CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menyamar Jadi Polis, Ramai Wanita Cair

1-2-2021 12:16 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8823| Komen: 53|Original author: Oleh: Cari-Azza



Rentetan penahanan seorang pengawal keselamatan yang didakwa menyamar sebagai anggota polis di Pontian, Johor, ianya menjadi buah mulut warga maya kerana kesnya yang unik.

Setelah pembongkaran oleh pihak polis dengan rampasan pelbagai peralatan dan pakaian yang digunakan suspek termasuklah baju operasi beserta pangkat Penolong Penguasa Polis, lencana polis serta sebuah kereta milik suspek, ianya menjadi bahan jenaka terutamanya kepada mereka yang pernah berinteraksi dan percaya suspek merupakan pegawai polis.


Foto :Twitter


Pelbagai tangkap layar daripada suspek berusia 60 tahun itu dimuat naik membuatkan ramai yang terkejut dan dalam masa sama terhibur dengan status tersebut.

Antara yang menarik perhatian adalah sekeping gambar suspek yang kononnya melihat anak buah bekerja sedangkan laporan polis menyatakan yang suspek masuk ke Balai Polis Seri Iskandar lalu memperkenalkan diri sebagai anggota polis dari Balai Polis Sentral, Johor Bahru dan mengambil gambar di kaunter balai kemudian meninggalkan lokasi.


Foto : FB

Tidak diketahui motif suspek berbuat demikian, namun menurut warga maya ianya mungkin untuk memikat wanita. Sementelah lagi, ramai yang menulis komen memuji suspek.


Foto : FB

Dalam kesempatan itu, suspek pernah mengajak beberapa wanita untuk berkahwin dengannya. Lebih mengejutkan apabila ada wanita  terpedaya dengan ayat manis suspek.



Foto : FB

Kredit foto: Twitter


Jadi, kepada semua, usah terpedaya dengan apa yang dimuat naik di media sosial, tidak semua yang dipaparkan benar belaka. Hati-hati ya. - CARI

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 1-2-2021 12:20 PM
cenggitu ka rupa opis polis, walopon lakonan?

iols dok bayangkan mcm dlm siri SVU
Quote manehnya 1-2-2021 12:31 PM
Lawak dan kesian pakcik ni...

Brpa ramai laa wanita dh kena tipudaya dia ni
Quote lavendernovella 1-2-2021 12:36 PM
Tinot7: cenggitu ka rupa opis polis, walopon lakonan?iols dok bayangkan mcm dlm siri SVU


Kaka, opis svu canggih dan selese..  
Quote NazRysha 1-2-2021 12:37 PM
hahha lawak betul la
mesti dia sanggup beli kereta preve sebab polis kan masih guna preve hahhaha
Quote Artemesiaa 1-2-2021 12:40 PM
Gigihnya buat semua tu sejenis mental juga ni
Quote kechikchomel 1-2-2021 12:41 PM
pakcik ni tak sihat ke?
Quote sharlenetexas 1-2-2021 12:42 PM
Macam muka boned
Quote saviour_09 1-2-2021 12:43 PM
mangkuk ni boleh pegi balai & selfie kat kaunter tu

siap perkenal diri tu pegawai

bodo2 je kena kutip ka rumah

berapa ramai laaaaa rebah di pangkuan asp firdaus hisyam
Quote sharlenetexas 1-2-2021 12:43 PM
Apa khabar adik "inspektor" ramdan?
Quote kikuri 1-2-2021 01:04 PM
aku puji usaha gigih dia siapkan prop macam balai polis...
Quote Belibis 1-2-2021 01:31 PM
sharlenetexas: Apa khabar adik "inspektor" ramdan?

Tapi umur pakcik ni relevan dengan pangkat,inspektor ramdan umur dan pangkat tak sesuai.
Quote dubuk 1-2-2021 02:07 PM
betul tu tuan.. cita cita tak semestinya memiliki
Quote Daftpunk_shine 1-2-2021 02:24 PM
kikuri: aku puji usaha gigih dia siapkan prop macam balai polis...

Susun2 puncher..fail..pen hitam biru merah sepah2 kan sikit atas meja..
Quote Daftpunk_shine 1-2-2021 02:27 PM
MAkcik2 tu pun..kemain la..selamat bertugas kekanda bagai..
Quote dudaberhias 1-2-2021 02:37 PM
Tapi orang2 tua bbnu ramai suka post2 macamni kan. Maksud iols ayat2 posting dia tu.

Kalau bbnu muda lain sikit.
Quote nanies 1-2-2021 02:40 PM
masa kecik2 dia main polis sentri one two jaga, tu yg merasuk sampai ke tua tu... kuikuikui
Quote ezacbee 1-2-2021 02:54 PM
Dah tau minat polis, muda2 pegi la apply polis. Dah tua berangan jadi polis.. terlambat daaa.. pakcik ni peminat drama gerak khas ke?

Teringat lak kat makcik yg perasan jadi bini agong dulu.. Org tua bbnu ni mmg pelik2, imaginasi terlampau..
Quote nikaido 1-2-2021 02:56 PM
Haha ayat dgn posing mcm BBNU
Quote aechae 1-2-2021 02:59 PM
Okeh aku gelak tgk props dia...betullah smpai ke penebuk lubang, pen cop etc tu bukti kegigihan dia set up meja

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.133141 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top