CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Jihan Muse Bakal Gegarkan Super Spontan Musim Terbaru

15-8-2014 04:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26827| Komen: 158

Description: Manakala Kumpulan Biawak Laser Akan Diuruskan Oleh Reza Dan Dibarisi Oleh Shuib, Taukeh, Shahrol, Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah Dan Abam.
14 Pelawak Berentap Dalam 'Warna Super Spontan' Musim Ketiga

Johan menyertai 'Warna Super Spontan' untuk musim ketiga berturut-turut.




PETALING JAYA: Seramai 14 orang pelawak popular tanah air bakal bersaing dalam program realiti popular Warna Super Spontan untuk musim ketiga yang bermula pada 22 Ogos depan, pukul 10 malam di Astro Warna.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, pemilihan pelawak-pelawak yang bakal bersaing ini adalah melalui reputasi cemerlang mereka daripada program-program lawak yang dianjurkan sebelum ini.


"Program ini sudah masuk musim ketiga dan sudah tentu kita akan adakan pembaharuan daripada segi permainan-permainan setiap minggu.

"Pemilihan peserta memang kami mencari pelawak-pelawak yang boleh beraksi secara spontan dan bersaing sesama sendiri bagi merebut gelaran juara," katanya pada sidang media Program Warna Super Spontan, di sini, pada Jumaat.

Didie Alias turut akan bersaing dalam Warna Super Spontan musim ketiga.































Dalam pada itu, katanya, program ini masih mengekalkan format yang sama seperti musim sebelum ini iaitu mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Tambahnya, dua kumpulan tersebut ialah Mawas Berduri yang diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Johan Raja Lawak, Syuk, Jihan Muse, Rahim, Fad, Didie Alias dan Yus.

Manakala kumpulan Biawak Laser akan diuruskan oleh Reza dan dibarisi oleh Shuib, Taukeh, Shahrol, Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah dan Abam.

Program ini akan menampilkan Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sebagai pengacara, manakala Amir Raja Lawak akan muncul bagi menghangatkan suasana.

Sementara itu, berdasarkan persembahan mingguan, nasib peserta akan ditentukan oleh undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta kumpulan mereka.Juara Super Spontan akan membawa pulang wang tunai RM100,000.


Para peminat boleh mengikuti perkembangan terkini Super Spontan musim ketiga di akaun Twitter @SuperSpontan dan Facebook di www.facebook.com/SuperSpontan










Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote toxicated 10-8-2014 12:52 AM
Wow..iols nak tgk balik lah super spontan. Boboi dh berkubur ke bagus la.
kelas grup mawas berduri.
Quote maxim 10-8-2014 12:54 AM
toxicated posted on 10-8-2014 12:52 AM
Wow..iols nak tgk balik lah super spontan. Boboi dh berkubur ke bagus la.
kelas grup mawas berduri.

tp nyampah la pengacara still ray n haniff

patutnya pengacara pn amek jihan gak..



Quote awoks 10-8-2014 12:55 AM
wah seronoknya tak sabar nak tonton
Quote toxicated 10-8-2014 01:04 AM
maxim posted on 10-8-2014 12:54 AM
tp nyampah la pengacara still ray n haniff

patutnya pengacara pn amek jihan gak..

hanif tu tolonglaa terbongkok2.mmg xde karisma langsung.
ray lak perasan mcm lawak je
Quote maxim 10-8-2014 01:05 AM
toxicated posted on 10-8-2014 01:04 AM
hanif tu tolonglaa terbongkok2.mmg xde karisma langsung.
ray lak perasan mcm lawak je

khen..buat lawak gelak snirik
Quote maxim 10-8-2014 01:06 AM

blah la adlin..pakai spek itam padahal nak cover mata dok usha jihan
Quote zila_hakimie 10-8-2014 02:19 AM
Mawas berduri lah kali ni
Quote tomet05 10-8-2014 08:53 AM
gudlak semua ..
Quote mattzzx 10-8-2014 10:20 AM
Mungkin tahun ni tahun Jihan....banyak job di dapat tahun ni....selepas menjadi hos  REsepi memikat suami ...
Quote miszaimi 10-8-2014 11:06 AM
kompom johan menang...kesian sgt kot klau tak menang ..tolonglah kasi johan menang..
Quote miszaimi 10-8-2014 11:07 AM
nape ade ray kat situ..kate adlin dengan afdlin jd pengacara
Quote maxim 10-8-2014 11:09 AM
miszaimi posted on 10-8-2014 11:07 AM
nape ade ray kat situ..kate adlin dengan afdlin jd pengacara

adlin n afdlin pengulas..pengacara still ray n hanip
Quote maxim 10-8-2014 11:10 AM
miszaimi posted on 10-8-2014 11:06 AM
kompom johan menang...kesian sgt kot klau tak menang ..tolonglah kasi johan menang..

xpe la x menang pn bleh main lg dan lagi musim depan

so bg jihan menang k
Quote miszaimi 10-8-2014 11:22 AM
maxim posted on 10-8-2014 11:10 AM
xpe la x menang pn bleh main lg dan lagi musim depan

so bg jihan menang k

kan..sendu jugak klau x de johan..tp ade ke yg nak vote jihan...ni bukan pkai surat kabo..
Quote miszaimi 10-8-2014 11:24 AM
maxim posted on 10-8-2014 11:09 AM
adlin n afdlin pengulas..pengacara still ray n hanip

kene bahan lg le nampaknye..bertabah lah..raynip
Quote maxim 10-8-2014 11:24 AM
miszaimi posted on 10-8-2014 11:22 AM
kan..sendu jugak klau x de johan..tp ade ke yg nak vote jihan...ni bukan pkai surat kabo..

motip..uols ingt jihan tu sendu ke..top k skang
Quote miszaimi 10-8-2014 11:56 AM
bukan ape ..klau tgk kefemesan ,johan fans jozan undi...shuib fans sepahtu undi..jihan..fans jihan saje ..
x cukup uols..
Quote zila_hakimie 10-8-2014 01:53 PM
miszaimi posted on 10-8-2014 11:56 AM
bukan ape ..klau tgk kefemesan ,johan fans jozan undi...shuib fans sepahtu undi..jihan..fans jihan s ...

Uols nk sape menang..

Kaka frust ajak xjoin
Quote miszaimi 10-8-2014 02:36 PM
zila_hakimie posted on 10-8-2014 01:53 PM
Uols nk sape menang..

Kaka frust ajak xjoin

iols nak johan menang...

ajak byk job skarg

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.065624 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top