CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Rakam Video Jilat Mesin ATM Untuk Buktikan COVID-19 Tidak Wujud

30-1-2021 02:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2376| Komen: 11



Polis telah melancarkan siasatan terhadap seorang lelaki yang menjilat sebuah Mesin Teler Automatik (ATM) baru-baru ini bagi membuktikan bahawa Covid-19 sebenarnya tidak wujud.

Suspek yang memuatnaik rakaman video dirinya menjilat papan kekunci ATM di Sheffield itu turut mengeluarkan perkataan kesat dan memuatnaik di Facebook sebelum video tersebut dihapuskan.

Lelaki itu memberitahu di dalam video bahawa dia keluar setiap hari sejak perintah berkurung dan telah menjilat dua mesin ATM.

Kemudian, dia mengatakan bahawa jika mereka tidak mempercayainya, dia akan membuktikan kepada mereka bahawa mereka semua telah dibohongi oleh pemerintah yang mencuri.

Polis Yorkshire Selatan yang menerima laporan sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut dan giat memburu suspek.


Seorang individu yang melaporkan tindakan suspek kepada polis mendakwa bahawa suspek sebelum itu pernah menjilat mesin ATM di Darnall dan menyiarkannya di Facebook sebelum memadam semula video berkenaan.



Sumber : News 18/SiakapKeli


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 30-1-2021 02:42 AM
Geli nya.. Penajis betul... Dari jilat ATM better minta volunteer pesakit covid kiss... Sedap dapat covid juga dapat...
Quote jojie 30-1-2021 02:46 AM
Eeee yuck! Hidup untuk apa tah?
Quote nolya 30-1-2021 03:01 AM
Nasib baik bukan di M'sia. Tapi pengotor lah. Geli nya air liur dia di kekunci teller pastu orang lain duk sentuh2. Entah penyakit ape pulak tersebar nnti. Mcm2 perangai manusia ni.
Quote pxlbb 30-1-2021 07:26 AM
Tak terfikir ke org yang tekan kekunci sebelum tu baru lepas korek hidung atau garu ketiak.
Quote kakakpositifker 30-1-2021 08:49 AM
Apoooooooooooo{:laugh
Quote Jemahjemah 30-1-2021 10:49 AM
Bongok nya kau ni. Bahalol betol. Kutip bawak masuk lokap la si bongok ni
Quote nanies 30-1-2021 11:27 AM
sib baikk bukan kat malaysia
Quote MontanaHannah 30-1-2021 11:45 AM
Ulang-ulang therad ke

dah ada thread
Quote Churchill 30-1-2021 11:48 AM
ini mesti bangsa kaukasia ini

bangsa yang maju dalam bidang sains dan teknologi yang juga mengaku diri mereka keturunan chimpanzee

prfffffffffffffffffffffffffffffght

Quote intanblur 20-3-2021 01:16 AM
Saikonyaaa
Quote any42 20-3-2021 02:14 AM
lantak ko la labu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.063450 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top