CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Sektor Pawagam Bakal Lumpuh?

24-2-2021 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6864| Komen: 52

Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula pembukaan pawagam selepas beberapa sektor ekonomi termasuk perkhidmatan bukan keperluan utama dibenarkan beroperasi.


Pengerusinya, Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth berkata, diskriminasi dari segi operasi itu hanya akan terus melumpuhkan ekonomi sektor pawagam.

"Mengapa pawagam masih ditutup sedangkan aktiviti riadah lain seperti gimnasium, spa dan kasino dibenarkan kembali berniaga? Kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula secara serius keputusan mereka untuk membenarkan kami kembali beroperasi.

"Industri pawagam tidak lagi mampu menanggung penutupan lebih lama dan ia pasti akan lumpuh. Ia sekali gus menjejaskan kehidupan setiap rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam keseluruhan rantaian bekalan," katanya.


Kredit foto: Harian Metro



Mohd Ghazali berkata, negara seperti Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan India sudah membenarkan pawagam kembali beroperasi.

Katanya, arahan penutupan pawagam terus melumpuhkan industri pawagam Malaysia hingga mencatat kerugian sebanyak 90 peratus.

"Industri ini mengalami kerugian lebih RM500 juta tahun lalu. Ia jauh berbeza jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya di mana industri ini secara keseluruhannya menyumbang lebih RM1.08 bilion pendapatan dan lebih RM250 juta cukai hiburan kepada negara," katanya.

Beliau berkata, impak itu menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, banyak pawagam terpaksa gulung tikar dan semua pemilik pawagam terpaksa mengecilkan operasi mereka. Malah, ada dalam kalangan kakitangan pawagam terpaksa menerima potongan gaji sehingga 70 peratus.

"Kerugian paling besar setakat ini adalah pengunduran pengendali pawagam ketiga terbesar di Malaysia iaitu MBO Cinemas yang terpaksa melakukan pelupusan secara sukarela.

"Krisis kewangan itu melarat sehingga merangkumi rantaian bekalan yang lebih besar iaitu keseluruhan perniagaan hujung ke hujung termasuk syarikat-syarikat kecil dalam bidang pembuatan, logistik, pembersihan, makanan dan minuman serta peruncitan," katanya.

Beliau berkata, MAFE sudah membuat beberapa rayuan secara bersama untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Antara permohonan diutarakan adalah pengecualian atau pengurangan cukai hiburan untuk pemamer filem. Mohd Ghazali berkata, walaupun RM225 juta sudah diperuntukkan bagi membiayai dan menyokong aktiviti kesenian, kebudayaan dan hiburan pada Jun tahun lalu, namun peruntukan berkenaan tidak termasuk untuk sektor pawagam. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 24-2-2021 10:06 AM
X kisah sngt sbb iol buknnya kki pnggung wyg, tngok kat rumh je dh ckup.
Quote jemahjacjon 24-2-2021 10:10 AM
Dah semua sektor pulak suruh pertimbang dibukak. Apa masalah kalau sektor pawagam goyang. Kecohhh je
Quote selyusi 24-2-2021 10:34 AM
Sebab ada ke anak beranak politician yang bukak bisnes pawagam?
Quote Suchi 24-2-2021 10:38 AM
Admin GSC hari2 merempan sedih tanya bila boleh bukak.


Last iols tgk wayang cite Frozen 2 tu eer tahun bila tu ye kuar lupa dah.
Quote Potpouri 24-2-2021 10:45 AM
Org dah tak minat tgk movie kt cinema dah.. ramai dh ada tv besar kat rumah dgn segala channel ada nk layan movie..tak sempat nak tengoklah banyak sgt
Quote lovelytouch 24-2-2021 10:49 AM
Feel tgl tv dengan panggung berbeza dgn sound, image lebih detail makan popcorn beli tiket..
Quote AbukRokok 24-2-2021 10:52 AM
nti cerita kat cucu

cuuuu dulu nenek tgk movie dengan htaok engkau ...best cerita sanggam
Quote CiliPadiSedap 24-2-2021 10:53 AM
tak payah buka pun xpe sbb kerusi panggung wayang xsedap kalau letak kerusi ogawa atleast seminggu sekali kaka pergi
Quote makneng 24-2-2021 10:58 AM
Sempat tgk Mulan movie je... Pencapaian yg begitu sedeh utk kaki wayang seperti mak sepanjang tempoh pandemic {:cryrun
Quote aemon 24-2-2021 11:51 AM
CiliPadiSedap replied at 24-2-2021 10:53 AM
tak payah buka pun xpe sbb kerusi panggung wayang xsedap kalau letak kerusi ogawa atleast seminggu s ...

kaka mmg dasar panda nak selesa sentiasa je
Quote supermum 24-2-2021 11:52 AM
Sedih jugak kalau banyak entertainment business mcm pawagam, themepark tutup. Nak enjoy ngn anak-anak tempat camtu. Kalau kelab malam, bar, karoke tu takpela tutup. Takde pekdah
Quote hasniey 24-2-2021 11:54 AM
Org dh xpergi dah.neflix ado,viu ado,astro ado
Eh mcm2 laa.  Tgu ada movie hollywood yg gempak2 bru la excited sikit
Mcm avengers dulu...opening pon beratur pnjanggg
Skrg mne ada movie best pon
Quote hasniey 24-2-2021 11:56 AM
AbukRokok replied at 24-2-2021 10:52 AM
nti cerita kat cucu

cuuuu dulu nenek tgk movie dengan htaok engkau ...best cerita sanggam

Sanggam tu cerita atok nenek kita..upgrade la sikit avengers ke star wars ke
Quote sleepandream 24-2-2021 12:07 PM
orang sekarang siap beli projektor chuols pasang dekat rumah...
tengok wayang ni just alasan nak dating/lepak dengan membe jah...
Quote saviour_09 24-2-2021 12:24 PM
tenant aku staff wayang

dah resign dah pun

terlajak jugak bayar sewa sebulan dua ni

takpe la selagi boleh tolong, pejam mata je laaaa
Quote cikuduku 24-2-2021 12:32 PM
its okay, kitaorg still okay lagi x de cinema. semuanya boleh tgk dari rumah.
Quote rookiecake 24-2-2021 12:35 PM
Kesian... bukan sikit rugi tu. Berjuta-juta. Kakak I walaupun pasang projektor di rumahnya tetap pergi cinema
Quote Boomibulat 24-2-2021 12:53 PM
Sy pun dh lama x tgk wayang..filem last tgk klu x silap F&F berapa tah..
Quote Redmyvi 24-2-2021 01:03 PM
kesian kt pekerja jaa.. sebelum ni nmpk diorg duk promote popcorn..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.080501 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top