CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Demi Noraniza Idris, Bunga Tak Berani Hasilkan Lirik Mengarut

19-2-2021 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4630| Komen: 18

Description: Bukan mudah mengharungi cabaran sebagai anak seni, apatah lagi, tampil berbeza daripada penyanyi biasa.
Bukan mudah mengharungi cabaran sebagai anak seni, apatah lagi, tampil berbeza daripada penyanyi biasa.

Penyanyi rap, Bunga berkata, itulah dijadikan cabaran untuk inspirasi dan diabadikan dalam single terbaharu berjudul Intan Payung.


"Ada yang memandang rendah disebabkan usia pembabitan saya dalam dunia seni baru setahun jagung. Lebih teruk, ada yang mempertikaikan tindak tanduk dan tidak kurang juga memberikan kecaman.

"Jadi, single Intan Payung ini diilhamkan daripada perjalanan hidup saya dan orang sekeliling. Saya berpegang kepada kata-kata, kejayaan terbaik selalunya bermula dengan kegagalan.

"Semua orang kena berjuang dalam perjalanan ke puncak kejayaan. Usaha gagal, tersadung, terhalang atau membuat perubahan arah yang radikal adalah kunci kepada kejayaan.

"Dengan single Intan Payung ini, saya cuba mengatakan jangan putus asa apabila hidup tidak berjalan lancar. Belajarlah daripada kegagalan, teruskan perjalanan dan jangan berputus asa. Walaupun mendaki perlahan, asalkan selamat sampai ke puncak. Tetapi, apabila sudah capai kejayaan, jangan lupa diri dan asal usul," katanya kepada BH Online.



Foto: via berita Harian

Ekoran itulah, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini memilih Ratu Pop Etnik Malaysia, Noraniza Idris atau Kak Ani untuk berkolaborasi dengannya.

"Apa yang disampaikan oleh Kak Ani dalam single Intan Payung seolah-olah seperti ibu menasihati anaknya iaitu saya yang sedang belajar," katanya yang ditemubual menerusi sidang media secara maya, petang semalam.

Single Intan Payung ciptaan Bunga bersama penerbit, pencipta dan penyanyi rap, Luca Sickta.

Tidak hanya meluahkan keterujaan diberi peluang bekerjasama dengan penyanyi Dikir Puteri itu, Bunga berkata, dia risau sekiranya liriknya tidak mencapai standard yang memuaskan.

"Saya bertuah diberi peluang berkolaborasi dengan Kak Ani. Tetapi, dalam masa yang sama, saya gementar sebab saya masih baru dan banyak perkara yang perlu dipelajari.

"Sebelum ini, saya pernah beritahu saya mahu mantapkan diri sebagai penyanyi sebelum bekerjasama dengan penyanyi berpengalaman seperti Kak Ani. Tetapi, ia berlaku dengan sangat pantas. Jadi, saya sifatkan ini sebagai rezeki dan peluang baik untuk saya.

"Saya juga risau apabila menyiapkan lirik single ini kerana mahu menyanyikan dengan Kak Ani. Saya tak bolehlah menghasilkan lirik yang mengarut. Jadi, proses menghasilkan lirik memang lama, iaitu sejak awal tahun lalu lagi.

"Kalau mahu diikutkan karya ini sepatutnya menjadi single kedua, tetapi saya hanya dapat dikeluarkan tahun ini," katanya.


Foto: via Berita Harian

Dalam pada itu, Bunga juga menyatakan karya tulisan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Ketipang Payung menerusi filem Nujum Pak Belalang juga antara inspirasi menghasilkan lirik single itu.

Bunga mula mencipta nama pada 2019 selepas tular mengenakan baju kurung dan berhijab sambil melontarkan bait-bait rap ketika muncul dalam program anjuran Joe Flizzow, 16 Baris.

Terdahulu, Bunga pernah tampil dengan single Bunga, Apedehal serta seterusnya, 300 Saat, duet bersama Amzar Sabri. -CARI

Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lovelytouch 19-2-2021 04:24 PM
Sebuah lagi lagu hiphop tradisional pekebende...
Quote eLiaD 19-2-2021 05:06 PM
pas ni dh bley tuka nme vunga taik ayam..RiP
Quote JalaEmas 19-2-2021 05:09 PM
ouh ni ler vunga yg keluar artikel kt metro yg katenye ade member2 ckp muka die iras angelina colik.. .. tatau rabun level ape tu member beliyau...
Quote Perawankota 19-2-2021 10:32 PM
Bunga ni suara basicnya alahai
Quote sleepandream 19-2-2021 11:39 PM
bertuahnye bunga dapat berkolaborasi dengan penyanyi no . 4 negara
Quote secawankopi 20-2-2021 12:09 AM
Sedap  lagu ni catchy
Quote likecandy 20-2-2021 12:16 AM
Whoryuss bunga ni
Quote Boomibulat 20-2-2021 10:00 AM
Semoga Cepat berguguran jatuh ke bumi..
Quote EncikRhoma 20-2-2021 10:56 AM
nanti mesti ada orang compare dgn lagu 7 nasihyat
Quote NekNgah 20-2-2021 11:32 AM
Alaaa... korang ni.  Ok aje suara Bunga ni, nyanyi & rap elok aje bunyinya.  Bait-bait rap dia pun berisi.
[youtube]dhGyVlUIv_I[/youtube]
[youtube]kI0xGaEJ7vE[/youtube]

Quote NekNgah 20-2-2021 11:39 AM
Bunga ni boleh pergi jauh, lirk-lirik yang Bunga tulis ada makna & tak berulang-ulang.
[youtube]TZ_mdPNXHvI[/youtube]
Quote refleCtion 20-2-2021 12:09 PM
Perawankota replied at 19-2-2021 10:32 PM
Bunga ni suara basicnya alahai

Penyanyi hiphop gitu la sis...bercakap je, haruslah basic x perlu dinamik pelbagai. Sama jgk hip hop yg lain semua basic je dorg
Quote Ahgerbitch 20-2-2021 06:43 PM
Wow wow wow...nama nak bunga...motif..nk sama dgn BCL ke apa hahaha
Quote LadyCarefree 21-2-2021 08:30 PM
Wow. Siapa ni? Sebijik mcam angelina jolie.

Hehe
Quote eyansss 21-2-2021 08:49 PM
nape aku rasa dia macam tak nyanyi rap eh...
Quote dudaberhias 21-2-2021 10:43 PM
NekNgah replied at 20-2-2021 11:39 AM
Bunga ni boleh pergi jauh, lirk-lirik yang Bunga tulis ada makna & tak berulang-ulang.

Sedap jugak lagu dia, cuma tu la tak kenal langsung iols sheols ni sape....
Quote orglama 21-2-2021 11:04 PM
sleepandream replied at 19-2-2021 11:39 PM
bertuahnye bunga dapat berkolaborasi dengan penyanyi no . 4 negara

Sapa no. 2 & 3?
Quote pencintaABC 22-2-2021 04:52 AM
sleepandream replied at 19-2-2021 11:39 PM
bertuahnye bunga dapat berkolaborasi dengan penyanyi no . 4 negara

Siapa no 2 dan 3 kekdahnya? Shilalat? Kakmitchdonat? Nekjena? Nourul Wahab Depp?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.060779 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top