CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Hantu Bonceng: 5 Hari Kaut RM1 Juta

19-2-2021 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3209| Komen: 7

Description: Arahan 'duduk di rumah' terbukti memberi kelebihan kepada filem sekuel, Hantu Boceng 2.0 arahan Datuk Yusry Abdul Halim yang mengaut RM1 juta selepas lima hari ditayangkan di Astro First, sejak 11 Feb ...
 Arahan 'duduk di rumah' terbukti memberi kelebihan kepada filem sekuel, Hantu Boceng 2.0 arahan Datuk Yusry Abdul Halim yang mengaut RM1 juta selepas lima hari ditayangkan di Astro First, sejak 11 Februari lalu.


Ternyata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 membawa tuah kepada teraju utama filem ini, Zizan Razak yang tidak menyangka peminat memberi sambutan luar biasa ke atas filem itu, biarpun negara berdepan pandemik COVID-19.

"Saya anggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ujian yang kita hadapi ini membuatkan semua orang semakin tertekan, letih dan serabut memikirkan pelbagai perkara.

"Bagaimanapun, dengan adanya filem Hantu Boceng 2.0, orang ramai dapat melupakan seketika pergelutan yang sedang dihadapi.

"Saya tahu ramai yang terhibur dengan mesej dan plot cerita ini. Dalam sudut lain, saya anggap filem ini sebagai hiburan keluarga termasuk mereka yang dijangkiti COVID-19 dan dikuarantin di rumah.

"Dapatlah redakan tekanan atau apa sahaja yang merisaukan mereka serba sedikit," katanya kepada BH Online.


Foto: via Berita Harian

Kali pertama dipertontonkan sedekad lalu, filem Hantu Boceng mengaut kutipan lebih RM8.5 juta.

Berikutan pandemik COVID-19 dan penutupan pawagam, penerbit Astro Shaw membuat keputusan menayangkan sekuel, Hantu Boceng 2.0 di Astro First.

Kejayaan awal Hantu Boceng 2.0 membuktikan Zizan masih relevan sebagai hero layar perak.

Zizan menyifatkan kejayaan Hantu Boceng 2.0 sebagai hasil kerjasama semua pihak daripada pengarah, pelakon, kru dan penerbit.

"Rezeki tidak salah alamat biarpun ketika negara diuji. Niat asal filem ini diterbitkan adalah sebagai hiburan dan terbukti matlamat itu tercapai dalam keadaan sekarang.

"Suntikan humor dalam filem ini membuatkan ramai terhibur dan saya merasa puas," katanya.

Zizan atau nama sebenar, Mohammad Razizan Abdul Razak menganggap Hantu Boceng 2.0 mengembalikan nostalgia zaman dirinya membesar.

"Ketika kecil saya tonton aksi kumpulan lawak, Senario. Usikan dan cerita dipaparkan mereka rasa dekat dengan keluarga... Ia mengeratkan silaturahim sesama kita.

"Begitu juga dengan filem ini, ia mampu mengeratkan hubungan. Seisi keluarga dapat rasa takut, cuak dan ketawa bersama-sama," katanya.

Foto: via Berita Harian

Zizan berkata, akaun media sosialnya turut dihujani komen positif sebaik Hantu Boceng 2.0 'meledak' di Astro First.

"Rata-rata pengikut Instagram (IG) beritahu filem ini sangat bagus. Anak-anak peminat saya juga sukakannya.

"Saya sangat bersyukur apa yang dihajati diperoleh. Cerita filem ini ringan, tidak sangka Hantu Boceng 2.0 boleh 'jual' dan disukai," katanya.

Sementara itu, gandingan Zizan dalam filem berkenaan, Shiha Zikir mengaku jika tidak dipelawa pelawak itu, kemungkinan rezeki berlakon filem tidak kunjung tiba.

"Saya jumpa Zizan di sebuah acara dan kami makan bersama. Zizan bertanya apakah saya mahu berlakon filem.

"Pada mulanya, saya fikir Zizan main-main. Kemudian saya beritahu teringin mencuba.

"Zizan kemudian berjanji mahu mencadangkan nama saya dalam sebuah projek filem," katanya.

Atas peluang diberi, Shiha terhutang budi dan bersyukur dapat membintangi filem buat kali pertama.

"Sebelum ini, Sharif Zero percaya dengan bakat saya melawak. Sharif berani mengetengahkan saya sebagai artis undangan dalam program Bintang Bersama Bintang.

"Sekarang, Zizan pula memberi peluang untuk saya berkongsi bakat dalam filem. Apatah lagi dapat watak heroin, saya anggap ia rezeki terpijak," katanya.

Shiha atau nama sebenar, Nurshiha Mohd Zikir ini menyifatkan pengalaman berlakon filem itu cukup manis buatnya.

"Saya pegang watak wanita yang sangat misteri. Insya-Allah jika ada rezeki, saya mahu bekerjasama lagi dengan Zizan.

"Tidak kiralah untuk berlakon atau menyanyi bersama," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keretapilaju 19-2-2021 03:09 PM
Lantak kome le..
Quote salmon-suki 19-2-2021 03:13 PM
Okayyyyyyy~nexttttttt~
Quote Joysparta 19-2-2021 09:02 PM
Dah tgk...halfway..boring..
Quote haruslah 19-2-2021 09:03 PM
Belum tgk lg sbb anak2 takut seram
Quote slyfynx 19-2-2021 11:44 PM
Nape aku rase Zizan ni soooo yesterday.
Quote makadek 19-2-2021 11:46 PM
keretapilaju replied at 19-2-2021 03:09 PM
Lantak kome le..

Weh ko ...bbrpa tahun lepas ko ada fb nama sama mcm id ko tak..sbb aku kenal sorang mamat ni id dia mcm ko dp dia pn kucing..
Quote putericahaya999 20-2-2021 12:23 AM
Tahniaaaah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.054491 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top