CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Dah Tunang Sebenarnya" - Sharifah Sakinah

4-3-2021 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8796| Komen: 32

Pelakon Sharifah Sakinah, 32, mendedahkan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya berasal dari Sweden, Michael Hansen, 42.

Bagaimanapun, bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu tidak mendedahkan tarikh pertunangannya secara terperinci.




Meminta ramai agar menghormati pendiriannya, Sakinah atau nama sebenar, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired gembira kerana fasa perkenalannya bersama duda kepada dua cahaya mata itu berjalan dengan harmoni.

“Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir 9 bulan. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang,” katanya.

Adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah ini turut menambah, majlis pernikahan mereka kelak akan diadakan dalam serba ringkas.

“Cuma dari segi persiapan perkahwinan, saya kalau boleh tidak mahu membazir duit untuk majlis itu nanti. Ramai sedia maklum jika berkahwin, ini merupakan yang kedua bagi saya dan Michael.


“Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, insya-Allah,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal pula, Sakinah memberitahu dia tidak rasa tertekan kerana memiliki bekas suami, Aliff Adha yang sentiasa memberi sokongan.

Meski sudah berpisah, namun mereka masih berkawan demi permata hati, Anais Adha.



“Saya tak rasa tekanan pun menjadi seorang ibu tunggal sebab bekas suami saya sangat memahami. Malah dia juga banyak membantu terutamanya dari segi penjagaan anak.

“Misalnya ketika saya perlu lokasi pengambaran, anak akan dijaganya dan kami mempunyai persetujuan yang sangat baik.

“Kami juga tidak ada pergaduhan langsung kerana kalau boleh, tidak mahu merumitkan keadaan,” katanya.


Sumber: Media Hiburan
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gianna111 4-3-2021 01:45 PM
memang sepatutnya dari awal si kinah ni rembat mat salleh dari kau ambik bangsa cicah budu belacan.
Quote marsie 4-3-2021 01:49 PM
bertunang style western ler tu....'will you marry me?' 'yes' sarung cincin...done!
Quote awanysss 4-3-2021 01:55 PM
kau kawen pun org bersyukur.. dah mcm laki bini dah..
takyah nak tunang bagai..
Quote Kakasinci 4-3-2021 02:01 PM
KIM.K: belum apa2 ko dah bagi lelaki ajnabi jaga anak ko kinah..bodohnya


Rsenye dia refer kpd ex husb dia sis..
Quote nowhite 4-3-2021 02:03 PM
Ex husband dah ada pengganti belum?
Quote KIM.K 4-3-2021 02:05 PM
Kakasinci replied at 4-3-2021 02:01 PM
Rsenye dia refer kpd ex husb dia sis..

Sori so stupid of me
Quote dudaberhias 4-3-2021 02:07 PM
takde sape kesah pun dik ko bertunang ke tak... macam la ada beza hidup sebelum tunang dan selepas... yang pasti sheols salah sorang meleis yang iols tengok bangga betul dapat laki2 tua kokesen.... macam dah cukup berjaya dalam hidup gittew dapat kokesen...

sape tag kinah dapat 10k, tc applies gittew puiiihhh
Quote Normabaru 4-3-2021 02:12 PM
dudaberhias: takde sape kesah pun dik ko bertunang ke tak... macam la ada beza hidup sebelum tunang dan selepas... yang pasti sheols salah sorang meleis yang iols  ...


Setuju dgn komen kaka dude

Meh kaka norm nak join jugakkkk...











Puikkkkkkkkkk
Quote m2506 4-3-2021 02:14 PM
apo ajo ko ni kinah....emmmmmm
Quote makneng 4-3-2021 03:31 PM
Tahniah.   
Quote Nenasketum 4-3-2021 04:07 PM
Omputih, beli cincin tunang lah kira tu kan.
Quote Tudungpink 4-3-2021 04:13 PM
Sebab dah tunang ke dlm iG karipop tu video dia bgn tido terus minum n makan makanan yg disediakan encik tunang  dengan muke sememeh..
Quote dudaberhias 4-3-2021 04:16 PM
Normabaru replied at 4-3-2021 02:12 PM
Setuju dgn komen kaka dude

Meh kaka norm nak join jugakkkk...

Jangan lupa tag sepundal kinah untuk dapat 10K, TC appliesss gturhhhh.... Boleh claim cash dekat bumi mendatar antivaks sohemi duduk...
Quote mamajawie 4-3-2021 04:21 PM
Sonok ke dpt jantan tua bekas laki org tu??satu penghargaan ke?based on benang b4 this ko yg jadi penyebab jantan tu bercerai ngan ex bini
Quote kiah_mai_pulak 4-3-2021 04:26 PM
marsie replied at 4-3-2021 01:49 PM
bertunang style western ler tu....'will you marry me?' 'yes' sarung cincin...done!

mlm tu kongkekkk. kannn???
Quote mieymiey 4-3-2021 04:42 PM
Tunang cara kokesen kan? Ker tunang cara melayu?
Quote Buritan 4-3-2021 04:57 PM
mieymiey replied at 4-3-2021 04:42 PM
Tunang cara kokesen kan? Ker tunang cara melayu?

Aku suke jee mat saleh cina korea.. indu aku tak mooo.. tp aku nak kawin fgn omputih semua ni takde laaaa sbb demi agama dan bangsa.  Cewahhh aku kopipes ayat raja ilya dgn cucu brian yg tsk mo beerlakin holywood sbb bogel.. koh koh koh
Quote JalaEmas 4-3-2021 04:59 PM
ouh.. ingt dh nikah.
Quote mieymiey 4-3-2021 05:05 PM
Buritan replied at 4-3-2021 04:57 PM
Aku suke jee mat saleh cina korea.. indu aku tak mooo.. tp aku nak kawin fgn omputih semua ni takd ...

Mencintai tak semestinya memiliki gituuuu. Kita berbeza agama dan bangsa.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.047768 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top