Polis telah melancarkan siasatan terhadap seorang lelaki yang menjilat sebuah Mesin Teler Automatik (ATM) baru-baru ini bagi membuktikan bahawa Covid-19 sebenarnya tidak wujud.
Suspek yang memuatnaik rakaman video dirinya menjilat papan kekunci ATM di Sheffield itu turut mengeluarkan perkataan kesat dan memuatnaik di Facebook sebelum video tersebut dihapuskan.
Lelaki itu memberitahu di dalam video bahawa dia keluar setiap hari sejak perintah berkurung dan telah menjilat dua mesin ATM.
Kemudian, dia mengatakan bahawa jika mereka tidak mempercayainya, dia akan membuktikan kepada mereka bahawa mereka semua telah dibohongi oleh pemerintah yang mencuri.
Polis Yorkshire Selatan yang menerima laporan sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut dan giat memburu suspek.
Seorang individu yang melaporkan tindakan suspek kepada polis mendakwa bahawa suspek sebelum itu pernah menjilat mesin ATM di Darnall dan menyiarkannya di Facebook sebelum memadam semula video berkenaan.
Post time 30-1-2021 03:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Nasib baik bukan di M'sia. Tapi pengotor lah. Geli nya air liur dia di kekunci teller pastu orang lain duk sentuh2. Entah penyakit ape pulak tersebar nnti. Mcm2 perangai manusia ni.