CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ia Menyakitkan, Ameera Khan Akui Terkesan Bila Dibandingkan Dengan Neelofa

17-2-2021 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9400| Komen: 29

Ameera Khan mengakui ada ketikanya dia terganggu dengan sesetengah komen negatif yang diberikan warga maya terhadapnya di media sosial.

Adik kepada kepada usahawan dan hos terkenal, Neelofa ini juga bagaimanapun mendedahkan, dia bijak di dalam menyembunyikan perasaan terhadap perkara tersebut.



Kredit foto: IG LMK/Neelofa

“Bohong kalau saya beritahu ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya langsung kerana ia ada ketikanya menyakitkan.

“Cuma saya rasa, saya agak baik di dalam menyembunyikan apa yang saya rasakan ketika membaca komen mengenai apa yang mereka perkatakan tentang saya.

“Terutamanya apabila mereka bandingkan saya dengan kakak. Sejujurnya ia menyakitkan, tetapi saya memahami kerana saya di sini kerana mereka,” katanya.



Ameera terdahulu berkongsikan mengenai perkara itu ketika melancarkan palet wajah pertama Young & Glow, The Darling Palette secara virtual, pada Selasa.

Bintang media sosial ini juga turut mendedahkan, apa yang dikongsikan di media sosial sebenarnya bukanlah merujuk kepada gaya hidupnya secara keseluruhan.

“Saya dan Neelofa pun berbeza lebih 11 tahun. Saya masih muda baru mencecah usia 20 tahun dan masih jauh lagi perjalanan.

“Malah apa yang saya tunjukkan di media sosial adalah apa yang saya mahu kongsi. Bukan segala-galanya atau bukan 100 peratus kisah hidup saya.

“Mungkin ia hanyalah 2 peratus sahaja tetapi ada sesetengahnya yang anggap mereka tahu segalanya mengenai diri saya.

“Tetapi tidak mengapalah… Saya tahu mereka bukanlah tahu semuanya. Tapi inilah jalan yang saya pilih dan saya perlu hadapi. Saya okay saja cuma ada ketikanya ia menyakitkan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, The Darling Palette menampilkan kombinasi warna yang versatil, iaitu daripada kombinasi  matte hingga berkilau dijual dengan harga RM89.

Berkongsi mengenai perkembangan terkininya, Ameera bakal mengumumkan tentang himpunan clothing line yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Malah dia juga bakal mengeluarkan produk coklat dengan kerjasama sebuah jenama coklat popular.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 17-2-2021 05:07 PM
Gamba marilyn monroe tu aku igtkan gambar edit.. rupanya mmg gambar dia yg betul ye
Quote husie91 17-2-2021 05:12 PM
Meera ni kalau tgok kt vdeo rosix n bella mmg nampak la mcm adik2 je duk rumah chil2 dgn family.. tk nampak pon sisi slut or bitchy dia dalam gambar tu.. maybe sejenis kt ig je kot daring.. utk content or marketing je time ootd or photoshoot.. luar camera biasa je normal gegirl
Quote sharlenetexas 17-2-2021 05:43 PM
Rambut blonde marilyn monroe kena mk ultra ke?
Quote chandrahusin 17-2-2021 06:25 PM
tapi kannn
dia tak terasa hati plk dgn doa2 mak dia
yg melebih2 kan kakak dia sorang tu?

tanya jeee
Quote SayaSayangMama 17-2-2021 07:16 PM
husie91: Meera ni kalau tgok kt vdeo rosix n bella mmg nampak la mcm adik2 je duk rumah chil2 dgn family.. tk nampak pon sisi slut or bitchy dia dalam gambar t ...


Ehh betul la ada video masa masak tu pakai baju kurung ke apa rambut lepas . Lawa je mcm gadis melayu terakhir gitu (wlu bukan melayu) kemain sopan mcm anak gadis biasa.
Quote azimodin 17-2-2021 07:30 PM
Acik tini xnak komen ke? Kalau kelopak pantas je keluar puji pujian
Quote unta2 17-2-2021 07:32 PM
time kena kutuk..meyakitkan la... time ko menumpang glamer tu, mmg ko tumpang tunggang habis habisan kannnn
Quote stinger.baik 17-2-2021 07:56 PM
dia ni bila nk up gambar tk snonoh?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote doubleA 17-2-2021 08:05 PM
Curlast jahlop kuku maintain warna walaupun berkelubung muka
Quote matjerk 17-2-2021 08:28 PM
"Malah apa yang saya tunjukkan di media sosial adalah apa yang saya mahu kongsi."

Oooo paham... paham...

So maksudnya... di antara yg dia ingin kongsikan utk tontonan ramai tu contohnya celah2 mcm ni..?
20210217_202502.jpg 4d57b74a9bece229700576f70f6d8955.jpg
Quote matjerk 17-2-2021 08:31 PM
doubleA replied at 17-2-2021 08:05 PM
Curlast jahlop kuku maintain warna walaupun berkelubung muka

Itu menunjukkan jelas sekali dia belum rela nak tinggalkan kehidupan lalu... zaman pakai kuku color2.. sanggup menginaikan jari...sbb nak ia bercolor2... bukan kah perempuan yg decide utk berniqab ni.. memang x nak dah bercantik2.... mahu tutup habis...?
Quote dedek12 17-2-2021 08:45 PM
Beza dari segi pemakaian jahhh perangai langsuir masih sama
Quote pinksarah 17-2-2021 08:52 PM
Lmk x sesuai rambut blonde..

X sesuai dgn image marilyn monroe..

Airmuka monroe lebih subtle, sweet and manja.. Tu yg aura seksi terserlah

Lmk airmuka garang, lebih keras..salah styling mmg nampak bitchy, bukan seksi

Quote doubleA 17-2-2021 09:43 PM
matjerk replied at 17-2-2021 08:31 PM
Itu menunjukkan jelas sekali dia belum rela nak tinggalkan kehidupan lalu... zaman pakai kuku colo ...

Memang pun, sebalik niqabis nipis dia beria gak mekap, kening, mata mekap. Kalau betul2 berhijrah dan besederhana macam mizz nina. Ni dengan kuku kaler, upload ig lifestyle, gaya sana sini memang nampak menunggang agama utk duit dan bisnes. Masih hadap limelight dan glamor sebalik kelubung
Quote esbok 17-2-2021 11:34 PM
takda ka sesapa nak sampaikan pesanan kat dia, boleh dak kalau ambik gamba tu tukar facial expression lain pulak.

semua expresssion mata mcm malas nak bangun
Quote melinda_kerr 17-2-2021 11:41 PM
esbok replied at 17-2-2021 11:34 PM
takda ka sesapa nak sampaikan pesanan kat dia, boleh dak kalau ambik gamba tu tukar facial expressio ...

Lazy eyes lazy face.. kejung je expression dia.. cuba tgk model mcm doutzen tu ke.. expression muka memainkan peranan
Quote LadyCarefree 18-2-2021 01:18 AM
Lopak dedulu pon pakai dedah kan?
Quote Afifi82 18-2-2021 01:33 AM
Macam muka zizang rajak pakai wig jer.
Quote helicornia 18-2-2021 07:45 AM
little_sis: Gamba marilyn monroe tu aku igtkan gambar edit.. rupanya mmg gambar dia yg betul ye

ada yg kata mcm marilyn monroe mabuk budu
aku gelak guling2

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.085916 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top