Penyanyi Nouroul Wahab Depp menegur kepentingan sebutan berbahasa Inggeris bagi mengelakkan salah faham pihak yang mendengar. Nourul, 44, menepis tanggapan ramai yang tidak mengambil berat tentang sebutan bahasa Inggeris atas alasan lidah sudah terbiasa dengan bahasa ibunda.
“Hangpa kata sebutan tu tak kisah? Cakap orang putih kalau ada cara gaya atau loghat melayu, tak apa. Tapi sebutan kena betul,” catatnya di Instagram, memuat naik video sketsa menunjukkan seorang lelaki tersalah mat salleh meminta nombor telefon seorang wanita Asia. Namun berlaku salah faham apabila lelaki itu menyangkakan wanita terbabit mahu memberinya seks percuma, rupa-rupanya nombor telefon yang disebut dengan salah. Baru-baru ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dikritik kerana berucap menggunakan bahasa Inggeris dengan canggung.
Artis Adibah Noor kemudian menegur dan memperbetulkan beberapa perkataan yang disebut Rina dengan salah seperti 'doubt' dan 'debt'. Nourul bagaimanapun berkata hantarannya di Instagram itu tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak.
|
Kurex replied at 17-2-2021 08:41 AM
Cikgu sskjp iols cakap English mcm ni " you cannok be lak dek".
ADVERTISEMENT