CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Hari-Hari Berdoa Nak Ikut Jejak Sama Dengan Ustaz,” – Nabil Ahmad Terharu, Sebak Dengar Cerita Ebit Lew

10-2-2021 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3100| Komen: 13

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi telah dijemput sebagai salah seorang panel bagi program hiburan, MeleTOP baru-baru bagi berkongsi perkembangan misi yang dilakukan pasukannya.


Bersama Nabil sebagai hos, Ebit ditanya mengenai bagaimana caranya di dalam mengendalikan kira-kira 43,000 permohonan tab daripada pelajar khususnya bagi mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).



“Saya firkir apa yang boleh dibuat dengan sedikit rezeki yang Allah beri, saya pun beli 100 unit tab untuk kali pertama. Saya offer siapa yang nak tab ni, tak sampai setengah jam telefon sudah ‘hang’.

“Separuh hari sudah 42,000 permintaan,” katanya yang mengakui pada fasa sekarang, setiap ibu bapa yang mempunyai anak memerlukan kemudahan tersebut.


Lalu, Nabil yang terharu atas sumbangan Ebit turut memberikan reaksinya.




“Saya sebenarnya terkesan dengan apa Ustaz tengah buah ni.  Ikram muslimin ni memang dahsyat, hebat,” katanya.

Bagaimanapun, paling menarik perhatian apabila Nabil tiba-tiba kelihatan sebak ketika Ebit berkongsi mengenai keperibadian serta perjuangan para Nabi.

“Ustaz, saya terharu. Kalau boleh saya hari-hari berdoa nak ikut jejak nak sama-sama dengan Ustaz,” katanya.


Foto: IG

Di akhir temubual, Nabil turut mendoakan agar segala urusan Ebit Lew dipermudahkan sepanjang menjalani misi bantuan selain turut mengharapkan agar dia dapat mengisi masa bersama pendakwah berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen di YouTube para pengguna masing-masing turut tersentuh dengan perkongsian yang dibuat Ebit.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 500,000 kali. -CARI

Sumber: Media Hiburan
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 10-2-2021 12:29 PM
ko blajar ngn lofa ke bil?

sblum launch bisnes kena transform jadi lobai

esok buka gegar vaganza balik lebai haji ko melayang ko melucah balik la kn bil?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote Nenasketum 10-2-2021 01:42 PM
Ini lah aku panggil Iman terkujat. Yang penting kamera depan muka slalu.
Quote bungarose 10-2-2021 02:06 PM
Hmmmm
Jangan menunggang agama macam bff da lerr
Quote slyfynx 10-2-2021 02:30 PM
Sorry, aku susah sikit nk fikir positif ni
Quote Denco 10-2-2021 02:53 PM
tp hr tu aku tengok kat astro...nabil ni ajar anak2 dia mngaji. pndai dah anak2 dia baca

tang tu aku puji ko bil...zmn skrg bukan semua lelaki tau mengaji dan ambil berat didikan al quran kat anak2

bini dia pun dh bertudung...alhamdulillah
Quote MisXoXo 10-2-2021 03:36 PM
..nabil bkn nk jd lopa..dia mmg cuba sebaiknya pepelan utk istiqamah..i think kita nk berubah drastik pn ssh juga..tp nmpklah dia mencuba..dia g smnggu baru ni kan..kuo g madrasah2..x up kt ig pun spnjng dia g tu.musafir berdekatan ja.at least dia ada effort.cuba utk istiqamah bkn satu bnda mudah.kita ptt raikan..doakan..dia pn dlm diam suka memberi..pkp pertama dulu..selalu ja dia ada taalim dgn kwn baik dia tu.kdg ada dia di taalim lps subuh..kdg ada di taallim lps asar.dgn gang2 dia..shiera..ejoy..angah..suami khatijah kolin tu apa ntah nama..yg main bola tu..depa guna buku fadhilat amal dgr taalim.santai2 ja..tp kalau selalu..inshaAllah terkesan jua... dia mngkn xdisukai peminatnya sbb dia suka buat lawak poyo etc.
Tp yelah..manusia kan..xsempurna..kita pun yg berkuntum kt sini kan..sama ja..so kita ambk positif..dn doakan baik2 utk bang bil..ehehehehe
Quote alin33 10-2-2021 03:55 PM
MisXoXo replied at 10-2-2021 03:36 PM
..nabil bkn nk jd lopa..dia mmg cuba sebaiknya pepelan utk istiqamah..i think kita nk berubah drasti ...

betul la tu..at least ada usaha nk berubah...org kt forum sini entah bila nk berubah...
Quote Redmyvi 10-2-2021 05:20 PM
semoga nabil sentiasa istiqomah.. gambar yg dia pkai kopiah tu nmpk bersih ja muka..
Quote haruslah 10-2-2021 05:34 PM
Nak berubah mudah
Nak istiqomah tu yg susah byk cobaan
Gud luck lah nabil
Buat xara sendri x perlu jd mcm EL pun xpe
Ikut kemampuan kita
Quote ceria611 10-2-2021 06:43 PM
semoga istiqamah la laki bini ni yer..
lawo bini tu pakai tudung
Quote YomiuriLandMae 10-2-2021 11:37 PM
point isi citer benang ni sgt bagus..

tp perlu ke bukak benang utk citer cenggini je?

paham kan mksd iols..
Quote 3480 10-2-2021 11:44 PM
Bni nabil n bni teyemjay sejenis muka yg aku tgk x jemu
Bkn la aku pemenat dpa ni.. cuma nk tgk 2 3x tambah2 bni teyemjay
Quote MissYouSayang 11-2-2021 12:03 AM
Nanti ade acik kepam koyak dgn ebit...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.042311 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top