Serdang: Pemandu lori ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kemalangan dengan lima kenderaan lain serta membabitkan kematian berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, semalam.
Dalam kejadian pada 1.40 tengah hari itu, seorang penghantar makanan berusia 35 tahun yang parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari'at berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori dipandu suspek berusia 47 tahun berkenaan bergerak agak laju sebelum hilang kawalan selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong. "Disebabkan keadaan itu, lori berkenaan melanggar sebuah van sebelum merempuh sebuah motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia dalam masa sama mengakibatkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.
"Lori berkenaan yang masih tidak dapat dikawal ketika itu kemudian melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas dan terhenti di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Azman berkata, pemandu lori berkenaan ditahan untuk menjalani ujian alkohol dan urin. "Semakan mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan. "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
monreyes replied at 10-2-2021 01:23 PM
aku mmg ngeri kalau tengok rider lalu tengah2 jalan...
orang lain bawak motor maybe relax2...
tapi ...
aotearoa replied at 10-2-2021 01:50 PM
Aku setuju.Selalu jugak tengok mereka main langgar je lampu isyarat.Ngeri tengok gelagat rider gin ...
monreyes replied at 10-2-2021 01:23 PM
aku mmg ngeri kalau tengok rider lalu tengah2 jalan...
orang lain bawak motor maybe relax2...
tapi ...
tootii replied at 10-2-2021 03:21 PM
aku slalu berangan kalau aku boleh buat utk semua jalan kat malaysia ni lorong khas utk motor, loro ...
dudaberhias replied at 10-2-2021 03:32 PM
tapi boleh eksiden jugak sebab manusia yang bawak... manusia ni pelik2 ada ambil dadah, ada yang m ...
tootii replied at 10-2-2021 03:21 PM
aku slalu berangan kalau aku boleh buat utk semua jalan kat malaysia ni lorong khas utk motor, loro ...
ADVERTISEMENT