Rentetan penahanan seorang pengawal keselamatan yang didakwa menyamar sebagai anggota polis di Pontian, Johor, ianya menjadi buah mulut warga maya kerana kesnya yang unik.
Setelah pembongkaran oleh pihak polis dengan rampasan pelbagai peralatan dan pakaian yang digunakan suspek termasuklah baju operasi beserta pangkat Penolong Penguasa Polis, lencana polis serta sebuah kereta milik suspek, ianya menjadi bahan jenaka terutamanya kepada mereka yang pernah berinteraksi dan percaya suspek merupakan pegawai polis.
Foto :Twitter
Pelbagai tangkap layar daripada suspek berusia 60 tahun itu dimuat naik membuatkan ramai yang terkejut dan dalam masa sama terhibur dengan status tersebut.
Antara yang menarik perhatian adalah sekeping gambar suspek yang kononnya melihat anak buah bekerja sedangkan laporan polis menyatakan yang suspek masuk ke Balai Polis Seri Iskandar lalu memperkenalkan diri sebagai anggota polis dari Balai Polis Sentral, Johor Bahru dan mengambil gambar di kaunter balai kemudian meninggalkan lokasi.
Foto : FB
Tidak diketahui motif suspek berbuat demikian, namun menurut warga maya ianya mungkin untuk memikat wanita. Sementelah lagi, ramai yang menulis komen memuji suspek.
Foto : FB
Dalam kesempatan itu, suspek pernah mengajak beberapa wanita untuk berkahwin dengannya. Lebih mengejutkan apabila ada wanita terpedaya dengan ayat manis suspek.
Foto : FB
Kredit foto: Twitter
Jadi, kepada semua, usah terpedaya dengan apa yang dimuat naik di media sosial, tidak semua yang dipaparkan benar belaka. Hati-hati ya. - CARI
|