Nak masak apa lagi untuk minum petang hari ini? Perkongsian Puan Fadhilah Khaulan ini pasti dapat memecah kebuntuan puan-puan. Tak perlu guna banyak bahan, resepi murtabak telur ini pastinya akan buat anak-anak berebut nak makan! Bahan-bahannya: -Kulit popia -Telur -Bawang besar -Bawang putih -Cili api -Garam/perasa Cara-cara menyediakannya: 1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili api sampai garing. Kemudian, masukkan garam, serbuk perasa dan telur.Kacau sampai berketul, pastikan tidak guna minyak yang banyak supaya kulit popia tak terkoyak. 2.Letak telur yang dah siap digoreng atas kulit popia ikut citarasa. Selepas balut, boleh terus goreng guna minyak masak yang sedikit. Angkat bila dah keperangan. 3.Siap! Mudah kan? Boleh cuba buat untuk hidangan petang seisi keluarga. Selamat mencuba! -CARI |
ADVERTISEMENT