CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tak Puas Hati, Empat Petugas Lelaki Mandikan Jenazah Wanita

22-2-2021 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2931| Komen: 12

Jakarta: Empat lelaki yang juga petugas bahagian forensik di Hospital Djasemen Saragih, Kota Pematangsiantar, Indonesia disiasat kerana didakwa menghina agama dengan memandikan jenazah seorang wanita pada 20 September tahun lalu.


Portal Kompas melaporkan dua daripadanya bertugas sebagai jururawat.

Jurucakap pihak berkuasa, M Chadafi berkata, mereka tidak ditahan kerana mempunyai tugas khusus untuk menguruskan jenazah dalam tempoh pandemik Covid-19

"Kita khuatir jika tindakan menahan mereka itu nanti menyebabkan urusan di bilik forensik seperti memandikan jenazah dan sebagainya tergendala.

"Lagipun, pandemik masih belum reda lagi ketika ini," katanya.


Kredit foto: AFP


Susulan itu, puluhan anggota Persatuan Perawat Nasional Indonesia (PPNI) hadir bertemu petugas berkenaan bagi menzahirkan tanda solidariti.

PPNI juga menawarkan khidmat guaman kepada petugas terbabit.

"Kami sebagai penegak keadilan PPNI sedia memberi bantuan guaman sehingga semuanya selesai," kata Muhammad Siban iaitu peguam dari Badan Bantuan Hukum PPNI.

Empat petugas terbabit disiasat susulan laporan dibuat oleh suami pesakit itu iaitu Fauzi Munthe.

Fauzi membuat laporan itu kerana tidak bersetuju apabila mengetahui empat petugas lelaki memandikan jenazah isterinya.

Petugas terbabit dianggap melakukan penghinaan terhadap agama kerana memandikan jenazah wanita Islam yang bukan mahram.

Prosedur pengendalian jenazah wanita itu juga dikatakan tidak menepati syariat Islam dalam melaksanakan fardu kifayah.

Sementara itu, jurucakap Polis Pematangsiantar, Edi Sukamto berkata, pihaknya mengambil keterangan pengurus Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan pengarah hospital selain memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan.

"Kami sudah mengambil keterangan dan mendapatkan penjelasan pengurus MUI berhubung tindakan dilakukan petugas terbabit.

"Kes itu dirujuk kepada Badan Kehakiman Negeri Siantar untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ketua Dewan Pengurus Wilayah (DPW PPNI) Sumut, Mahsur Al Hazkiyani berkata, jururawat di Kota Pematangsiantar tetap profesional untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa membezakan agama, jantina mahupun latar belakang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote user.name 22-2-2021 03:12 PM
Quote user.name 22-2-2021 03:12 PM
Quote user.name 22-2-2021 03:13 PM
Quote user.name 22-2-2021 03:13 PM
Quote user.name 22-2-2021 03:18 PM
Quote buapakperut 22-2-2021 03:20 PM
buka thread, nampak perkataan indon
Quote user.name 22-2-2021 03:22 PM
[youtube]5mH62sbK4Cg[/youtube]
Quote LadyCarefree 22-2-2021 03:22 PM
Kat Msia memang xboleh kan kalau islam?
Quote caprut 22-2-2021 03:24 PM
Dekat indon kalau mati nk buat autopsi, urusan kematian tu free ke caj ek
Quote farhani87 22-2-2021 11:21 PM
Mmg patut lah pun suami arwah tu buat aduan. Tak kan takda petugas wanita.
Quote kakakpositifker 23-2-2021 09:02 AM
haih macam2 indon ni
Quote sharlenetexas 23-2-2021 11:07 AM
user.name replied at 22-2-2021 03:12 PM

Cantik bangunan hospitalnya.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.273098 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top