CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masalah Dengan Aidil Zafuan Tak Akan Selesai, Ada Yang Insecure Dengan Janda Hot Macam Rita Rudaini

22-2-2021 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13330| Komen: 84

Aktres, Rita Rudaini menyangkal tuduhan 'gila talak' dan 'terhegeh-hegeh' mahu kembali ke pangkuan bekas suami yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Razak selepas lapan tahun berpisah.


Ini berikutan pertelagahan antara Rita dan Aidil tidak pernah berpenghujung, sejak berpisah. Malah, Rita kembali 'berbunyi' selepas tidak berpuas hati dengan hantaran dimuat naik bekas suami menerusi entri Instagram (IG) mengenai nafkah anak, baru-baru ini.

Sebelum ini, Rita juga dituduh tidak mengizinkan bekas suami bertemu anak-anak. Gara-gara tidak berpuas hati dengan 'serangan' diterima, Rita membongkar semula kisah bekas suami yang didakwa tidur dan menghabiskan masa selama seminggu di rumah Rita, sebelum berkahwin baharu.


Foto: IG


Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan pelakon filem Mami Jarum Junior itu mendapat serangan netizen. Mereka menggelar Rita 'gila meroyan' dan 'gila talak' kerana kembali mengungkit kisah silam, apatah lagi status Aidil yang kini sudah mempunyai keluarga baharu.

Rita berkata, masalahnya dengan Aidil tidak akan selesai selagi dirinya tidak berkahwin kerana ada pihak merasakan tidak selamat dengan 'janda hot' sepertinya.

Katanya, dia langsung tidak mempunyai hati kepada Aidil, malah pintu hatinya juga tertutup untuk menerima cinta lelaki lain. Ini kerana, fokusnya terhadap dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10.



"Saya tak terhegeh-hegeh mahukan kembali Aidil. Ketika sebelah sana terhegeh-hegeh dengan suami saya, tidak pernah pula saya menyerangnya.

"Usahlah takut, umur saya pun sudah 45 tahun. Perasaan nak kembali bercinta sudah lama mati. Nasihat saya, jagalah penampilan supaya suami tidak pandang wanita lain.

"Jauh di sudut hati, saya terfikir apa lagi mereka tak puas hati. Macam-macam tuduh saya, kononnya saya bawa lari Aidil dan sebagainya. Sampai bila mahu berdendam, sedangkan saya tidak kacau hidup orang. Saya seorang diri membesarkan anak tanpa suami, jadi janganlah rasa 'insecure' dengan saya," katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Cinta Gila dan Rahsia Hati itu berkata, dia bersyukur dapat membesarkan anak-anaknya dengan baik, tanpa mengharapkan bekas suami.



"Alhamdulillah, anak besar dalam keadaan elok. Soal saya menghantar anak ke sekolah mahal dan sebagainya, janganlah sibuk kerana ia duit hasil titik peluh saya.

"Hendak diikutkan nafkah RM3,000 diberikan tidaklah besar mana kerana RM1,500 untuk tempat perlindungan, selebihnya keperluan lain.

"Jadi, fikirlah cukup atau tidak nafkah yang diberikan. Jangan persoalkan kehidupan saya dengan anak kerana saya tak pernah minta duit daripada sesiapa. Untuk pengetahuan, duit nafkah adalah apa yang sudah dipersetujui di mahkamah syariah," kata Rita.

Menjelaskan persoalan netizen terhadap tindakannya hanya membenarkan Aidil bertemu dengan anak dengan syarat dirinya ada bersama, Rita berkata, Aidil bersetuju dengan syarat yang sudah dipersetujui di mahkamah syariah.

Ujar Rita, perintah mahkamah dikeluarkan ketika anaknya masih kecil. Justeru, dia perlu bersama anak kerana mereka belum pandai menguruskan diri, apatah lagi, tidak pernah keluar dengan orang tidak dikenali. Namun, kenyataan itu menyebabkannya dicerca.



"Anak masih kecil, takkan hendak keluar tanpa saya? Aidil pun sudah setuju depan hakim, syarat ini bukan saya yang tuntut. Lagipun, anak masih kecil, jadi mereka tidak dibenarkan bermalam.

"Saya beritahu apabila anak sudah selesa bolehlah Aidil bawa mereka balik. Saya perlu merapatkan anak dengan Aidil terlebih dahulu. Apabila sudah okay, mereka sendiri akan ikut Aidil tanpa paksaan," katanya.

Namun, sedihnya, kata Rita, hingga Rayyan berusia 12 tahun, hubungan antara anak dan bapa tidak berjaya dipupuk. Selepas berkahwin baru, bekas suami jarang bertanya khabar anak.



"Hanya sesekali Aidil menghantar mesej, tetapi kerap kali menggunakan nombor berbeza. Ada masanya, saya tidak menjawab kerana bimbang orang tidak dikenali.

"Sekarang anak sudah besar, jadi saya tak boleh paksa mereka pergi ke rumah Aidil. Setahun sekali Aidil hanya bertanya khabar, jadi tentulah anak kekok dengannya," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 22-2-2021 01:04 PM
janda hot ke gila?
Quote Kurex 22-2-2021 01:05 PM
Menguap besar.....
Quote cmf_roll_vT 22-2-2021 01:10 PM
'Saya tak terhegeh-hegeh mahukan kembali Aidil. Ketika sebelah sana terhegeh-hegeh dengan suami saya, tidak pernah pula saya menyerangnya'

weiiiiiiiiiii...bila nak sedar dia ni sebab mulot dia kena cerai....aduhhh masih salah kan org...masih anggap penceraian sebab org ketiga..........gileeeeeeeeeeeeeeeee
Quote red_velvet 22-2-2021 01:23 PM
Jagalah penampilan supaya suami tak cari lain...

Ko yg perasan hot n lawa n pun laki surrender n cari lain dek non... tak habis2 dengan klausa ayat "saya seorang diri membesarkan anak2" .. sudah2la..semua org da tau. Takyah mengungkit tak sudah2.... Muak dah orang baca...baik2 kesian jadi menyampah
Quote epuepy 22-2-2021 01:29 PM
Rita. Hang cantik. Tp kurangkan la royanan tu. Lagi nmpk classy kalo hang x bnyk merempan kt medsoc.
Quote kakakpositifker 22-2-2021 01:34 PM
kenapa hati akak rasa dia tak salah. sumpah
Quote 234126 22-2-2021 01:35 PM
Patut la aidil awal2 dah lari. Kalau stay lama memang mental melayan
Quote Mulotkoyak 22-2-2021 01:39 PM
Hot temper kot... Asyik feeling insecure... Dia ni mmg mental dowhhh lepas cerai... Mmg xleh move on smp skg. Elly mazlien,  erra,  siapa lagi... Sume move on setahun dua.. Die???  Seriuos arrr pompuan mulot cengginj.. Bhy btol
Quote lattehazelnut 22-2-2021 01:41 PM
kakakpositifker: kenapa hati akak rasa dia tak salah. sumpah

Bukan dia sorg je janda.. kalau xpuas hati ke apa pasal nafkah ke lawatan ke, naik mahkamah je la..
Dia salah ke apa that doesn’t matter sbb perangai dia mcm budak remaja clash bercinta.. org xjd kesian tp meluat..
Quote ira_229 22-2-2021 01:48 PM
yg selalu nampak dialah yg meroyan mcm tak cukup tanah... sebelah selatan pon jarang serang balas...dahlah kesian anak2 kau nanti takut perempuan nak dekat sebab fobia dapat mertua kaki meroyan mcm radio buruk asyik ulang benda yg sama..
Quote cruz2 22-2-2021 01:52 PM
Dari artikel tu dptla disimpulkan yg janda hot ni marahkan si bini baru a.k.a zarema,bukannya aidil.dari dulu lg mmg janda hot ni sakit hati bebenor dgn zareema.move on la mokcik weyhhhh
Quote jiwakacau06 22-2-2021 01:54 PM
kalau dulu. ada bukti other half...knpa skrg xbrni nk up org sana insecure...sbb ko sndri yg dk kenang2
Quote kosukeconan 22-2-2021 01:59 PM
kan, dia mmg cantik, tp tahap royanan sheols mmg crazily high
Quote Alvida 22-2-2021 02:26 PM
red_velvet replied at 22-2-2021 01:23 PM
Jagalah penampilan supaya suami tak cari lain...

Ko yg perasan hot n lawa n pun laki surrender n ...

haruslah hot berbanding kau mcm makcik kantin
Quote gujiwa 22-2-2021 02:27 PM
dia ni mmg sesuai sgt watak mami jarum dulu tu hahahahaah
Quote manehnya 22-2-2021 02:52 PM
hot tang mana, mulot capuiiiii yakmat

nak menopos dah, kendoq merata dah aih, dok la tayang leheaqq kendoq dia tu
Quote aderaderker 22-2-2021 03:12 PM
Dia mmg hot pun.

Cuma kena jaga mulut dan jari tu.
Dah2 la...
Quote sugarlovebutter 22-2-2021 03:19 PM
Penat pulak bc ceghita depa dgn edel xsdh2...da bole buat telenovela da
Quote PEPPERMAN 22-2-2021 03:40 PM
Perangai sebijik mahathir

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046222 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top