Penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ihsan barharap semua pihak berpada-pada dalam melontarkan kritikan terhadap para guru terutamanya buat mereka yang mengajar di saluran Didik TV.
Kredit foto: IG PU Rahmat
Jelas Rahmat, para guru yang terlibat seharusnya diberi lebih ruang dan waktu bagi menyesuaikan diri kerana untuk petah bercakap di hadapan kamera bukanlah sesuatu yang mudah.
Bahkah, sewaktu dirinya menyertai program Pencetus Ummah musim pertama pada tahun 2013, dia harus menjalani latihan intensif selama empat bulan bersama pakar-pakar di dalam industri penerbitan.
“Saya dan rakan-rakan dilatih selama empat bulan secara intensif oleh tenaga pakar penerbitan semasa didalam rancanngan PU, barulah tidak kekok berada didepan kamera.
“Berpadalah dalam mengkritik guru TV, Degree mereka Pendidik bukan Pengacara. Beri masa dan galakan,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Rahmat menerusi ruangan Twitter yang dimuat naik pada Khamis.
Bagaimanapun, Rahmat mendedahkan tidak salah sebenarnya untuk kita melontarkan pandangan, tetapi janganlah sehingga tahap menyebarkan kebencian terhadap orang lain.
“Jangan kecam guru-guru yang bidang terjun mengajar didepan kamera secara tiba-tiba. Kita boleh beri komentar cuma elakkn kebenciaan dan merendahkan moral guru.
“Kepada guru semua, ambil komentar negatif sebagai kata-kata semangat,” akhirinya.
Kredit foto: Twitter
Dalam pada itu, Rahmat turut berpesan kepada para guru agar dapat menjadikan segala kritikan tersebut sebagai pemangkin semangat untuk terus menyumbang bakti buat anak bangsa terutamanya di waktu sukar ini.
Sumber: Media Hiburan |