CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berkali-Kali Ucap Syahadah -Sissy Iman Jatuh, Dah Trauma Naik Kuda

25-2-2021 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2559| Komen: 10

Malang tidak berbau, itulah yang terjadi kepada penyanyi dan pengacara Sissy Imann yang terjatuh ketika menunggang kuda buat kali pertama untuk rakaman sebuah program TV pada Rabu.


Sissy menerusi Instagram miliknya memberitahu insiden itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menaiki bukit dan secara tiba-tiba kuda yang ditunggang itu membuat pusingan semula dengan kelajuan penuh.

Akibat gagal mengawal kuda tersebut, penyanyi berusia 26 tahun itu hanya mampu menjerit ketakutan apabila dia dilambung sebelum terjatuh.

Foto: IG


"Hari ini merupakan pengalaman pertama saya menunggang kuda untuk sebuah program TV. Sejujurnya saya agak takut dan gementar, saya tidak mahu lakukannya tapi kuda itu baik dengan saya selepas beberapa pusingan memanaskan badan.


"Tapi Allah nak hapuskan dosa rasa-rasanya hari ini, masa dalam perjalanan naik bukit... kuda itu tiba-tiba buat pusingan semula dan turun bukit dengan kelajuan penuh.

"Memang literally rasa la kuasa kuda. Dalam hati memang berkali-kali lafaz syahadah dan saya menjerit sebab kuda tu turun bukit dengan laju. Akhirnya, saya pun terlambung jatuh ke sebelah kanan kuda bila dah sampai ke bawah," kongsinya.



Penyanyi lagu Pesanan Ayahanda ini turut memuat naik paparan skrin imbasan x-ray yang menunjukkan bahagian tulang belakangnya di Instagram miliknya.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti antaranya Siti Elizad, Neeta Manis, Haneesya Hanee, Yaya Zahir serta Wani Syaz turut mendoakan agar Sissy cepat sembuh.

Dalam pada itu, pemilik nama Sissy Imann Mohammad Kamil ini meluahkan rasa syukur dirinya tidak mengalami kecederaan yang serius biarpun badannya terhentak dengan kuat.

Menurut Sissy, dia kini sedang berehat di rumah dan menganggap insiden tersebut merupakan satu pengalaman yang membuatkan dia berasa trauma.



"Nasib tak kena pijak kuda, cuma rasa la kaki kuda atas badan kita. Dah pergi klinik x-ray, so far doktor kata tak ada patah atau retak, bones are all fine Alhamdulillah cuma lebam dan luka calar-calar sana sini sebab terhentak jatuh but I swear to God it is so painful.

"Jadi doktor cucuk pain killer sebelum buat x-ray tadi sebab saya memang tak boleh baring langsung. Now I'm resting at home. Jalan pun orang kena papah, nak baring pun sakit.

"Satu pengalaman yang trauma setiap kali saya pejam mata, situasi dan perasaan turun bukit serta tercampak berulang kali bermain dalam fikiran saya," ujarnya.



Sementara itu, Sissy turut memohon doa daripada orang ramai agar dia diberikan kesembuhan dan berharap ibu bapanya berhenti menyalahkan diri mereka disebabkan insiden yang berlaku. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aijinmisaki 25-2-2021 11:12 AM
Kenapa nama dia ponen?
Quote Rogue98 25-2-2021 11:32 AM
Sedih dengar bapak dia blame himself for the accident. Memang benda dah nak jadi. Ada sesuatu yg menakutkan kuda tu yg buat kuda tu kelamkabut U-turn.
Quote Redmyvi 25-2-2021 01:16 PM
nama dia tahla cannot go la.. mcm nama bapuk
Quote izat123 25-2-2021 01:23 PM
Sissy ni nampak ayah dia sayang betul kat dia. Semoga dapat jodoh lelaki yang baik baik yang treat dia macam ayah dia jugak.
Quote Boomibulat 25-2-2021 01:44 PM
Ptut mcm pnh tgk tmpt ni..dulu rajin jugak pgi tgk kuda kat sini tp x naik..
Quote isbritneybich 25-2-2021 02:44 PM
sissy iman ni boy iman bila tak kaverline ke
Quote dudaberhias 25-2-2021 02:46 PM
kenapa tak bubuh nama sissy sembah je... lebih kurang iman n sembah...

koh koh koh
Quote kikojeckyll 20-3-2021 10:37 AM
nk kutip tacang je sb tu komen heee
Quote imanjannah 20-3-2021 10:46 AM
semoga cepat sembuh sissy, seminggu dua ni, dia akan keep alami trauma jatuh tu, tido akan terkejut2, moga Allah mudahkan
Quote sleepandream 20-3-2021 03:43 PM
izat123 replied at 25-2-2021 01:23 PM
Sissy ni nampak ayah dia sayang betul kat dia. Semoga dapat jodoh lelaki yang baik baik yang treat d ...

arif bahran penyanyi tu boipren sheols...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.036866 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top