CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bila DidikTV Dah Ada, Berebut Ya Artis Caras Job Cikgu

19-2-2021 02:55 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16198| Komen: 133|Original author: Oleh: Cari-Azza




Baru dua hari bersiaran di televisyen, pelbagai kecaman dilontarkan kepada saluran Didik TV. Antaranya ialah guru-guru yang ditampilkan tidak fasih berbahasa Inggeris, nampak gugup dan tidak menarik perhatian.

Isu berlarutan hingga segelintir artis yang tidak segan silu menawarkan khidmat mereka untuk menjadi perantara di media elektronik ini. Kenapa perlu ambil alih tugasan guru? Sebab dah tak laku ke?



Foto :Twitter

Bagi segelintir netizen, sememangnya tugas guru adalah mengajar, jadi biarlah mereka yang berada di barisan hadapan demi memajukan anak bangsa, mengapa perlu ada artis yang jadi orang tengah?


"Masa cikgu struggle buat content sendiri letak kat youtube, kenapa takda yang bersuara? dah ada platform tv pendidikan tetiba uols muncul nak caras job..tak malu."


Foto : Berita Harian

Namun bagi artis seperti Adibah Noor dan Imran Ajmain, ini adalah platform terbaik buat anak seni menyumbang sesuatu yang berguna terhadap generasi baru.


Foto : Twitter

Foto : Harian Metro

Tetapi, dengar ceritanya, cikgu yang ditampilkan di kaca televisyen tidak dibayar pun, jadi mengapa artis berebut-rebut nak jadi 'cikgu'?




Bermacam pendapat yang disuarakan oleh netizen. Namun, pastinya Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani persoalan ini. Semuanya demi memandaikan generasi pelapis ini. Apa pula kata anda? Cikgu atau artis? - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keretapilaju 19-2-2021 03:09 PM
Lantak kome le..
Quote salmon-suki 19-2-2021 03:10 PM
Haihhh laaa..mcm2 laa..{:nose
Quote missyL 19-2-2021 03:12 PM
Rezeki Masing2 kan..
Xpyh la bitter sgt pn memasing..
Zaman covid ni ramai org ssh..
Yg sng menteri je...
Quote miss_perfect 19-2-2021 03:15 PM
Siapa retis2 yg merentan nak jadi cikgu didiktv? Aku nampak orang suggest je, tapi diri sendiri yg offer tak perasan pulak
Quote fadz84 19-2-2021 03:48 PM
Kalau kak dibah mmg layak pun.. dia pun graduate TESL & ada pengalaman jd cikgu bahasa inggeris.
Quote mdmy 19-2-2021 03:59 PM
I ok jer , cikgu2 ni pun bukan nak sangat masuk tv, tambah pulak kena kecam satu malaysia. Reputasi  dan kebolehpercayaan merudum dlm 30 minit.
Course content biar Kementerian sediakan. Retis lakonkan, buat simulation etc. Ambik retis2 yg ada degree
Quote Suchi 19-2-2021 04:04 PM
mdmy replied at 19-2-2021 03:59 PM
I ok jer , cikgu2 ni pun bukan nak sangat masuk tv, tambah pulak kena kecam satu malaysia. Reputasi  ...

Guna je cikgu2 yg dah sedia pemes kat kat socmed ni
Cth cikgu2 yg pemes kat youtube ke tiktok ke, dorang ada tarikan org nak tengok.
Quote kucingitam 19-2-2021 04:16 PM
ala..sebelum ni kat tutor  tv astro tu pun ada juga yang mengajar..takde sapa pedulik pun...

baru sedar dari lena panjang ke apa semua org?
Quote September14 19-2-2021 04:18 PM
Bagi cikgu kimseri
Quote MadameOnion 19-2-2021 04:36 PM
pada aku yg layak tu yg ada ijazah dlm bidang pendidikan je...yg lain2 aku pun takmau...bukan cikgu pun...pegi jadi RETIS jgn menyebok nak jadi cikgu pulak
Quote likecandy 19-2-2021 04:58 PM
Hmm
Mungkin ada cikgu yg nervous berdiri depan tv
Retis kalau memang ada kelayakan yg betol boleh dah kot
Tapi kalau dah caras job cikgu x payah lah
Quote Levespa 19-2-2021 05:06 PM
Edited by Levespa at 19-2-2021 09:09 AM

Memang la kalau boleh nak buat mcm ala2 oh my English utk setiap subjek.. Tapi mana sempat.. Kos pun mahal.. So ni je la cara yg mudah..
Quote nolya 19-2-2021 05:58 PM
Hanya kerana Adibah Noor menyampaikan  cakap2 hasratnya nak jadi cikgu BI di tv didik, kenapa  menggelupur  sangat para netizen, seolah2 pintu rezeki  cikgu2  bagaikan digempur dn dicaras.  Tak tampi di depan tv pun, cikgu2 tu kan memang dah ade gajinya,  so  di mane nak difitnahkan rezeki cikgu dicaras?  Berapa ramailah artis2 pun yg boleh  menggempur pintu rezeki cikgu-cikgu ni shnga menjadi begitu bimbang.  

Adibah Noor  kalau dia nak jadi guru BI pun  kerana dia ada kelayakan.  Pengalaman dia pernah menjadi guru BI dulu, walaupun skr  Adibah berkarir sbg artis,  tak bererti Adibah hilang  kaliber dia untuk mengajar bahasa Inggeris. Netizen tak perlulah  terlalu gusar,  bimbang dan bertanya  soalan2  yg  tidak bijak kerana setiap orang itu ada  jalur rezeki masing2.  Cuma dlm keadaan covid  yg telah merampas  penghasilan  mereka yg tidak bergaji bulan, tak ade salahnya jika Adibah  melamar kpd Kementerian untuk menjadi guru BI di tv didik.  Terpulangah  kpd kementerian nak terima atau tidak.  So netizen,  tak perlulah jadi jurucakap guru  untuk  meluahkan kebimbangan kalau peranan mereka dan gaji mereka di caras. Jika betul Adibah petualangnya  kpd guru2 BI, bukankan ada NUTP  yg boleh  bertindak  menghalangnya.

Entah2, kalau Adibah jadi cikgu BInya, bukan murid2 je yg tercongok di depan tv, malah ramai  pula orang lain yg  akan mengambil kesempatannya  ikut belajar sama.  

Quote nolya 19-2-2021 06:13 PM
Saya petik ayat soalan TT  "Apa pula kata anda? Cikgu atau artis?"
Soalan saya pula ialah, "Yangg mana lebih layak, menteri atau model?"
Quote haruslah 19-2-2021 06:13 PM
Dlm malaysia, ade bbrp job yg xleh disentuh (tegur). Nanti merempan....
Quote belacan_gurl 19-2-2021 06:29 PM
nolya replied at 19-2-2021 05:58 PM
Hanya kerana Adibah Noor menyampaikan  cakap2 hasratnya nak jadi cikgu BI di tv didik, kenapa  mengg ...

Yes...termasuk aku akan amik kesempatan...ilmu ni
Quote fadz84 19-2-2021 06:34 PM
Antara artis yg ada Degree Pendidikan.
1. Adibah Noor
2. Najwa Latif
3. Sissy Iman
4. Heliza Helmi
5. Syed Shamim
6. Ana Rafalli
7. Tasha Manshahar
8. Datuk Seri Vida (pernah jd guru selama 12 tahun)
Quote nolya 19-2-2021 06:39 PM
belacan_gurl replied at 19-2-2021 06:29 PM
Yes...termasuk aku akan amik kesempatan...ilmu ni

I juga supaya I dpt polish my English.  I am sure many will follow n take the opportunity to learn English since English has come to their home. Sesape yg tak mau, just because the teacher is AN, akan rugi kalau lebih pentingkan sape gurunya drp ilmunya.
Quote Nenasketum 19-2-2021 06:53 PM
Aku dah cakap dah, retis zaman sekarang tamak namatey. Meniaga makanan pun dia, berlakon/nyanyi pun dia, ni nak sambar jadik cikgu pulak, pastu nanti mintak gomen bayor harga demanding depa.
The beauty of it all, kaut lah sebanyak mana pun duit, masih tak cukup2 sebab MUNGKIN keberkatan tu kurang.

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.056029 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top