CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangkap Gambar Anak Dan Bapa Snorkelling Sebelum Dibaham Jerung Pembunuh

1-2-2021 12:23 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4280| Komen: 15|Original author: Oleh: Cari-Azza




Tidak menyangka ianya gambar terakhir yang dirakamkan oleh seorang isteri sebelum suaminya ditelan seekor jerung pembunuh.

Keluarga itu, Duncan, Taylia Craw termasuk anak lelaki mereka, Levi, 2, ke pantai Limestone Coast, Australia bagi menikmati keindahan alam. 

Sementara Taylia berjemur dan Levi pula leka bermain pasir, suaminya pula membuat aktiviti snorkelling. Ketika itu ah Taylia sempat merakamkan memori Levi dengan suaminya sebagai latar belakang pada jam 5 petang.


Foto :NineNews


Malang menimpa apabila beberapa ketika, suaminya hilang dari pandangan. Pasukan penyelamat dihubungi dan setelah bertungkus lumus beberapa jam mencari, mereka menemui mayat yang terapung di kawasan sama. Setelah diperiksa, terdapat kesan gigitan jerung putih yang berkeliaran di situ.

Bagaimanapun, menurut keluarga Duncan, mereka percaya yang Duncan meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan bukannya disebabkan gigitan jerung tersebut.

"Biarpun sedih, tapi kami percaya yang dia pergi dalam keadaan aman di dalam air, bukannya kerana jerung."


Foto :Ninenews

Berikutan itu, satu tabung derma kilat telah dilancarkan di laman sesawang GoFundMe dan mensasarkan AUD50,000 bagi membantu keluarga ini. Setakat ini, derma yang sudah dikumpul adalah sebanyak AUD42,000 setelah tiga hari dilancarkan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 1-2-2021 01:07 PM
takziah kpd keluarga

[youtube]7GShAmPMeMU[/youtube]

Quote any42 1-2-2021 01:12 PM
Takziah. Tgh seronok btukar duka
Quote mamajawie 1-2-2021 01:52 PM
ksian..pantai kat oz ni bahaya sungguh ea..ngan jerung la ngan ikan pari berbisa la..takut lak
Quote nanies 1-2-2021 02:46 PM
kesian.. dah ajal
Quote kakakpositifker 1-2-2021 05:18 PM
Kesian. Syurga tempat anaknya
Quote eyansss 1-2-2021 09:06 PM
kakakpositifker replied at 1-2-2021 05:18 PM
Kesian. Syurga tempat anaknya

suami dia kan...  bukan anak dia...
Quote tikusmontok 1-2-2021 10:15 PM
eyansss replied at 1-2-2021 09:06 PM
suami dia kan...  bukan anak dia...

Tajuk thread bodow
Quote Ivysaur 1-2-2021 10:45 PM
Tajuk ni...
Quote MontanaHannah 1-2-2021 10:49 PM
Uhmmmmmm malang
Quote mawarika 1-2-2021 11:50 PM
Tajuk very stupid..
Quote eyansss 1-2-2021 11:59 PM

misleading kan...  hahaha...  aku lak gigih baca sebab kata anak 2 tahun n cam pelik nape anak umur camtu dah terer snorkeling...  rupanya dia nak cakap gambar terakhir si anak dengan ayahnya yang nun jauh kat laut sebelum ayahnya dibaham jerung...
Quote slavehunter 2-2-2021 01:09 AM
Maybe lepas kena gigit dia strugle dan lemas kalau gigitan tu tak besar.
Quote Zack8hunter 2-2-2021 05:46 AM
pantai aussie mmg semacam skit.. pakat celup2 kaki jer la kalo aku.. tu pun air laut dia sejuk semacam.. haha
Quote dudaberhias 2-2-2021 05:53 AM
Iols kat sana tak berani nak snorkeling. Rendam2 kaki boleh la. Nak snorkeling bukan pantai2 ni, bukan nampak apa pun. Snorkeling lah di tempat khas yang ada pelatih macam perhentian island. Ni baru berbaloi snorkeling sebab ada batu karang semua. Kalau pantai biasa nak nampak apa cekpit pun tak nampak.
Quote Ain_h 3-2-2021 03:40 AM
Anak dia kecik lagiiii

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040021 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top