CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Roland Beri Keterangan Di IPD Sepang Gara-gara Komen Risiko Vaksin COVID-19

19-2-2021 03:10 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5709| Komen: 27|Original author: Oleh: natrahn


Gara-gara berkongsi video pandangannya mengenai vaksin Covid-19 di Facebook, seorang doktor di klinik kecantikan, Dr Roland Victor didakwa mencetuskan kebimbangan awam sehingga ada laporan polis dibuat terhadapnya.


Loading FB Post...

Menerusi video berdurasi 56 minit yang dikongsi dalam Facebook itu, beliau hanya menjelaskan risiko dihadapi pengguna dan bukannya untuk menakutkan-nakutkan rakyat. 


Beliau memberi pandangan mengenai pengambilan serta keberkesanan vaksin itu serta menyatakan kesan dan alahan kepada individu yang bakal menyuntik vaksin tersebut yang akan diterima mulai bulan hadapan.


Loading FB Post...

Dr Roland tampil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kenyataannya tersebut seperti yang dilaporkan Harian Metro. Dr Roland memberi keterangan kira-kira 2 jam 30 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang. 


Kredit foto: BH Online

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.

Setakat ini, menurut Dr Roland, pihak polis tidak memaklumkan sama ada dia akan dipanggil semula untuk memberi keterangan atau sebaliknya, namun, dia bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil sekali lagi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote natrahn 19-2-2021 03:10 PM



Gara-gara berkongsi video pandangannya mengenai vaksin Covid-19 di Facebook, seorang doktor di klinik kecantikan, Dr Roland Victor didakwa mencetuskan kebimbangan awam sehingga ada laporan polis dibuat terhadapnya.




[fbp]https://www.facebook.com/theklskyclinic/videos/747026145950701/[/fbp]



Menerusi video berdurasi 56 minit yang dikongsi dalam Facebook itu, beliau hanya menjelaskan risiko dihadapi pengguna dan bukannya untuk menakutkan-nakutkan rakyat.


Beliau memberi pandangan mengenai pengambilan serta keberkesanan vaksin itu serta menyatakan kesan dan alahan kepada individu yang bakal menyuntik vaksin tersebut yang akan diterima mulai bulan hadapan.




[fbp]https://www.facebook.com/theklskyclinic/videos/466126897731823/[/fbp]



Dr Roland tampil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kenyataannya tersebut seperti yang dilaporkan Harian Metro. Dr Roland memberi keterangan kira-kira 2 jam 30 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.




Kredit foto: BH Online



Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.


Setakat ini, menurut Dr Roland, pihak polis tidak memaklumkan sama ada dia akan dipanggil semula untuk memberi keterangan atau sebaliknya, namun, dia bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil sekali lagi. - CARI
Quote Buritan 19-2-2021 03:51 PM
Mana satu laa nak ikut ni.. aku nak dengo ckp org asli jah laaa.. makin aku ikut makin tak phm.. aku dah boikot dengo ckp org politik.. ini dah doc pulak yg ckp..
Quote Samerosie 19-2-2021 04:41 PM
Doctor ni walaupun buka "Klinik Kecantikan" but he is a real doctor.  Dulu dia GP kat panel klinik office I.  Memang sangat baik cakap pun lemah lembut siap terangkan from A-Z tentang diagnosis tu.
Quote KIM.K 19-2-2021 05:23 PM
Sabar jelah Dr. Ramai je saintis kena 'tanam' oleh mata satu
Amboi seksanya lawyer dia
Quote KIM.K 19-2-2021 05:32 PM
Samerosie replied at 19-2-2021 04:41 PM
Doctor ni walaupun buka "Klinik Kecantikan" but he is a real doctor.  Dulu dia GP kat panel klinik o ...

Dr ni ada master ke? biasa GP taktau pasal molecular/cellular
Quote Samerosie 19-2-2021 05:42 PM
KIM.K replied at 19-2-2021 05:32 PM
Dr ni ada master ke? biasa GP taktau pasal molecular/cellular

Ni bio dia:

https://www.skyclinic.com.my/dr-roland-victor/
Quote GigaMom 19-2-2021 05:49 PM
Ai ada tgok vid dia ni
Memang meyakinkan
Kemudian ai tgok vid Dr Malar
Simple
Kesan ambil vaksin
Insomnia?- ada ubat. X berjangkit
Sakit dibahagian dicucuk? Ada ubat- x berjangkit
Bells palsy? Buat fisio- x berjangkit
Kena covid sebab x vaksin?  Rantaian jangkitan

Apapun ai nk tgu dulu hasil2 dr org2 yg dh vaksin.
Quote Buritan 19-2-2021 08:30 PM
KIM.K: Sabar jelah Dr. Ramai je saintis kena 'tanam' oleh mata satuAmboi seksanya lawyer dia



Aku pun suke dengo dia ckp.and aku ni teerpikat lelaki soft spoken.. i like
Quote Normabaru 20-2-2021 12:07 AM
Bila undang2 dipakai utk kepentingan individu tertentu..

Walhal ayah pin pon pun lama gila buat kacau xde plak kena panggil

Bila komunis tampal gambar puluhan tahun chill ja

Mai psl vaksin, terus jadi ancaman..

Hmm skrg ni y pro vaksin pon tolak vaksin.. Ingt dorg xkaji lgsg?
Quote Itzy 20-2-2021 09:51 AM
Ni la kerja puak pembabgkang nak huru harakan malaysia. Bagi rakyat takut itu ini.
Quote R2D2 20-2-2021 11:08 AM
Saya bukan antivaksin - Dr Ronald Victor
M Fakhrull Halim
Diterbitkan 19 Feb 2021, 5:27 pm

Pengasas The KL Sky Clinic Dr AV Roland Victor yang memberi keterangan kepada polis semalam berhubung video yang antara lain menyentuh berkenaan kesan sampingan vaksin Covid-19, menegaskan bahawa dia bukanlah seorang antivaksin.

“Saya bukan antivaksin. Saya provaksin,” tegasnya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

“Apa yang saya titik beratkan pada vaksin itu (adalah) ketelusan pada kesan sampingan itu kena ketara. Maksudnya kena terbuka, tak boleh berselindung,” katanya.

Semalam, Dr Roland memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang berhubung kandungan video berdurasi 56 minit yang dimuat naik menerusi laman Facebook kliniknya pada 7 Feb.

Katanya, selain penerangan mengenai vaksin, termasuklah fungsi, keberkesanan dan kesan sampingan vaksin, video itu turut mengupas isu-isu lain mengenai kesusahan rakyat ketika musim Covid-19.

Antara perkara yang dibangkitkan Dr Ronald adalah nisbah kemungkinan mendapat kesan sampingan selepas mengambil vaksin jenama tertentu, termasuklah gejala muka senget.

Berdasarkan laporan media semalam, polis memaklumkan hanya satu laporan polis diterima berhubung kandungan video itu dan kes disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Video Dr Ronald itu menerima reaksi yang pelbagai.

Ada yang tidak bersetuju dengan Dr Ronald, tetapi ada juga yang menyambutnya baik, termasuk golongan menolak vaksin yang meninggalkan komen sokongan di media sosial dan laman video.

Ekoran video tersebut, beberapa doktor tampil di media sosial mengkritik Dr Ronald berhubung nisbah kebarangkalian kesan sampingan tertentu yang disebutkannya di dalam video berkenaan, dan menyifatkannya membuat tafsiran yang tidak tepat terhadap perkara tersebut.

Bagaimanapun, Dr Ronald berpandangan bahawa tidak ada salah pemahaman yang disampaikan di dalam videonya.

“Saya juga salah seorang pakar dalam bab ini. Walaupun saya bertugas di swasta, saya ada kepakaran dalam pengurusan penjagaan kesihatan,” katanya yang mempunyai kelulusan sarjana dalam bidang berkenaan.

Vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada Ahad, sementara pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan mulakan dilancarkan secara berfasa pada 26

Baca lanjut: Panduankini: Seberapa selamat vaksin Pfizer dan bagaimana ia dibangun begitu cepat?

Untuk rekod, Malaysia turut membuat perolehan vaksin daripada AstraZeneca dan sedang memuktamadkan perjanjian dengan pengeluar vaksin seperti Sinovac, CanSino Biologics dan Gamaleya Centre.

Maklumat mengenai kesan sampingan vaksin Pfizer sudah ada diterangkan di laman web KKM dan NPRA, dan risalah maklumat ubat untuk pengguna (Rimup) pula boleh dimuat turun di laman web NPRA.
Quote Buritan 20-2-2021 11:45 AM
KIM.K replied at 20-2-2021 11:27 AM
Erm psikiatrist aku gitew la..tok sami hindu..meletup ovari weh

Kannn.. bila dia berckp leh jatoh cinta
Quote future3006 20-2-2021 07:54 PM
Dia cakap dia lebih rela dijangkiti Covid daripada mendapat RARE (1 in 10,000) AND TEMPORARY side effect of the vaccine that is facial paralysis.

I disagree.

Sebagai orang yang kematian ahli keluarga dan kawan sebab Covid, I can't disagree more.
Mungkin KKM boleh panggil Dr Victor berkhidmat di lapangan. Let him see how our medical teams are struggling, how people are legitly dying because of this virus. Virus ni bukan macam dengue yang vector dia nyamuk kita boleh bunuh. Covid ni vector dia manusia. Bukan macam HIV yang kena ada intimate contact untuk tersebar. Virus ni tersebar melalui cecair mukus dan sentuhan je. Seriously the only way kita boleh control hanyalah dengan vaksin. Kalau betul vaksin ni boleh buat kita kebal kepada virus ni dan kita boleh hidup macam biasa balik, by all means please let me have it. I don't mind the probability terkena temporary side effects as long as I can protect my family and friends yang susceptible daripada terkena Covid. Takkanla kita nak korbankan orang-orang yang tak mampu lawan Covid ni demi natural global herd immunity? Berapa juta orang lagi kena mati?

[twitter]https://twitter.com/azmanrocks/status/1362256495866384389?s=20[/twitter]
Quote Tinot7 20-2-2021 09:07 PM
future3006 replied at 20-2-2021 07:54 PM
Dia cakap dia lebih rela dijangkiti Covid daripada mendapat RARE (1 in 10,000) AND TEMPORARY side ef ...

Takziah kpd hang sekeluarga
Quote sayawifenikmie 20-2-2021 09:57 PM

..... dr ni kurang pengalaman ....   
Quote kiah_mai_pulak 20-2-2021 10:22 PM
Dr pun lapar perhatian jaman now
Quote sayawifenikmie 20-2-2021 11:39 PM
KIM.K replied at 19-2-2021 05:32 PM
Dr ni ada master ke? biasa GP taktau pasal molecular/cellular


.. Masters in Business Management. Specializing in public health in 2013

he is not pakar ... kan ? MO biasa jerk


mana mana  ubat  pun aklau kita baca kesan sampingan memang menakutkan ...
Quote sayawifenikmie 20-2-2021 11:48 PM

.... udah macam kait kait dengan politik pulak dr ni ...

Quote LadyCarefree 20-2-2021 11:53 PM
Dia ni jenis batak nk femes. Bad publicity is publicity gak kan.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.085182 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top