CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Berpadalah Kritik Guru Bidang Terjun TV, Mereka Bukan Pengacara" -PU Rahmat

19-2-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3773| Komen: 8

Penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ihsan barharap semua pihak berpada-pada dalam melontarkan kritikan terhadap para guru terutamanya buat mereka yang mengajar di saluran Didik TV.



Kredit foto: IG PU Rahmat

Jelas Rahmat, para guru yang terlibat seharusnya diberi lebih ruang dan waktu bagi menyesuaikan diri kerana untuk petah bercakap di hadapan kamera bukanlah sesuatu yang mudah.

Bahkah, sewaktu dirinya menyertai program Pencetus Ummah musim pertama pada tahun 2013, dia harus menjalani latihan intensif selama empat bulan bersama pakar-pakar di dalam industri penerbitan.

“Saya dan rakan-rakan dilatih selama empat bulan secara intensif oleh tenaga pakar penerbitan semasa didalam rancanngan PU, barulah tidak kekok berada didepan kamera.

“Berpadalah dalam mengkritik guru TV, Degree mereka Pendidik bukan Pengacara. Beri masa dan galakan,” katanya lagi.




Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Rahmat menerusi ruangan Twitter yang dimuat naik pada Khamis.

Bagaimanapun, Rahmat mendedahkan tidak salah sebenarnya untuk kita melontarkan pandangan, tetapi janganlah sehingga tahap menyebarkan kebencian terhadap orang lain.

“Jangan kecam guru-guru yang bidang terjun mengajar didepan kamera secara tiba-tiba. Kita boleh beri komentar cuma elakkn kebenciaan dan merendahkan moral guru.

“Kepada guru semua, ambil komentar negatif sebagai kata-kata semangat,” akhirinya.


Kredit foto: Twitter

Dalam pada itu, Rahmat turut berpesan kepada para guru agar dapat menjadikan segala kritikan tersebut sebagai pemangkin semangat untuk terus menyumbang bakti buat anak bangsa terutamanya di waktu sukar ini.


Sumber: Media Hiburan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote user.name 19-2-2021 11:59 AM
so? kau pon nak mintak jadi guru didiktv jugak untuk subjek pendidikan islam gitu?
Quote user.name 19-2-2021 12:02 PM
4 bulan dilatih secara intensif pon tetap hauk jugak apooo? berapa kerat jah rakan PUih kau yang ok? banyak kelaut jah dengan kes skandal bagai
Quote user.name 19-2-2021 12:06 PM
dok bising pasal degree orang ko punya degree pulak apa? nan hado kan? orang lain sampai 4 tahun bersusah payah nak earn satu degree yang kau dah menyalak takat 4 bulan jah latihan intestis dah layak nak ceramah orang itu ini?
Quote akuHavocczz 19-2-2021 12:13 PM
Capub selagi boleh
Quote kucingitam 19-2-2021 12:48 PM
betullah yg dia ckp tu.. cakap dpn audience dgn dpn kamera tu berbeza keadaannya. dpn audience, walaupun nerveous org dgn , tapi ada emosi yang kau boleh tengok. bila depan camera, kau umpama cakap sorang2.. eh susahlah nak explain..
Quote billionman78 19-2-2021 01:35 PM
yg kecam guru tu aku cabar korang jadi emcee atau pengacara majlis. takyah jauh2 jadi emcee untuk majlis company aje. tengok goyang tak goyang.

bm ke laut, bi apatah lagi.
Quote ufc214 19-2-2021 02:26 PM
Entah2 yg kecam tu guru jugak sbb tak dipilih masuk tv..pastu kutuk geng dia....ke mcm mana
Quote Joysparta 19-2-2021 11:36 PM
Beginilah duduk di bumi mlaysia ni..byk yg tak puas hati nya...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.246664 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top