain' - Roslan Shah

4-3-2021 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5230| Komen: 18

Pengacara Roslan Shah memberi peringatan buat seluruh masyarakat muslim agar sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam walaupun diri sering kali dihimpit dengan pelbagai dugaan dan masalah.

Jelas Roslan, individu yang sanggup meninggalkan Islam semata-mata kerana manusia lain boleh disifatkan sebagai satu tindakan sangat kurang bijak.



“Walau jahat bagaimanapun kita tetap ISLAM. Kerana manusia kita nak buang ISLAM. Itulah manusia yang paling Bodoh dan di hina lagi dari Allah. Karma tak cepat atau lambat Allah kasi,” tulisnya di Instagram.

Katanya lagi, segala tindak tanduk kita di atas muka bumi ini pasti akan mendapat pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada cepat mahupun lambat.

Malah, Roslan turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mendoakan yang terbaik buat orang-orang di sekeliling kita agar mereka sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuh apa sahaja cabaran yang mendatang.


Dalam pada itu, Roslan turut berharap agar kita semua tidak mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang sememangnya mempunyai niat untuk memecah belahkan masyarakat Islam.


Kredit foto: IG Roslan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa yang sama selain turut menyifatkan Islam sebagai agama yang sangat indah.


Sumber: Media Hiburan
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 4-3-2021 03:01 PM
gitu, tetap Islam katanya walaupun perlakuan tak melambangkan Islam langsung..  
Quote tokchik 4-3-2021 03:15 PM
Bagus cik LAN


Quote makneng 4-3-2021 03:23 PM
Gitew mak hayam temasik cerca mak hayam keyel {:smile
Quote putehkundor 4-3-2021 03:31 PM
betul ke org kata nek lana tetek layut?
Quote Rogue98 4-3-2021 03:41 PM
Betul tu...sokong sangat. Encik Sajat patut mintak ampun and doa supaya Allah SWT beri dia petunjuk. Bukannye buat IG live merempan tak habis2 nak salahkan orang lain.
Quote ajinomotonosuga 4-3-2021 03:57 PM
Who ar yuss?
Quote LadyCarefree 4-3-2021 04:01 PM
Stop judging others la pasal ugama. Bila macam ni lagi mau kutuk hina sajad. For what? Lagi nak bagi dia rasa orang Islam ni semua judgmental suka hukum orang?
Quote dudaberhias 4-3-2021 04:01 PM
Tengok mak hayam gayah yang sedar batas agama dan sebagainya... Tengok dia tak boleh ubah naluri dia tapi dia tahu batas dia sebagai orang islam...

Salute tu mak hayam ponen yang lagi lama memondan dari sajat...

Sapw tag mak hayam dapat 100k, TC appliez gituwrhhh... Boleh claim sebagai voucher minyak dekat pengkalan space X
Quote Nenasketum 4-3-2021 04:04 PM
LadyCarefree replied at 4-3-2021 04:01 PM
Stop judging others la pasal ugama. Bila macam ni lagi mau kutuk hina sajad. For what? Lagi nak bagi ...

Dia yang menghukum diri sendiri. Fonen lain just riding on the attention jer
Quote Minami2013 4-3-2021 04:15 PM
Betul lah tu. Orang lain sanggup mati demi pertahankan agama. Hidup lah bergelumang dalam dosa pun, tapi biar mati dalam islam. Allah je yg maha mengetahui dosa pahala kita. Tapi kalau hidup utk dapatkan validation dan attention dengan manusia, hang tak cukup rukun iman tu, mmg senang2 je la ckp nak murtad. Nauzubillah. Nikmat iman ni tak semua org rasa, especially kalau dah lahir2 sebagai muslim.
Quote mamajawie 4-3-2021 04:15 PM
Dia dgan tunang dia ni pa citer???coverina je ke masih still in touch??{:smile{:smile
Quote Buritan 4-3-2021 05:00 PM
LadyCarefree replied at 4-3-2021 04:01 PM
Stop judging others la pasal ugama. Bila macam ni lagi mau kutuk hina sajad. For what? Lagi nak bagi ...

Lantak dia laaaa.. pepandai laa nanti mati berjwb dgn Tuhan...
Quote Fettybombom 4-3-2021 08:25 PM
Walo jahat tetap islam, kalo aku malu nk ngaku islam kalo jahat
Kepercayaan tu kt hati, bkn depan ko nk dilafazkn,, walo sajad ada lafaz murtad ke,, anytime dia percaya keesaan tuhan, bertuhanla dia
Quote piao 4-3-2021 09:13 PM
hahah dia ni lawak la...
Quote salmon-suki 5-3-2021 01:02 AM
Buat je silent treatment kt sajad nih..biar masa y tentukan...lg bg perhatian,lg byk bnde bodoh dia bt..retis2 lain,time ni laa nak dpt limelight acah2 beriman nak pertahan agama semua.. jabatan agama dah cuba suruh sajad tu berubah tp dia tetap snob dgn kehidupan dan kemewahan dia,biarkan je dia mcm tu..usah pedulikan dia..biar mati kering je dia dgn hidup dia..jgn peduli..

Byk lg isu lain nak kena amek taw drpd seekor manusia y suka provoke n suka perhatian ni..isu zakat tak sampai kt org sepatutnya,isu bantuan kewangan diberi kpd org y bkn asnaf n miskin,elok laa dicheck satu2 kehidupan penerima bantuan tuh..hal sajad ni,abaikan saja..kalau dia sayang diri dia,reti laa dia bertaubat...
Quote che-cikL 5-3-2021 01:18 AM
Macam Ku Seman kata dlm artikel dia, not worth nak fikir, nak tulis, nak bincang pasal Sajat ni. Dia yg failure, tapi reaction macam whole world pulak yg salah.

Iols nk komen CikLan cakap ni dalam konteks the world minus Sajat.  

Betapa iols bersyukur sangat lahir2 celik mata saja lahir dalam Islam. Walaupun iols jaaauuhh sangat perfect 10, iols envious org yg usaha mencari Islam, or at least non Muslim yg ada nilai2 mencari ketuhanan. Berbanding kita yg dah berdekad2 hidup sebagai Islam.

Quote helicornia 5-3-2021 04:19 PM
tetiba i salute pd roslan ni
wpun dia pun ala2 pondan, tp nasihat tu betul.apa2 pun jgn buang agama. sbb akidah kita tu yg dinilai dulu, lepas tu baru nilai bab sedekah apa sume
Quote Rainsack 13-3-2021 04:26 AM
Dia ni sape. Ingat sajat{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.048368 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top