CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Palestin Terima 5,000 Dos Vaksin Dari Israel

1-2-2021 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1820| Komen: 3

Kementerian Pertahanan Israel pada Ahad memaklumkan ia akan menghantar 5,000 dos vaksin kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) setelah berdepan desakan negara antarabangsa supaya memastikan Palestin mendapat hak vaksinasi.


"Saya mengesahkan bekalan vaksin itu akan dihantar kepada pasukan perubatan PA," kata jurucakap Menteri Pertahanan, Benny Gantz dipetik Sinar Harian dari AFP.


Kredit foto: Reuters

Tel Aviv dilaporkan telah melancarkan kempen vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran ke atas penduduk Israel dan lebih tiga daripada sembilan juta telah menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Program itu bagaimanapun mengecualikan penduduk Palestin hingga mencetuskan kecaman masyarakat dunia.

PA yang berpusat di bandar Ramallah, Tebing Barat tidak pernah memohon bantuan rejim Israel secara terbuka untuk mendapatkan vaksin tersebut.


Baru-baru ini, PA mengumumkan perjanjian pemerolehan dengan empat pengeluar vaksin Covid-19 termasuk Sputnik V yang dihasilkan Rusia.

Sebelum ini, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pemerintah Jordan, Raja Abdullah II menggesa rejim Tel Aviv untuk memastikan kira-kira 2.8 juta penduduk Palestin di Tebing Barat dan dua juta lagi di Genting Gaza diberikan vaksin tersebut.

Sementara itu, gerakan Hamas yang mentadbir wilayah Gaza dikatakan enggan berkerjasama secara terbuka dengan Israel dalam sebarang usaha program vaksinasi.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 1-2-2021 04:41 PM
harap vaksin tu xdicampur bahan memacam utk hapuskan org2 palestin sudah..
Quote Namasayaomel 14-3-2021 02:22 PM
{:love ok so in love
Quote Punat_button 14-3-2021 02:30 PM
mamajawie replied at 1-2-2021 04:41 PM
harap vaksin tu xdicampur bahan memacam utk hapuskan org2 palestin sudah..

kalau vaksin dari Gaza ke Tel Aviv maybe lah kot


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.076342 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top