Georgetown: Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung di sini, hari ini. Kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Sophia Fatehah Wan Farhan Danial berusia dua tahun.
Nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia bergegas dari Taiping ke Pulau Pinang selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya berhubung kejadian. Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi dibedah siasat. "Cucu saya memang sudah lama dijaga pengasuh berkenaan dan sudah tentu kami masih terkejut dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HPP hari ini.
Difahamkan, Sophia Fatehah adalah anak bongsu daripada dua beradik dan ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
sofyayra replied at 3-3-2021 12:26 PM
Benda ni la yg boleh trigger anxiety aku. Anything berkait dgn bdk kecik.
Sbb tu kt rmh mmg tak ...
eyansss replied at 3-3-2021 12:48 PM
aku pun selalu hint pengasuh aku, melalui anak2 aku, sampaikan pengasuh aku terikut dah... masa h ...
doubleA replied at 3-3-2021 01:31 PM
Sedihnya. Sebab tu ada org prefer taska day care dari rumah pengasuh persendirian. Memang la lagi be ...
chenta_dewi replied at 3-3-2021 01:36 PM
Taska pon penah ada kes kan
ADVERTISEMENT