CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak sakit pun suntik vaksin Covid-19 - Dr Zulkifli

3-3-2021 12:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1852| Komen: 6



Putrajaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11 di sini, tadi.

Mereka tiba di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar jam 3 petang dan melalui lima stesen yang dikhaskan untuk proses vaksinasi itu sebelum selesai menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kira-kira 40 minit kemudian.

Ditemui di luar Pejabat Kesihatan Putrajaya, Zulkifli yang juga bekas pesakit Covid-19 berkata, proses suntikan vaksin itu dijalankan dengan tertib dan cermat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Alhamdulillah, suntikan ini tidak sakit dan saya yakin serta percaya kalau semua sokong kerajaan ini... kita akan menang lawan Covid-19. Tema Lindung Diri, Lindung Semua (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) amat tepat," katanya.


Zulkifli disahkan positif Covid-19 pada 5 Oktober tahun lalu dan dibenarkan keluar dari wad hospital pada 14 Oktober selepas pulih menjalani rawatan.

Ditanya apakah nasihat terhadap mereka yang enggan menerima suntikan vaksin, Zulkifli berkata vaksin itu mampu melindungi diri daripada wabak Covid-19 dan ia terbukti apabila ramai pemimpin Islam luar negara telah mengambil vaksin berkenaan.

"Kepada sahabat yang berpandangan vaksin ini tidak perlu... (mereka) perlu lihat isu ini dengan lebih mendalam dan berlapang dada kerana (jika tidak ambil) natijahnya adalah kepada keluarga dan masyarakat," kata Zulkifli.

Sementara itu, Kiandee menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi mendapatkan suntikan vaksin.

"Daftarlah di aplikasi MySejahtera dan tunggu giliran masing-masing kerana ia penting untuk bantu negara melawan Covid-19," katanya.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bertemakan Lindung Diri, Lindung Semua dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Feb dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan membabitkan 500,000 orang.

Fasa 2 pula dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas - warganegara dan bukan warganegara - dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 3-3-2021 09:16 AM
Kebanyakkan orang bukannya takut sakit kena suntik tapi takut kesan sampingan lepas terima vaksin2 ni.
Quote grouper 3-3-2021 09:18 AM
Kiranya org yg sembuh dr kobid kena amik vaksin gak le...
Quote mdhelmi 3-3-2021 09:35 AM
sampai feb tahun depan
nk book tarikh  22/02/2022 la
Quote rajamoney 3-3-2021 10:25 AM
dalam vaksin ada coklat cip
Quote RooneyMara 3-3-2021 10:35 AM
husna_amal: Kebanyakkan orang bukannya takut sakit kena suntik tapi takut kesan sampingan lepas terima vaksin2 ni.


Yes betul tu. My sister punya mother-in-law di UK, lepas kena vaccine demam for few days n sakit badan n pening2 seminggu. She's in her 60s. Ada yg first injection OK, 2nd injection pula teruk side effect.
Quote MadameOnion 3-3-2021 11:03 AM
grouper replied at 3-3-2021 09:18 AM
Kiranya org yg sembuh dr kobid kena amik vaksin gak le...

kena tunggu lepas 90 hari..ikutkan dr dzul ni lebih dah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.158365 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top