CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Johan Derma Wang Kemenangan Super Spontan Pada Warga Tua

8-11-2013 02:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16652| Komen: 94



KUALA LUMPUR, 8 NOV 2013:
Tahniah Murai Batu ucapkan kepada Jep yang menjuarai program realiti, Super Spontan 2013 baru-baru ini sehingga berjaya menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Johan.

Meskipun Johan mendapat tempat kedua, namun dia turut berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan juga wang tunai sebanyak RM50,000. Amboi best nya jadi pelawak, menang dapat duit beribu-ribu kan?

Cakap pasal duit tu, Murai Batu ada dengar cerita kononnya Johan tidak mensia-siakan wang kemenangan itu untuk kepentingan dirinya sahaja.

Sebaliknya, ada cerita yang Murai Batu dapat ni katanya Johan menderma sebahagian wang itu kepada sebuah rumah kebajikan orang tua yang terletak di Selangor.

Namun, dia membuat derma dan amal itu tanpa diketahui orang ramai kerana kebetulan dia ke rumah kebajikan itu adalah untuk menjalani penggambaran. Sebaik sahaja dia tahu dia akan ke rumah kebajikan itu dia sudah lebih awal mempersiapkan duit-duit itu di dalam sampul untuk diserahkan secara peribadi kepada setiap pengghuni di rumah kebajikan orang tua itu.

Orang-orang tua yang tinggal di rumah kebajikan itu dengarnya sangat gembira dengan kehadiran Johan. Malah selepas menerima sampul wang dari Johan itu orang-orang tua itu terharu dan mencium dan peluk Johan sambil mendoakan Johan supaya dimurahkan rezeki lagi. Sebahagian krew yang melihat situasi tersebut turut mengalirkan air mata.

Wah mulia sungguh hati Johan, dan pasti ramai tak tahu sebenarnya dia seorang yang dermawan dan pemurah. Patutlah rezekinya bertambah murah. Murai Batu harap lebih ramai lagi artis mengikut jejak langkah Johan.

5

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aini_peza 8-11-2013 01:41 PM
wah .. kelasssss johan.. ini yang buat makin suka ni..
Quote cutebaby5907 8-11-2013 01:51 PM
dier nk wat derma senyap2, wartawan plak kepoh...
Quote Matakilat 8-11-2013 01:53 PM
Wah. Patut ler rezeki melimpah limpah johan ni. Hati pemurah.
Quote ZaraPalarae 8-11-2013 01:54 PM
yeah! thats my johan !
Quote mitnick 8-11-2013 01:54 PM
bgs johan, bkn bagi beg memahal je kat wife, tp kat org2 lain pon dia derma...
Quote dellema 8-11-2013 01:56 PM
alhamdulillah
Quote biozipstar 8-11-2013 01:57 PM
malam ni jozan ada kan.. yeahhh nak tengok ni..hehee
Quote rosasa 8-11-2013 01:58 PM
murai ni, johan sedekah diam2 dia pulak selongkar


semoga murah rezeki johan
Quote wizza 8-11-2013 02:15 PM
Alhamdulillah...... setiap rezeki yg kita dpt tuu ada bahagian org lain gak.
semoga d murahkan lg rezeki johan.
Quote ahlisihircute 8-11-2013 02:18 PM


eloklah tu johan.....
tambah saham akhirat...
Quote rosmahisham 8-11-2013 02:18 PM
Alhamdullillahh...suka dengar benda2 mcm ni...
Quote cikatilia 8-11-2013 02:22 PM
good job Johan!
syabbas!
Quote LoVe1412 8-11-2013 02:25 PM
Johan ni memang terbaik. aku lagi suka dia dari si Zizan Mr Lucah tu.
Ku doakan murah rezekimu sentiasa Johan
Quote rsmlng 8-11-2013 02:36 PM
ZaraPalarae posted on 8-11-2013 01:54 PM
yeah! thats my johan !

semoga rezeki Johan bertambah makmur
Quote peah311 8-11-2013 02:36 PM
melimpah rezki johan lepas ni, insyaAllah
Quote rsmlng 8-11-2013 02:37 PM
wizza posted on 8-11-2013 02:15 PM
Alhamdulillah...... setiap rezeki yg kita dpt tuu ada bahagian org lain gak.
semoga d murahkan lg  ...

betul tu... duit kite, tp mungkin Allah dh tetapkan rezeki org lain dlm tu...
Quote umie_aziz 8-11-2013 02:38 PM
semoga murah rezeki.. leh derma lagi..
Quote caplimau 8-11-2013 02:39 PM
alhamdullillah bayar zakat namenye tu..
dr beli handbag mahal nk mapuih bg bini bek buat amal jariah..
Quote tomet05 8-11-2013 02:42 PM
alhamdulillah dah banyak pun dia dapat .. masanya untuk bersedekah

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.066136 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top